Khasiat Bawang Putih Bakar Untuk Lelaki Sejati!

Prestasi sudah tidak sebaik dulu lagi? Badan terasa lemah dan selalu kurang bermaya? Masalah ini kalau dibiarkan berlanjutan boleh mengganggu hubungan suami isteri. Bahkan boleh membawa kepada perceraian. Pernah dengar tentang khasiat bawang putih bakar? Jom cari tahu sedikit mengenai khasiat bawang putih untuk lelaki pada kali ini..

Khasiat Bawang Putih Bakar Untuk Lelaki Sejati

Bawang putih bukan sahaja sejenis buah atau sayuran yang sesuai digunakan dalam masakan tetapi ianya juga memiliki banyak manfaat sebagai bahan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit.

Namun begitu, apa yang sering kita dengar adalah untuk menghasilkan ubat-ubatan tradisional menggunakan bawang putih, ianya harus di campurkan dengan bahan tradisional yang lain untuk dijadikan sebagai ubat-ubatan.

Korang juga harus mengetahui bahawa bawang putih juga boleh dijadikan ubat-ubatan tanpa di campurkan dengan bahan tradisional yang lain. Justeru, untuk pengetahuan korang, bawang putih bakar adalah bawang mentah yang telah ditapai dalam satu tempoh masa pada suhu dan kelembapan yang tinggi dan ianya juga dikenali sebagai black garlic dalam bahasa inggeris.

Bukan itu sahaja, proses yang dilakukan terhadap bawang putih bakar tersebut akan menyebabkan ulas-ulas bawang putih bertukar menjadi hitam serta mempunyai rasa yang manis dan teksturnnya lembut seakan-akan jeli.

Oleh itu, pasti ada di antara korang terutama golongan lelaki yang ingin mengetahui apakah khasiat bawang putih bakar ini. Justeru, di sini akan dibincangkan serba sedikit tentang khasiat bawang putih bakar untuk lelaki dari segi kesihatan.

Khasiat bawang putih untuk zakar

Pada tahun 2007, suatu kajian yang dibuat oleh Universiti Alabama, Birmingham menunjukkan bahawa bawang putih menghasilkan sejenis kompoun yang dikenali sebagai hidrogen sulfida yang bertindakbalas dengan hemoglobin atau sel darah merah. Tindakbalas antara hidrogen sulfida dan hemoglobin ini menyebabkan pembuluh darah menjadi relaks.

Pembuluh darah yang relaks ini akan menstabilkan aliran darah ke bahagian sulit lelaki. Dengan aliran darah yang mencukupi, menjadikan alat sulit dapat berfungsi dengan baik. Bawang putih juga meningkatkan libido atau dengan kata lain keinginan untuk melakukan hubungan intim.

Dalam kajian lain, John Elrod dan David Lefer, phD dari Albert Einstein College of Medicine, mendapati hidrogen sulfida di dalam bawang putih bakar berupaya mencegah kerosakan sel-sel dan tisu jantung yang biasanya terjadi di kalangan pesakit jantung. Dan jantung yang kuat membawa kepada kekuatan sejati lelaki.

Khasiat bawang putih untuk tekanan Darah

Untuk pengetahuan korang, bawang putih bakar ini sememangnya sesuai untuk membantu menurunkan tekanan darah. Hal ini dikatakan demikian kerana, bagi mereka yang dalam kalangan pesakit hipertensi iaitu pesakit yang memiliki tekanan darah diastolic 90mmgH atau lebih tinggi mahupun tekanan darah sistolik 140mmgH atau lebih.

Bawang putih bakar adalah salah satu bahan yang mampu membantu pesakit hipertensi menurunkan tekanan darah. Oleh itu, dengan pengambilan bawang putih bakar atau ekstrak bawang putih bakar selama 12 minggu, maka berkemungkinan besar tekanan darah akan kembali menjadi purata.

Bukan itu sahaja, khasiat bawang putih bakar juga dikatakan sesuai untuk menambah baik kekakuan arteri dan keradangan. Justeru, ini merupakan salah satu khasiat bawang putih bakar untuk lelaki.

Khasiat bawang putih untuk keradangan

Selain itu, khasiat bawang putih bakar untuk lelaki dari segi kesihatan juga adalah ianya mampu mengurangkan atau mencegah keradangan. Keradangan merupakan satu tindak balas semula jadi badan ketika berlaku jangkitan atau kecederaan.

Jika keradangan ini terjadi dalam jangka masa yang panjang, ianya boleh membawa kepada kesan negatif dan antara contoh kesan keradangan yang mungkin terjadi adalah penyakit kencing manis dan penyakit usus inflamatori.

Oleh itu, bagi kaum lelaki yang mengalami masalah keradangan bolehlah mencuba menggunakan bawang putih bakar kerana ekstrak atau khasiat bawang putih bakar ini boleh merencatkan penghasilan enzim-enzim yang terlibat dengan keradangan.

Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa khasiat bawang putih bakar ini juga mampu mencegah atau mengurangkan keradangan yang berlaku.

Khasiat bawang putih untuk penghadaman

Selain khasiat bawang putih bakar ini baik untuk keradangan dan tekanan darah, bawang putih bakar ini juga dikatakan baik untuk sistem penghadaman. Hal ini dikatakan demikian kerana, khasiat bawang putih bakar ini juga mampu untuk melancarkan pergerakan makanan dari mulut sehingga ke usus besar.

Dengan mengamalkan pemakanan bawang putih bakar ini dapat memudahkan pembuangan air besar. Justeru itu, bagi kaum lelaki yang mengalami masalah penghadaman sehingga mengakibatkan ketidakselesaan pada diri, korang digalakkan untuk mencuba menggunakan bawang putih bakar untuk melancarkan sistem penghadaman korang.

Khasiat bawang putih dan madu

Jika bawang putih digandingkan dengan madu, maka khasiatnya akan lebih terserlah lagi. Ia boleh menjadi super food. Apa yang penting, kena amalkan. Bukan makan sebulan sekali atau setahun sekali ya. Sebaiknya, setiap hari. Atau paling kurang seminggu sekali.

Bagaimana membuat bawang putih bakar?

Untuk mendapatkan kebaikan daripada bawang putih bakar ini tidaklah sesukar mana. Mudah saja cara membuatnya. Boleh buat sendiri atau minta tolong orang rumah sediakan.

1. Ambil 5 atau 7 ulas bawang putih dan bakar di atas api dapur.

2. Bakar tanpa mengupas kulitnya.

3. Pastikan ia hampir hangus atau warnanya berubah kehitaman.

4. Kemudian kupas dan masukkan ke dalam bekas. Sebaiknya bekas bertutup.

5. Tuangkan dua sudu madu dan biarkan selama 5 jam.

6. Boleh makan begitu saja atau jadikan lauk atau makan waktu awal pagi dan sebagainya.

Banyak lagi kebaikan dan khasiat bawang putih bakar untuk lelaki yang ada. Namun begitu, khasiat bawang putih bakar dari segi kesihatan ini bukan sahaja sesuai untuk golongan lelaki tetapi ianya juga sesuai untuk golongan wanita.

Hal ini kerana, segala khasiat bawang putih bakar untuk kesihatan yang dinyatakan di atas ini juga sangat berguna untuk kaum wanita. Namun begitu, fokus atau tumpuan utama diberikan kepada kaum lelaki kerana masalah-masalah keradangan, tekanan darah dan juga sesetengah penyakit yang lain sering terjadi juga pada golongan lelaki.

Oleh itu, diharapkan agar perkongsian di atas ini dapat membantu kaum Adam untuk mengenali khasiat bawang putih bakar dengan lebih terperinci dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Rujukan Lain

Murid-murid digalakkan menggunakan peribahasa dalam karangan dan exam. Diharap senarai peribahasa dan maksudnya ini membantu korang..

Anak kucing memang comel! Geram jer tengok kan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!

Korang sakit tekak? Di sini Atok kongsikan untuk korang, 5 petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor..

Tak hafal doa selepas solat yg panjang? Nak belajar doa yg pendek & mudah? Ini doa selepas solat fardhu dalam rumi beserta maksudnya. Senang nak hafal..

Surah Al Mulk rumi sebelum tidur. Bacalah, InsyaAllah ia akan menjadi penyelamat dan pendinding azab siksa kubur. Ini cara mudah menghafalnya..

Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi daripada penyakit kronik. Baca pelbagai khasiat madu kelulut di sini..

Muka korang penuh jerawat? Baca 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah ini..

Kalau tidak rawat, nanti nak bercakap pun susah. Tahukah korang, bagaimana kahak boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!