Cara Hilangkan Sakit Gigi Berdenyut, Untuk Yang Malas Nak Pegi Klinik

Sakit gigi merupakan penyakit yang semua orang tahu amat menyakitkan dan menyeksakan. Sakit gigi kalau berdenyut, dia punya serangan sampai ke kepala. Buat apa pun semua serba tidak kena dijadinya. Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Petua-petua ini memang sesuai untuk korang mengurangkan rasa sakit, berdenyut dan tidak selesa itu. Oleh itu, Atok akan kongsikan kepada korang beberapa petua hilangkan sakit gigi berdenyut dan cara mengatasi masalah sakit gigi di sini.

Cara hilangkan sakit gigi berdenyut

Apabila mengalami sakit gigi, semua benda yang kita buat semua serba tak jadi. Nak tidur pun tak lena kan? Petua yang bakal Atok kongsikan ini akan menghilangkan rasa sakit gigi yang menyakitkan untuk korang sebelum nekad berjumpa dengan doktor.

Tapi, untuk korang yang tanak sakit gigi ini terjadi lagi. Korang kenalah jaga kesihatan gigi dan kurangkan pengambilan makanan yang manis. Makan makanan manis ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan korang juga, tapi kepada kesihatan gigi korang juga.

Petua atau cara hilangkan sakit gigi berdenyut:

1. Air garam dan limau nipis

Kalau korang nak tahu air garam ini bagus untuk mencegah bakteria dalam mulut kita. Jadi ia salah satu petua yang berkesan untuk menghilangkan sakit gigi berdenyut dengan berkesan. Seperti, rebus air, garam dan limau nipis yang telah dibelah sehingga mendidih.

Kemudian bolehlah tunggu sehingga air tadi menjadi suam dan berkumur-kumur sehingga kesakitan yang dialami semakin kurang.

2. Hiris bawang putih

Kenapa bawang putih? Mesti korang tertanya-tanya kan. Bawang putih ini baik untuk kesihatan tubuh badan kita tau. Ia juga mampu menyembuhkan masalah sakit gigi dan gusi berdenyut. Oleh itu, petua bawang putih untuk sakit gigi dan berdenyut mampu menyembuhkan dan mengurangkan rasa sakit pada gigi.

Caranya dengan menghiris sebiji bawang putih yang sudah di cuci bersih. Kemudian korang tempelkan pada bahagian gigi dan biarkan sekurang-kurangnya selama sejam. Korang tahan jela ya.

3. Buah tomato muda

Kebiasaannya tomato ini orang akan gunakan untuk menjaga kesihatan kulit kan. Korang mesti tak tahu buah tomato ini juga mampu mengurangkan rasa sakit pada gigi.

Jadi, sekiranya korang berdepan dengan masalah sakit gigi korang boleh amalkan dan ambil sebiji tomato muda dan belahkan kepada dua bahagian. Kemudian masukkan buah tomato tersebut ke bahagian gigi yang sakit.

Gigi sakit sedang dimakan oleh ulat, buah tomato akan membantu ulat untuk keluar dengan sendirinya. Selepas itu, kumur dengan air apabila sakit yang dialami semakin berkurang.

4. Kunyah kapur sirih

Petua ni agak klasik sedikit. Zaman ni memang susah dah nak cari kapur sirih. Sebut pasal kapur sirih ni, mesti korang akan ingat zaman nenek moyang kita pada zaman dahulu kan. Hal ini kerana, pada zaman dahulu mereka gemar mengunyah kapur sirih.

Tapi kalau korang nak tahu, kapur sirih sebenarnya tabiat yang bagus dan dapat mengelakkan korang mengalami masalah gigi. Jadi, korang perlu ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada bahagian gigi yang sakit dan kemudian kunyah perlahan-lahan sirih yang bercampur dengan sedikit kapur. Tindakan ini akan membantu korang mengatasi masalah sakit gigi.

5. Bunga Cengkih

Satu lagi cara hilangkan sakit gigi geraham atau gigi yang berlubang ialah menggunakan bunga cengkih. Selain menaikkan aroma masakan, cengkih juga berperanan dalam mengurangkan sakit gigi berdenyut.

Korang pegi dapur, cari dalam bekas-bekas kecil di dapur tu. Ambil bunga cengkih dan masukkan ke dalam lubang gigi. Biarkan selama yang boleh. Setengah jam hingga beberapa jam. Ia akan memberi rasa kebas sedikit untuk melawan kesakitan.

5. Gambir

Petua yang terakhir yang Atok akan kongsikan untuk menghilangkan rasa sakit gigi ialah dengan menggunakan gambir.

Korang boleh rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Kemudian korang tumbuk sehingga separuh hancur dan sapukan pada bahagian gigi yang sakit. Tapi, jangan letakkan terlalu banyak kerana gambir ini mempunyai sifat mengebaskan gigi dan bibir.

Konklusinya di sini, cara hilangkan sakit gigi berdenyut ini telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Hal ini kerana, pada zaman dahulu kan kurang dan jauh daripada kemudahan doktor dan hospital. Jadi, cara dan petua hilangkan sakit gigi berdenyut ini merupakan tindakan yang zaman dahulu akan gunakan untuk merawat sakit pada gigi.

Namun, itu pada zaman dahulu. Walaupun begitu, petua ini sememangnya masih boleh digunapakai tapi sekiranya sakit semakin berlarutan maka korang kena bawa berjumpa dengan doktor.

Kemudahan rawatan masa kini juga kita harus gunakan sebaik mungkin, kerana mereka lebih mengetahui dan pakar dengan masalah yang kita hadapi. Oleh itu, Atok harap petua hilangkan sakit gigi berdenyut yang Atok kongsikan mampu membantu dan bermanfaat kepada korang semua.

Rujukan Lain

Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini..

Tahukah korang apakah doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut? Doa ini banyak kelebihan dan manfaatnya. Terutama untuk yang ditimpa musibah..

Kalau tidak rawat, nanti nak bercakap pun susah. Tahukah korang, bagaimana kahak boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?

Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah ini di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut..

Menurut statistik, 2 – 6 orang daripada setiap 1,000 orang adalah penghidap autism. Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang!

Individu disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport & dihalang ke luar negara. Di sini ditunjukkan cara semak senarai hitam imigresen..

Baca beberapa cara nak buang angin dalam badan ni. Cuba dulu, mana tahu berkesan. Kalau dibiar, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh..

Banyak lagi ke hutang rumah? Lagi berapa tahun nak habis? Kalau tak pasti, buat semakan baki pinjaman LPPSA korang. Tiga cara dikongsikan di sini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!