Kehadiran kahak yang sering mengganggu, sangat merunsingkan. Dan juga menyebabkan ramai individu berasa tidak selesa untuk melakukan sesuatu perkara. Kalau tidak ditangani lebih awal, nanti nak bercakap pun susah. Namun tahukah korang, bagaimana kahak ini boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan korang, kahak ini sering terjadi ketika seseorang individu tersebut mengalami batuk atau selesema. Hal ini secara tidak langsung boleh menyebabkan korang mengalami kesukaran bernafas dan kerana itu, pasti ada di antara korang yang sedang mencari petua hilangkan kahak cara tradisional tanpa bantuan daripada ubat-ubatan.
Namun begitu, bagi korang yang sedang atau telah mengalami masalah kahak ini pasti tertanya-tanya apa petua terbaik untuk hilangkan kahak bagi kanak-kanak dan golongan dewasa. Justeru itu, di sini akan di nyatakan tentang petua hilangkan kahak cara tradisional tanpa memerlukan bantuan ubat-ubatan daripada klinik.
Berikut merupakan petua hilangkan kahak cara tradisional yang perlu diketahui..
Minum banyak air masak
Kita mulakan dengan petua hilangkan kahak yang paling tradisional. Kaedah ini sudah disampaikan secara turun-temurun selama ribuan tahun. Korang kena pastikan diri mengambil air masak secukupnya. Minima sebanyak 6-8 gelas sehari.
Ini akan membantu mengurangkan pembentukan kahak. Air secara asasnya akan membantu menyingkirkan kahak yang berlebihan yang terkumpul di bahagian tekak. Kalau taknak pakai sukatan gelas dan nak ukuran lebih tepat, sila minum 2 liter air suam setiap hari untuk clearkan kahak.
Madu dan Lemon
Untuk pengetahuan korang, madu dan lemon adalah salah satu gabungan bahan semulajadi yang sangat sesuai untuk menghilangkan kahak secara tradisional. Hal ini di katakan demikian kerana, madu berfungsi untuk mengurangkan kesakitan tekak akibat batuk dan selsema, manakala lemon berfungsi untuk mencairkan kahak.
Namun begitu, untuk gabungan bahan semua jadi ini, ianya hanya sesuai untuk golongan dewasa manakala bagi golongan kanak-kanak, ibu bapa boleh menggunakan madu sahaja. Itu pun hanya kepada kanak-kanak berumur satu tahun dan ke atas.
Cara-cara penyediaan bagi dua gabungan bahan tradisional ini adalah korang perlu menyediakan dua sudu teh bersama dengan perahan jus lemon. Kemudian kacau bersama madu di dalam segelas air suam.
Manakala untuk kanak-kanak pula, ibu bapa perlu memberi satu sudu madu sebelum tidur. Oleh hal yang demikian, cara dan petuanya sangat mudah tetapi ianya mampu membantu menyembuhkan masalah kahak yang di hadapi. Justeru, ini merupakan salah satu petua hilangkan kahak cara tradisional yang perlu korang ketahui.
Teh bunga Chamomile
Chamomile ialah sejenis tumbuhan berbunga kuning & putih. Setelah dikeringkan, ia boleh dijadikan teh. Teh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Teh chamomile juga boleh meredakan membran mukosa yang perit.
Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan. Minum dengan perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak korang.
Bawang Putih
Selain madu atau lemon yang sesuai untuk menghilangkan kahak, bawang putih juga antara bahan tradisional yang sangat sesuai untuk menghilangkan kahak yang di alami. Hal ini di katakan demikian kerana, bawang putih memiliki sulfur yang mampu bertindak balas dengan sistem biologi dalam badan dan seterusnya mampu mencairkan kahak. Namun begitu, petua bawang putih ini boleh di lakukan dengan dua cara:
Cara pertama
Ambil bawang putih yang telah dibakar kemudian tumbuk hingga hancur. Kemudian gaulkannnya bersama dengan minyak zaitun seterusnya sapu di leher korang.
Cara kedua
Bakar satu labu bawang putih selama 15 minit dan pastikan bawang putih tersebut tidak hangus. Kemudian buangkan kulit dan makan bawang putih yang telah dibakar tersebut.
Justeru, jelaslah bahawa bawang putih merupakan salah satu petua hilangkan kahak cara tradisional yang elok untuk diamalkan.
Wap stim
Petua ini adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Cuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka korang atau bayi korang.
Nota: Wap stim adalah amat panas. Sila lapisi kain yang nipis untuk pastikan wap stim tidak terus menghala ke muka. Dalam masa yang sama, tepuk-tepuk belakang bayi dengan perlahan dengan tujuan nak longgarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan melalui najis bayi.
Kalau tiada alat untuk stim? Senang jer. Korang panaskan air. Jerang air terlebih dahulu sampai mendidih. Kemudian tuangkan ke wadah atau bekas. Bernafas di atasnya sementara wap masih ada. Kena topup selalu la.
Air Garam
Seterusnya, petua hilangkan kahak cara tradisional yang boleh korang cuba adalah dengan menggunakan air garam. Korang perlu mengambil satu sudu garam dan kemudian larutkannya di dalam segelas air suam.
Kemudian korang perlu kumur air garam tersebut selama 15 saat dan lakukannya sebanyak tiga kali sehari. Air garam merupakan bendasing yang mampu mencairkan kahak di dalam tekak korang. Justeru, air garam sangat membantu korang dalam menghilangkan kahak yang boleh menganggu aktiviti harian korang.
Serbuk kunyit
Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat.
Kaedahnya begini, larutkan setengah sudu teh serbuk kunyit ke dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan. Buat macam teh. Perlahan-lahan ya, ini bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.
Penutup
Banyak lagi petua hilangkan kahak cara tradisional yang boleh korang ikuti. Namun petua-petua yang dinyatakan di atas ini sudah cukup membantu korang yang mempunyai masalah kahak. Korang hanya perlu mengamalkan petua tersebut untuk membantu menghilangkan kahak korang.
Walau bagaimanapun, jika kahak korang tidak juga berkurangan bahkan ianya semakin teruk, korang digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan lebih lanjut.
Diharapkan perkongsian mengenai petua hilangkan kahak cara tradisional ini dapat membantu korang yang mengalami masalah tersebut. Bagi korang memiliki petua tradisional lain yang mampu menghilangkan kahak, korang boleh kongsikan petua tersebut di ruangan komen.
Rujukan Lain
Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Jom tengok how to renew SSM online atau cara renew SSM online EzBiz..
Kalau kena penangan pickup line padu menusuk ke hati ni, memang boleh cair. Jom try 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki ni. Memang bersemut bhai!
Dalam artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat..
Kali ini Atok akan kongsikan tanda tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama. Cuba cek, ada tak?
Apakah makanan orang berpantang lepas bersalin? Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer..
Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini..
Tahukah korang apakah doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut? Doa ini banyak kelebihan dan manfaatnya. Terutama untuk yang ditimpa musibah..
Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah tanda tanda anxiety. Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda anxiety attack pada seseorang..