Khasiat Madu Kelulut (Stingless Bee Atau Trigona spp)

Kelulut atau Trigona spp ialah sejenis lebah tidak bersengat (Stingless Bee) dan menghasilkan madu yang manis. Dapatan sepasukan penyelidik daripada Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), menemui bahawa madu kelulut asli mengandungi tiga komponen utama iaitu antioksidan, antibakteria dan trehalulose. Trehalulose adalah gula semula jadi yang mempunyai bacaan indeks glisemik (GI) rendah. Selain itu, madu kelulut asli juga mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi pengamal makanan tambahan ini daripada penyakit kronik. Keistimewaan lain madu kelulut ialah, ia boleh mengurangkan risiko kerosakan DNA dan radikal bebas. Lain-lain khasiat madu kelulut akan diterangkan di bawah..

Khasiat Madu Kelulut (Stingless Bee Atau Trigona spp)

Sering kali kita mendengar orang memperkatakan tentang madu kelulut. Namun begitu, sesetengah orang masih tidak mengetahui apakah itu madu kelulut. Bagi yang tidak mengetahui, madu kelulut adalah sejenis madu yang dihasilkan oleh lebah yang tidak menyengat.

Bukan itu sahaja, lebah kelulut ini juga boleh di dapati di Asia Tenggara iaitu di kawasan-kawasan tropika. Untuk makluman korang juga, lebah kelulut ini mempunyai nama saintifiknya selain nama melayunya iaitu Trigona spp.

Madu kelulut ini mengandungi pelbagai kandungan nutrisi iaitu seperti kalori, glukosa, sukrosa, kalium, kalsium, magnesium, dan fruktosa. Tambahan pula, di dalam madu kelulut juga memiliki beberapa komponen berkhasiat tetapi ianya berbeza mengikut spesis lebah kelulut yang menghasilkannya.

Antara komponen berkhasiat yang boleh dijumpai dalam madu kelulut adalah kandungan fenolik dan enzim. Justeru, madu kelulut ini sangat berbeza dengan madu yang biasa digunakan dalam masakan kerana ianya mempunyai pelbagai jenis khasiat.

Madu kelulut vs madu lebah

Apakah perbezaan antara Madu kelulut vs madu lebah? Perbezaan ketara antara madu kelulut dengan madu lebah adalah pada kandungan antioksida yang lebih tinggi dibandingkan dengan madu lebah.

Ini adalah kerana, lebah kelulut menyimpan madu di dalam kantung propolis berbeza dengan lebah biasa yang menyimpan madu di dalam kantung lilin lebah (beewax). Kantung propolis mengandungi bahan antioksida yang lebih tinggi daripada kantung lilin.

Propolis adalah hasil daripada olahan resin dari pokok-pokok jenis bergetah. Resin inilah yang mempunyai sifat antimikrob dan sifat penyembuhan luka yang tinggi, iaitu melindungi pokok daripada terkena jangkitan apabila kulit pokok terluka.

Resin inilah yang dikumpulkan oleh lebah kelulut untuk dijadikan kantung. Antara lain, fungsi kantung ini ialah bagi melindungi koloni lebah kelulut dan juga melindungi madu dan roti lebah daripada ancaman bakteria, virus dan kulat.

Madu yang disimpan di dalam kantung propolis secara tidak langsung akan menyerap bahan-bahan antioksida daripada propolis dan menjadikan ia madu yang orang katakan super food!

Madu Kelulut Untuk Merawat Luka

Bagi yang tertanya-tanya apakah khasiat madu kelulut ini sehingga menjadi sebutan ramai adalah madu kelulut ini mampu merawat luka pada tubuh badan korang. Bagi mereka yang mempunyai luka-luka kecil bolehlah menggunakan madu kelulut ini untuk menyembuhkan luka tersebut kerana madu kelulut ini merupakan ubat-ubatan secara tradisional pada zaman dahulu.

Caranya mudah sahaja, iaitu korang hanya perlu menyapukan madu kelulut itu pada bahagian luka. Apabila korang menyapu madu kelulut tersebut pada kawasan luka, secara tidak langsung kawasan luka tersebut akan menjadi bersih. Justeru itu, madu kelulut ini sangat berkhasiat dalam membantu merawat luka-luka korang.

Madu Kelulut Untuk Kanser

Selain membantu merawat luka, madu kelulut ini juga berupaya membantu masalah kanser. Hal ini dikatakan demikian kerana, khasiat yang terdapat di dalam madu kelulut tersebut mampu meningkatkan status antioksida dalam badan di mana ianya mampu menghalang kepada pembentukan kanser.

Oleh kerana itu, madu kelulut ini dikatakan mampu menghalang atau mengurangkan pembentukan sel kanser di dalam badan. Walaupun ia tidak mampu mematikan pembentukan sel kanser di dalam badan secara langsung tetapi ia mampu mengurangkan sedikit pembentukan sel kanser.

Madu kelulut untuk batuk

Selain rasa manis madu, khasiat madu kelulut seterusnya ialah untuk mengurangkan batuk. Kandungan anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat di dalam madu kelulut berupaya bertindak melawan jangkitan yang menyebabkan batuk dan sakit tekak.

Tips pengambilan madu kelulut untuk menghilangkan batuk ialah dengan mengambil sesudu kecil madu kelulut asli dan masukkan ke dalam secawan air suam. Jika ditambah dengan perahan limau nipis atau lemon lebih baik lagi. Boleh amalkan meminum madu kelulut ini sebanyak tiga kali sehari. Pagi, petang dan sebelum tidur.

Madu Kelulut Untuk Kencing Manis

Madu kelulut ini juga mampu merawat kencing manis serta menurunkan kandungan gula. Hal ini di katakan demikian kerana, madu kelulut ini mempunyai bahan yang mampu mengurangkan gula yang dikenali sebagai anti diabetes.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kencing manis bolehlah mencuba madu kelulut ini bagi menggantikan pengambilan gula biasa dek kerana pengambilan madu kelulut ini dalam kehidupan harian mampu untuk mengawal atau mengurangkan kandungan gula yang berlebihan dalam darah.

Hal ini demikian kerana madu kelulut ini mampu merangsang penghasilan hormon insulin yang berfungsi untuk memecahkan kandungan gula dalam badan. Justeru, bagi yang menghidap penyakit kencing manis bolehlah menggunakan madu kelulut ini sebagai salah satu rawatan untuk merawat kencing manis.

Tidur Lebih Lena

Selain membantu dari segi kesihatan badan, khasiat madu kelulut ini juga dapat membantu korang yang sukar tidur. Apabila korang mengamalkan madu kelulut, ianya dapat menggalakkan pembebasan melatonin dalam otak dan meningkatkan imuniti sekaligus membantu membina semula tisu semasa korang berehat.

Oleh itu, bagi sesetengah individu yang mengalami masalah sukar tidur dengan lena terutama pada waktu malam bolehlah mengamalkan khasiat madu kelulut ini.

Benarlah seperti yang diperkatakan oleh orang ramai di mana madu kelulut ini sangat berbeza dengan madu-madu yang lain kerana khasiat yang terdapat di dalam madu kelulut tersebut mampu merawat atau paling tidak berupaya mengurangkan gejala pelbagai jenis penyakit.

Justeru, khasiat madu kelulut yang telah dinyatakan di atas ini adalah antara kebaikan madu kelulut untuk kesihatan badan yang korang perlu tahu. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi kebaikan atau kelebihan yang korang akan perolehi jika korang mengamalkan madu kelulut ini di dalam kehidupan harian.

Rujukan Lain

Di sini Atok akan kongsikan kepada korang doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang korang boleh amalkan sebelum berbuka puasa nanti. Selamat berbuka!

Korang fresh graduan yg tengah cari contoh resume terbaik sebagai rujukan? Jangan risau, Atok kongsikan contoh resume terbaik fresh graduate di sini.

Murid-murid digalakkan menggunakan peribahasa dalam karangan dan exam. Diharap senarai peribahasa dan maksudnya ini membantu korang..

Anak kucing memang comel! Geram jer tengok kan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!

Korang sakit tekak? Di sini Atok kongsikan untuk korang, 5 petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor..

Tak hafal doa selepas solat yg panjang? Nak belajar doa yg pendek & mudah? Ini doa selepas solat fardhu dalam rumi beserta maksudnya. Senang nak hafal..

Surah Al Mulk rumi sebelum tidur. Bacalah, InsyaAllah ia akan menjadi penyelamat dan pendinding azab siksa kubur. Ini cara mudah menghafalnya..

Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!