Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

Salah satu kisah yang mungkin sering diceritakan oleh guru-guru kepada anak muridnya atau oleh atau oleh ibu bapa kepada anak- anak mereka adalah mengenai kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan. Tapi tahukah korang apakah Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut?

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

Setiap umat islam pasti mengetahui tentang 25 rasul yang ada beserta dengan kisah-kisahnya. Kisah-kisah tentang rasul-rasul yang ada ini bukan sahaja diketahui oleh golongan-golongan dewasa, tetapi juga golongan-golongan kanak-kanak.

Bagi golongan kanak-kanak, kisah tentang Nabi atau Rasul ini sering diceritakan oleh golongan dewasa kepada kepada mereka untuk mereka ketahui tentang sejarah dalam islam dan mengambil pengajaran daripadanya.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah yang mungkin belum mengetahui atau telah lupa akan kisah mengenai Nabi Yunus dan Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan. Jom kita ulangkaji sikit kisahnya..

Kisah Nabi Yunus ditelan oleh ikan

Nabi Yunus merupakan salah seorang Nabi yang telah diutus oleh Allah Swt untuk mengajak seluruh penduduk Ninawa agar beriman kepada Allah SWT.

Bagi yang tidak mengetahui tentang penduduk Ninawa, Ninawa merupakan daerah mosul irak dan ianya merupakan tempat yang penduduknya berpaling dari jalan Allah dan masih menyembah berhala.

Nabi Yunus bertemu dengan penduduk Ninawa yang pada ketika itu sedang melakukan ritual penyembahan berhala. Namun begitu, kehadirannya tidak disambut baik oleh penduduk tersebut bahkan Nabi Yunus dihina sehingga menyebabkan Nabi Yunus berkecil hati dan meninggalkan mereka.

Dengan takdir Allah, baginda menaiki sebuah kapal bersama ramai penumpang lain.

Bagaimana Nabi Yunus boleh ditelan oleh ikan?

Dipendekkan cerita, nama Nabi Yunus telah terpilih sebanyak tiga kali ketika para penumpang kapal membuat undian untuk mengurangkan beban di dalam kapal ketika mereka dilanda ribut gelora di tangah laut.

Dengan perasaan pasrah, Nabi Yunus pun melemparkan dirinya ke dalam laut dan ketika itu Allah SWT telah mengirimkan sejenis ikan yang amat besar untuk menelan Nabi Yunus tanpa merobek dagingnya atau mematahkan tulangnya.

Jangan salah sangka ya, bukan ikan paus. Ada riwayat mengatakan nama ikan itu ialah ikan nun. Tapi secara pasti, tidak diketahui. Dan berdasarkan pendapat ramai ilmuwan Islam, adalah dipercayai ikan itu masih hidup sehingga ke hari ini. Cuma tidak dipastikan ia hidup di laut mana dan kawasan mana. Hanya Allah SWT yang maha mengetahuinya akan segala sesuatu.

Ketika di dalam perut ikan tersebut la Nabi Yunus telah membaca sepotong doa berkali-kali sehingga Nabi Yunus ditakdirkan dengan kehendak Allah SWT dikeluarkan daripada perut ikan tersebut.

Haa!!! mesti korang nak tahukan apa doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut?

Berikut merupakan Doa Nabi Yunus dalam perut ikan.

Doa nabi yunus jawi:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Doa nabi yunus rumi:

Laa ilaaha illa Anta, subhanaka innii kuntu minaz zalimim.

Maksudnya:

” Tidak ada Tuhan selain engkau, Maha Suci engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim. ” (QS Al-Anbiya 87)

Justeru, di atas ini merupakan doa Nabi Yunus yang baginda baca berulang kali semasa berada di dalam perut ikan tersebut.

Kelebihan doa nabi yunus

Untuk makluman semua, terdapat banyak manfaat mengamalkan doa Nabi Yunus dalam perut ikan ini kepada seluruh umat islam. Hal ini demikian kerana, doa Nabi Yunus dalam perut ikan dapat membantu umat islam yang berada di dalam kesulitan atau di saat ditimpa musibah.

Manfaat atau kelebihan mengamalkan Doa Nabi Yunus dalam perut ikan. Antara manfaat yang akan di perolehi adalah:

  • Akan diampuni oleh Allah SWT kerana doa Nabi Yunus ini mengandungi isi permintaan maaf kepada Allah SWT.
  • Keinginannya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
  • Di jamin akan mendapat pahala orang yang mati syahid.

Kesimpulannya, di atas ini merupakan sedikit sebanyak tentang kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan yang besar beserta dengan Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut dan juga kelebihan atau manfaat doa ini.

Justeru, bagi korang yang mengalami musibah atau ditimpa masalah, bolehlah mengamalkan doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut bagi mengatasi masalah atau musibah yang korang sedang alami.

Rujukan Lain

Prestasi korang merosot? Pernah dengar khasiat bawang putih bakar? Jom cari tahu sedikit mengenai khasiat bawang putih untuk lelaki pada kali ini..

Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Jom tengok how to renew SSM online atau cara renew SSM online EzBiz..

Kalau kena penangan pickup line padu menusuk ke hati ni, memang boleh cair. Jom try 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki ni. Memang bersemut bhai!

Dalam artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat..

Kali ini Atok akan kongsikan tanda tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama. Cuba cek, ada tak?

Apakah makanan orang berpantang lepas bersalin? Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer..

Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini..

Solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok kongsikan bagaimana cara solat tahajud perempuan yang betul..

Leave a Comment

error: Content is protected !!