Ciri Ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Kerajaan membawa konsep menjalani kehidupan di bawah pemerintahan atau perlindungan seorang raja. Di mana, raja itu bertanggungjawab dalam memerintah kerajaan di bawahnya dan berfungsi menjaga kestabilan dan keharmonian rakyat. Begitulah konsep yang kita gunakan sejak dari dahulu lagi di tanah melayu. Artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri-ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat.

Ciri Ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu ni, apa kata korang layan pula koleksi teka teki best ni. Ada teka teki lawak, teka teki haiwan. Rileks ar. Lama lagi kan nak kena hantar keja tu..

Ciri-ciri negara bangsa kerajaan alam melayu

Kalau korang nak tahu, dahulu kerajaan melayu tradisional kita hidup di bawah kerajaan yang mempunyai raja seperti sekarang. Mungkin dulu kerajaan kita memperkenalkan konsep raja dan kedudukan serta di bantu oleh pentadbiran kerajaan seperti laksamana.

Begitu juga zaman sekarang memegang konsep yang sama tapi lebih moden. Raja akan mengetuai kerajaan dan menjalankan perintah berdasarkan ketua kerajaan yang dilantik mengikut suara majoriti rakyat.

Korang juga boleh baca topik kesultanan melayu Melaka dan perbincangan mengenai pengasasan dan sistem pentadbiran masyarakat melayu Melaka dahulu kala di sana..

Oleh itu, Atok bakal kongsikan ciri-ciri bangsa kerajaan alam melayu kita. Ada 4 ciri yang utama, yakni:

Raja

Raja merupakan tonggak utama kerajaan di mana kedudukan seorang raja diperkukuhkan dengan sistem pendatbiran negara. Raja berperanan sebagai pemerintah teringgi sesebuah negara atau kerajaan.

Bertanggungjawab dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negara. Berperanan sebagai penggubal undang-undang untuk memelihara dan mengekalkan keamanan dalam negeri serta menjamin kesejahteraan hidup rakyat jelata. Dahulu raja dikenali sebagai sultan dan memainkan peranan yang sama sehingga sekarang.

Undang-undang

Ciri kedua kerajaan alam melayu ialah undang-undang. Peraturan atau undang-undang ini memainkan peranan penting di mana undang-undang menjadi panduan dalam pentadbiran negara.

Secara ringkas Atok boleh ulas di sini, ia merupakan sistem peraturan yang perlu korang ikuti sebagai rakyat. Andai kata, kalau korang langgar undang-undang tersebut, maka korang akan dijatuhkan hukuman atau di denda oleh mahkamah pada masa kini.

Undang-undang ini bertujuan untuk menjaga sosial antara satu sama lain. Dalam kata lain mungkin boleh membantu korang dalam menegakkan keadilan.

Wilayah pengaruh

Wilayah pengaruh? Mesti korang tak begitu fahamkan konsep yang sebenarnya. Jadi, Atok akan cuba terangkan dengan lebih terperinci mengenai wilayah pengaruh ini apa.

Wilayah pengaruh ni merujuk kepada kawasan pemerintahan. Di mana, ia merupakan suatu kawasan rakyat menerima dan memperakui pemerintahan seseorang.

Misalnya, sesebuah kerajaan yang mempunyai wilayah pengaruh yang luas seperti sungai Mekong, Teluk cam, Myanmar dan Segenting kra yang telah dimiliki oleh kerajaan Funan.

Contoh mudah lagi, misalnya wakil rakyat yang dikatakan sebagai ketua, mempunyai pengikut dan kuasa majoriti rakyat daripada pelbagai kampung dan kawasan di kawasan DUN atau parlimen yang diwakilinya.

Rakyat

Ciri akhir ini sangat penting. Rakyat berhak bersuara dalam menyokong dan menentukan pemerintah mereka bagi setiap wilayah. Kesejahteraan seseorang rakyat akan dijamin oleh sultan ataupun raja.

Namun, kita sebagai rakyat juga perlu memainkan peranan dalam menjalankan sosio ekonomi dan hidup dalam aman dan sentosa walaupun berlainan etnik dan bangsa.

Jadi, ia akan memudahkan lagi tanggungjawab raja dalam mengurus rakyat.

Konklusinya, perkataan kerajaan merupakan rangkuman kepada seluruh pengalaman dalam politik Melayu tradisional. Dalam erti kata lain, tanpa raja, tiada kerajaan yang menjadi elemen penting dalam politik Melayu.

Jadi, berdasarkan ciri-ciri negara bangsa kerajaan alam melayu yang Atok telah terangkan. So far korang faham ke tidak tu. Atok harap dengan artikel dan penerangan ini korang akan lebih faham mengenai ciri negara kerajaan melayu terdahulu.

Apa-apapun, Atok berpendapat bahawa kesemua ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu ini sangat memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan politik dan ekonomi negara atau kerajaan.

Rujukan Lain

Tak hafal doa selepas solat yg panjang? Nak belajar doa yg pendek & mudah? Ini doa selepas solat fardhu dalam rumi beserta maksudnya. Senang nak hafal..

Surah Al Mulk rumi sebelum tidur. Bacalah, InsyaAllah ia akan menjadi penyelamat dan pendinding azab siksa kubur. Ini cara mudah menghafalnya..

Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi daripada penyakit kronik. Baca pelbagai khasiat madu kelulut di sini..

Muka korang penuh jerawat? Baca 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah ini..

Prestasi korang merosot? Pernah dengar khasiat bawang putih bakar? Jom cari tahu sedikit mengenai khasiat bawang putih untuk lelaki pada kali ini..

Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Jom tengok how to renew SSM online atau cara renew SSM online EzBiz..

Kalau kena penangan pickup line padu menusuk ke hati ni, memang boleh cair. Jom try 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki ni. Memang bersemut bhai!

Individu disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport & dihalang ke luar negara. Di sini ditunjukkan cara semak senarai hitam imigresen..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!