Cara Hilangkan Jerawat Pasir Di Dahi Dengan Cepat!

Jerawat pasir atau comedonal acne pada luarannya kelihatan seperti bintik-bintik halus umpama pasir. Kemunculan jerawat pasir yang berlebihan ini boleh mengganggu penampilan korang di hadapan kawan-kawan. Oleh itu, pasti ada di antara korang yang tertanya-tanya bagaimana cara hilangkan jerawat pasir ini. Justeru, dikongsikan beberapa cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

Cara Hilangkan Jerawat Pasir Di Dahi Dengan Cepat

Jerawat pasir sering menjadi faktor atau punca kepada berlakunya masalah kekurangan keyakinan diri pada sesetengah remaja terutama remaja perempuan. Hal ini dikatakan demikian kerana, bagi golongan perempuan selain bentuk badan, rupa paras juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keyakinan diri mereka sendiri.

Oleh itu, memiliki wajah yang cantik, bersih dan terhindar dari segala jenis jerawat sama ada jerawat batu atau jerawat pasir, sentiasa menjadi dambaan semua perempuan.

Namun begitu, kebanyakan remaja tak lekang dengan kehadiran jerawat di muka, jerawat di dagu dan beberapa tempat lain. Dan ini menyebabkan mereka mula stress dan risau jika jerawat-jerawat yang timbul tidak dapat dihilangkan dengan mudah.

Bukan itu sahaja, antara kawasan yang sering menjadi tumpuan jerawat untuk membiak adalah di dahi, dagu, pipi, di bahagian hidung bahkan di bahagian kemaluan.

Namun, pada kali ini, kita akan memberikan tumpuan kepada masalah jerawat pasir di dahi. Di mana jerawat pasir di dahi ini sering menjadi masalah kepada remaja kerana ianya agak halus tetapi memberi kesan kepada kulit wajah.

Punca jerawat pasir

Jerawat pasir ini juga membiak berpunca daripada hormon yang tidak stabil, liang pori tersumbat, merokok, kulit berpeluh dan sensitif, serta penggunaan exfoliation berlebihan.

Hormon testosteron yang berlebihan dirembes semasa remaja lelaki sedang membesar akan merangsang kelenjar minyak pada liang pori kulit.

Apabila liang pori tersumbat, ini akan memudahkan bahagian kulit tersebut mendapat jangkitan bakteria lalu menjadi punca jerawat pasir muncul.

Jenis jerawat pasir

Dua jenis jerawat pasir yang biasa berlaku ialah ‘whitehead’ dan ‘blackhead’.

Jenis jerawat pasir ‘whitehead’ dimangkinkan oleh minyak pada wajah. Jenis jerawat pasir ini sering timbul di bahagian dahi, dagu dan kawasan-kawasan kulit yang berminyak. Termasuk juga di bahagian belakang badan.

Jenis jerawat pasir ‘blackhead’ inilah yang paling ditakuti oleh remaja. Ini kerana, apabila bahagian atas comedonal acne terdedah pada udara maka ia akan teroksida. Akibat pengoksidaan ini akan menyebabkan bahagian terbuka tadi bertukar keras dan berwarna hitam.

Jangan takut! Cara-cara hilangkan jerawat pasir yag atok tunjuk ni tak merbahaya. Cuma menggunakan bahan yang ada di rumah saja. Jadi memang tiada kesan sampingan. Mudah-mudahan dengan petua hilangkan jerawat pasir yang atok perturunkan ini, korang akan lebih bertambah jelita lagi. Haha..

Berikut 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah korang. Kalau ada bahan yang takda, pegi minta dengan jiran..

Cara hilangkan jerawat pasir dengan buah Tomato

Selain membeli atau menggunakan produk kecantikan untuk menghilangkan jerawat, korang juga boleh menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada di rumah bagi mereka yang nak berjimat.

Justeru, korang boleh menggunakan buah tomato sebagai bahan untuk menghilangkan atau mengecutkan jerawat pasir di dahi.

Buah tomato merupakan antara buah yang memiliki banyak manfaat untuk kecantikan dan kesihatan. Oleh itu cara untuk kecutkan jerawat pasir di dahi menggunakan buah tomato adalah seperti berikut:

1) Pilih buat tomato yang masih segar.

2) Haluskan buah tomato tersebut menggunakan mesin pengisar sehingga halus.

3) Kemudian aplikasikan tomato yang sudah dikisar tadi ke wajah untuk dijadikan masker.

4) Setelah itu, biarkan ianya kering selama 1 jam dan kemudian bilas dengan air yang bersih.

Cara hilangkan jerawat pasir menggunakan Lidah Buaya

Selain menggunakan buah tomato, korang juga boleh menggunakan pokok lidah buaya sebagai cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat. Untuk makluman korang, lidah buaya merupakan pokok yang mengandungi antioksidan, mineral, vitamin c dan e yang mampu menjadi salah satu cara untuk menghilangkan jerawat pasir.

Bagaimana cara yang korang boleh lakukan untuk menggunakan lidah buaya sebagai bahan untuk hilangkan jerawat pasir adalah dengan menggunakan gel dari lidah buaya sebagai masker dan kemudian biarkan ianya mengering dan akhir sekali bilas dengan air yang bersih.

Cara hilangkan jerawat pasir menggunakan Putih Telur

Seterusnya, bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat adalah putih telur. Putih telur mengandungi enzim yang dapat memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat dan juga mengangkat sel-sel kulit mati sehingga dapat mencegah timbulnya jerawat.

Cara yang boleh korang lakukan dengan menggunakan putih telur adalah seperti berikut:

1) Pisahkan putih telur dengan kuning telur

2) Pukul rata telur sehingga kembang

3) Sapukan pada wajah terutama pada bahagian yang berjerawat berserta bekas-bekas jerawat.

4) Biarkan wajah yang telah disapu dengan putih telur selama 10 minit dan kemudian korang boleh bilasnya dengan menggunakan air yang hangat.

Terdapat banyak lagi cara yang boleh korang gunakan untuk hilangkan jerawat terutama jerawat pasir di dahi dengan cepat. Namun begitu, di atas ini merupakan antara beberapa cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat yang boleh korang aplikasikan sekiranya jerawat pasir timbul di muka korang.

Justeru, diharapkan agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang mengalami masalah jerawat pasir di dahi dan juga di mana-mana bahagian tubuh.

Rujukan Lain

Korang fresh graduan yg tengah cari contoh resume terbaik sebagai rujukan? Jangan risau, Atok kongsikan contoh resume terbaik fresh graduate di sini.

Murid-murid digalakkan menggunakan peribahasa dalam karangan dan exam. Diharap senarai peribahasa dan maksudnya ini membantu korang..

Anak kucing memang comel! Geram jer tengok kan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!

Korang sakit tekak? Di sini Atok kongsikan untuk korang, 5 petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor..

Tak hafal doa selepas solat yg panjang? Nak belajar doa yg pendek & mudah? Ini doa selepas solat fardhu dalam rumi beserta maksudnya. Senang nak hafal..

Surah Al Mulk rumi sebelum tidur. Bacalah, InsyaAllah ia akan menjadi penyelamat dan pendinding azab siksa kubur. Ini cara mudah menghafalnya..

Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi daripada penyakit kronik. Baca pelbagai khasiat madu kelulut di sini..

Tahukah korang apakah Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut? Doa ini banyak kelebihan dan manfaatnya. Terutama untuk yang ditimpa musibah..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!