Tanda Tanda Mengandung Minggu Pertama. Ada tak tu?

Sebut sahaja mengenai mengandung, ia merupakan rezeki yang tiada tandingan. Rezeki yang akan ditunggu-tunggu kepada mereka yang telah berkhawin. Ha, tidak lupa juga mak-mak dan ayah-ayah di luar sana yang bakal bergelar sebagai atok dan nenek. Suka lah diorang, dah ada cucu-cucu menghiburkan hati. Jadi, kali ini Atok akan kongsikan tanda-tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama.

Tanda Tanda Mengandung Minggu Pertama. Ada tak?

Sebelum korang check menggunakan ujian kehamilan, mesti korang buat kajian dahulukan apakah simptom untuk mereka yang mengandung minggu pertama. Sebelum itu, suka atok ingatkan. Tanda-tanda mengandung ini hanya membantu kita mengagak sahaja. Tidak semestinya tepat.

Berikut merupakan tanda-tanda mengandung minggu pertama Atok kongsikan..

Tanda-tanda mengandung minggu pertama:

1. Pendarahan ringan dan kekejangan otot

Kepada ibu diluar sana, jika mengalami pendarahan ringan yang bertompok-tompok ia mungkin tanda hamil 1 minggu. Kenapa boleh berlakunya kekejangan otot? Kerana apabila persenyawaan berjaya, Maka janin akan dibenam ke dalam dinding rahim bagi mendapatkan nutrien sepanjang tempoh kehamilan berjalan.

Jadi, ia menyebabkan pendarahan ringan dan sedikit kekejangan otot. Jadi korang janganlah risau sangat, ia merupakan simptom awal untuk minggu pertama.

2. Suhu badan naik

Sebelum ini suhu korang elok je, tapi tiba-tiba panas ia mungkin tanda-tanda mengandung minggu pertama. Apabila janin dibenamkan ke dinding rahim ia menunjukkan proses keradangan serta automatik korang akan mengalami kenaikan suhu badan. Bukan kenaikan berat badan tau, ha itu lain cerita.

3. kelesuan dan mudah rasa mengantuk

Tanda-tanda mengandung minggu pertama yang ketiga ialah kelesuan dan mudah rasa mengantuk. Ketika mengandung, hormon HDG mengawal atur rembesan hormon progesteron.

Maksudnya di sini, hormon ini memainkan peranan dalam mengawal atur kitaran waktu tidur seseorang. Jadi, pada minggu pertama korang akan menjadi lesu dan mudah rasa mengantuk tau.

4. Sembelit dan kembung perut

Sembelit dan kembung perut juga tanda tanda mengandung minggu pertama tau. Mesti korang pelik kan. Hal ini demikian kerana, semasa korang hamil akan berlaku perubahan hormon yang menyebabkan penghadaman menjadi perlahan.

Ia akan menyebabkan korang mengalami kembung perut dan sembelit. Untuk mengawal sakit sembelit dan kembung perut ini korang kena banyakkan mengambil makanan berserat untuk melegakan simptom tersebut.

Tapi, untuk kes ini, ia merupakan kes yang biasanya semua orang akan alami. Oleh itu, Atok sarankan kalau korang tidak yakin dan was-was maka boleh lah berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan.

5. Mabuk dan kurang selera makan

Simptom ini merupakan simptom yang sangat popular ya di kalangan ibu-ibu mengandung. Simptom ini ramai ambil maklum termasuklah kanak-kanak juga mengetahuinya.

Hal ini kerana, babak muntah-muntah apabila mengandung merupakan babak popular yang akan ditayangkan dalam drama-drama di kaca televisyen. Mabuk kebiasannya berlaku dalam minggu ke 4 dan ke 6. Kalau simptom ini semakin kerap, maka Atok nasihatkan korang kerap minum air yang secukupnya.

6. Sensitif terhadap bau

Ha, ini pun adegan yang popular di drama melayu kita. Seorang isteri sensitif dengan bau-bauan terutamanya minyak wangi yang dipakai seoranng suami. Ia merupakan gejala yang sering dialami kebanyakan wanita mengandung. Wanita hamil akan sedikit peka dengan bau yang di hidu dan cenderung mencetuskan rasa mual dan muntah.

Kesimpulannya, terdapat bermacam ragam yang boleh kita lihat yang ada pada simptom ibu mengandung minggu pertama ini. Suami kena bertahanlah kalau isteri tengah sensitif. Lagi-lagi mood yang asyik bertukar-tukar sahaja. Berangin kata orang. Bersabarlah ye..

Atok nasihatkan, untuk kebaikan anak dan isteri juga kan. Jadi, Atok harap dengan perkongsian tanda-tanda mengandung minggu pertama ini membantu korang dan mendapatkan sedikit ilmu yang bermanfaat.

Jika, korang mengalami salah satu simptom atau beberapa simptom di atas tahniah Atok ucapkan dan jangan lupa berjumpa dengan doktor untuk jawapan yang lebih meyakinkan dan tepat. Sekali lagi nak pesan, tanda-tanda mengandung minggu pertama ini hanya untuk membantu kita meneka sahaja.

Rujukan Lain

Surah Al Mulk rumi sebelum tidur. Bacalah, InsyaAllah ia akan menjadi penyelamat dan pendinding azab siksa kubur. Ini cara mudah menghafalnya..

Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi daripada penyakit kronik. Baca pelbagai khasiat madu kelulut di sini..

Muka korang penuh jerawat? Baca 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah ini..

Prestasi korang merosot? Pernah dengar khasiat bawang putih bakar? Jom cari tahu sedikit mengenai khasiat bawang putih untuk lelaki pada kali ini..

Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Jom tengok how to renew SSM online atau cara renew SSM online EzBiz..

Kalau kena penangan pickup line padu menusuk ke hati ni, memang boleh cair. Jom try 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki ni. Memang bersemut bhai!

Dalam artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat..

Baca beberapa cara nak buang angin dalam badan ni. Cuba dulu, mana tahu berkesan. Kalau dibiar, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!