Bayaran Bulanan Proton Saga Baru 2024

Korang berminat dengan dengan proton saga baru? Ha, korang buat tindakan yang betul. Baca artikel ini, korang akan dapat ilmu yang bermanfaat daripada Atok. Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini.

Bayaran Bulanan Proton Saga Baru

Proton saga mempunyai beberapa varian dan setiap varian mempunyai harga yang berlainan. Tapi sebelum korang tahu harga bagi setiap proton baru ini korang perlu maklum dahulu fungsi menarik yang ada pada proton saga baru.

Misalnya, kehadiran lampu siang (DRL) LED dan grill bercirikan konsep ‘Infinite Weave’, menampilkan rim aloi 5-bilah yang baharu dan terdapat 5 pilihan warna yang disediakan iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Armour Silver, dan Rosewood Marron.

Menarik kan, berikut merupakan perkongsian mengenai bayaran bulanan proton saga baru daripada Atok.

Kelebihan Proton Saga baru

1. Kunci:
Tiada lagi kunci konvensional sebelum ini. Terbaru hanya buka bonet kereta menggunakan msart key sahaja.

2. Lampu DRL:
Day Runing Light DRL menjadi lebih kemas dan dipasang kepada semua jenis varian saga yang baru.

3. Design:
Design proton saga semakin cantik dan berubah dimana sebelum ini menggunakan chrome yang tebal. Manakala sekrang menjadi lebih cantik dan menarik.

4. Rim
Sport rim 15 inci.

5. Enjin:
Sekarang ini proton saga gunakan gearbox automatic 4 speed yang dihasilkan Hyundai. Proton tidak lagi memakai gearbox CVT yang akan bermasalah jikalau pemanduan di kawasan bandar. Ada masalah jikalau hanya tekan minyak sikit atau terlebih.

Varian proton saga baru

Terdapat 5 varian Proton Saga baru untuk tahun 2024 iaitu 1.3 Standard (M), 1.3 Lite, 1.3 Standard, 1.3 Premium dan 1.3 Premium S.

Harga Proton Saga bermula dari RM35,914.55 sehingga RM46,162.60. Kalau di Sabah dan Sarawak, lebih mahal sedikit harganya. Manakala bayaran ansuran bulanan pula dari serendah RM380 sehingga RM489.

Jadual bayaran bulanan proton saga baru

Berikut adalah jadual bayaran bulanan proton saga baru yang terkini termasuk insuran dan roadtax untuk semenanjung Malaysia. Kiraan ansuran bulanan Proton Saga ini adalah berdasarkan interest rate bank pada 3.0%.

VarianHarga OTRDeposit 10%7 Tahun7 Tahun9 Tahun9 Tahun
10% DepositFull Loan10% DepositFull Loan
Saga 1.3 Standard (Manual)35,914.553,591.46460517380422
Saga 1.3 Lite (Auto)39,488.953,948.90512569418464
Saga 1.3 Standard (Auto)40,013.754,001.38519576423471
Saga 1.3 Premium (Auto)43,088.204,308.82559621456507
Saga 1.3 Premium S (Auto)46,162.604,616.26598665489543

Nota: Interest rate bank yang sebenar bergantung pada kelulusan pinjaman korang nanti. Lain bank, lain interest rate bank. Ini adalah anggaran sahaja.

Nampaknya pihak Proton Malaysia telah belajar daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh mereka selama bertahun-tahun lama mengabaikan keinginan pengguna. Akhirnya mereka bergerak pantas untuk cepat memperbaiki dan meningkatkan kembali keyakinan pasaran automotif Malaysia.

Bagi yang tertanya-tanya mengenai penggunaan minyak bagi kereta proton ini. Atok berpendapat bahawa, berdasarkan kajian yang Atok baca untuk satu liter minyak RON95 didapati dalam sekitar 16.5 km pemanduan di lebuh raya. Not bad la kan.

Apa-apapun, itu sahaja perkongsian daripada Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini. Semoga bermanfaat untuk korang semua. Atok tak jual kereta. Saja kongsi.

Rujukan Lain

Muka korang penuh jerawat? Baca 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah ini..

Prestasi korang merosot? Pernah dengar khasiat bawang putih bakar? Jom cari tahu sedikit mengenai khasiat bawang putih untuk lelaki pada kali ini..

Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Jom tengok how to renew SSM online atau cara renew SSM online EzBiz..

Kalau kena penangan pickup line padu menusuk ke hati ni, memang boleh cair. Jom try 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki ni. Memang bersemut bhai!

Dalam artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat..

Kali ini Atok akan kongsikan tanda tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama. Cuba cek, ada tak?

Apakah makanan orang berpantang lepas bersalin? Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer..

Stess boleh dikawal jika korang tahu caranya. Tahukah korang, bahawa kadar depression mahupun anxiety ini boleh diukur dengan Ujian DASS KKM Online?

Atok
Follow me

2 thoughts on “Bayaran Bulanan Proton Saga Baru 2024”

Leave a Comment

error: Content is protected !!