Ayat Pickup Line Sweet Untuk Lelaki (Bersemut Bhai)!

Gombalan kalau di Indonesia. Di Malaysia, kita menyebutnya pickup line. Pada mulanya, pickup line popular bermula di program Maharaja Lawak Mega yang menghimpunkan ramai pelawak yang bertanding. Bermula daripada situlah pickup line ini menjadi popular sehingga menjadi trend sekarang apabila korang ingin menawan hati seseorang. Memang boleh cair, kalau kena penangan pickup line padu yg menusuk ke hati. Oleh itu, kali ni Atok nak kongsikan untuk korang 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki. Memang bersemut bhai..

Ayat Pickup Line Sweet Untuk Lelaki (Bersemut Bhai)!

Sebut sahaja mengenai pickup line, korang mesti dah terfikir bermacam-macam ayat yang sememangnya menjadi perhatian ramai. Kejap lagi Atok akan kongsikan untuk korang 20 ayat pickup line sweet khas untuk lelaki.

Kalau korang nak tahu, pickup line ialah kata pikat yang merupakan suatu bentuk komunikasi dengan niat melibatkan orang yang tidak dikenali dengan menggunakan kata-kata yang lucu atau romantik untuk menarik perhatian mereka. Dalam post ini, bertujuan untuk memikat lelaki idaman korang!

Senang kata, pickup line ini salah satu cara untuk korang mencairkan hati seseorang walau pun baru pertama kali berjumpa. Power tak power?

20 ayat pickup line sweet untuk lelaki

1. Awak, tolong telefon bomba!
Kenapa? Kenapa? Apa yang terbakar?
Hati saya, hati saya terbakar.. kena panahan cinta awak!

2. Awak tahu tak persamaan saya dengan semut?
Apa bendanya yang sama?
Semut suka manis gula, saya pula suka manis cinta awak.

3. Abang suka laut atau air terjun?
Air terjun.
Saya suka laut, sebab boleh pegang tangan jalan tepi pantai dengan abang.

4. Awak, kalau saya terjun lombong, awak nak ikut tak?
Tanaklah.
Bagus, sebab saya dah tak mampu nak terjun lombong dan lemas tenggelam dalam hati awak.

5. Saya tak sangka awak sejahat ini.
Saya jahat buat apa?
Awak jahat sebab dah curi hati saya, sampai sekarang awak tak pulangkan balik.

6. Abang, nanti saya nak ikut pergi memancing.
Hari tu sayang cakap boring.
Saya nak ikut. Saya tak nak ada orang lain pancing abang untuk gantikan tempat saya.

7. Susah betul menaip dekat keyboard ni.
Kalau susah, taip lah pelan-pelan.
Susah sebab asyik tertaip nama awak je dari tadi.

8. Abang, bila tutup mata nampak apa?
Tak nampak apa, gelap je.
Macam tula gelapnya hidup sayang tanpa abang.

9. Abang, saya nak kunci!
Kunci apa?
Kunci untuk semua pintu hati abang. Sayang tanak orang lain masuk.

10. Awak boleh kira berapa banyak air hujan yang turun?
Tak boleh, banyak sangat.
Banyak lagi jumlah cinta sayang pada awak tau.

11. Kalau awak nak tahu saya suka roadblock.
Lah kenapa pula?
Sebab saya sendiri dah letak roadblock dalam hati ini. Tak akan ada orang lain selain awak.

12. Selalunya pokok kelapa tinggi kah rendah?
Mestilah tinggi.
Tapi tinggi lagi cinta saya dekat awak.

13. Awak tahu tak apa beza awak dengan banduan?
Apa dia?
Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya.

14. Awak cuci muka pakai gula eh?
Eh tak lah, kenapa pula?
Sebab muka awak nampak manis sangat pada saya.

15. Awak kenal tak mana-mana tukang kayu.
Tak, kenapa?
Kerana saya nak pahat nama awak dalam hati saya.

16. Awak suka mocha ke kopi?
Saya suka kopi.
Kalau bagitu, ko pinang awak dengan bismillah.

17. Apa beza awak dengan habuk?
Tak tahu.
Habuk melakat di mata saya, tapi awak melkat di hati saya.

18. Awak tahu tak kenapa air laut masin?
Tak tahu, kenapa?
Kerana manisnya pada awak.

19. Keep straight don’t belok-belok.
Kenapa pula?
Sebab saya nak stright ke hati awak.

20. Awak tahu tak, apa kelebihan import eksport?
Apa dia?
Selain daripada memperluaskan pemasaran, ia juga dapat memperluaskan cinta saya pada awak.

Ha, sweet tak 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki yang Atok kongsikan?

Koleksi ayat pickup line sweet untuk lelaki ini benar-benar boleh membuatkan hati si lelaki cair. Itu pun, kalau korang pandai pakai la..

Cuma korang kena kreatif la. Kena pandai corner sikit. Sebab ada masanya, lain kita tanya, lain pula dia jawab.

Tapi, apa pun. Korang kena cuba dulu, sama ada berjaya atau tidak.

Muda-mudahan, dengan pickup line sweet ini dapat menambahkan rasa bahagia dalam hati korang. Lagi-lagi untuk suami. Sebelum ini, asyik suami je bagi pickup line kan?

Wanita di luar sana mungkin boleh cuba 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki ini, terutamanya untuk encik suami atau untuk lelaki idaman korang. Selamat mencuba!

Rujukan Lain

Korang sakit tekak? Di sini Atok kongsikan untuk korang, 5 petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor..

Tak hafal doa selepas solat yg panjang? Nak belajar doa yg pendek & mudah? Ini doa selepas solat fardhu dalam rumi beserta maksudnya. Senang nak hafal..

Surah Al Mulk rumi sebelum tidur. Bacalah, InsyaAllah ia akan menjadi penyelamat dan pendinding azab siksa kubur. Ini cara mudah menghafalnya..

Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi daripada penyakit kronik. Baca pelbagai khasiat madu kelulut di sini..

Muka korang penuh jerawat? Baca 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah ini..

Prestasi korang merosot? Pernah dengar khasiat bawang putih bakar? Jom cari tahu sedikit mengenai khasiat bawang putih untuk lelaki pada kali ini..

Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Jom tengok how to renew SSM online atau cara renew SSM online EzBiz..

2 hingga 6 orang daripada 1,000 adalah penghidap autism. Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!