Cara Solat Tahajud Perempuan. Bagi Yang Baru Nak Belajar

Solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam. Sebaik-baik waktu yang disarankan ialah pada sepertiga malam. Sepertiga tu bila? Lebih kurang 2 jam sebelum masuk waktu solat Subuh. Kelebihan paling utama solat tahajud ialah pada waktu inilah doa sangat mustajab. Selain itu, solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok menulis artikel ini untuk membantu korang bagaimana cara solat tahajud perempuan.

Cara Solat Tahajud Perempuan. Bagi Yang Baru Nak Belajar

Di samping korang solat lima fardu sehari semalam, korang juga boleh dan amat digalakkan menunaikan solat tahajud. Walaupun korang juga memohon doa pada solat lima waktu itu tapi korang digalakkan menunaikan solat tahajjud untuk memohon keperluan dan mengadukan segala masalah misalnya apabila keadaan tidak berjalan seperti yang dirancang, masalah dalam rumahtangga dan bermacam lagi.

Pesan baginda Nabi kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:

Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit.“

Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A

Jadi, berikut merupakan cara solat tahajud perempuan.

Syarat solat tahajud

Syarat solat tahajud ni mudah sekali. Solat tahajud hendaklah didirikan setelah terbangun daripada tidur malam meskipun tidur itu hanya sebentar saja.

Hukum solat tahajud

Hukum solat sunat Tahajud adalah sunat muakkad, yang bermakna amalan ini merupakan amalan sunat yang amat digalakkan oleh Allah SWT.

Cara solat tahajud perempuan

1. Bilangan solat tahajud:

  • Dua rakaat (minimum)
  • Empat rakaat sehingga sebanyak yang termampu

2. Niat solat tahajud:

أُصَلِّي سُنَّةَ الْحَاجَةِ ركْعَتَيْنِ أدَاءً لِلَّه تَعَالَى

Niat solat tahajud Rumi:
Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala.

Maksud:
Sahaja aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana Allah ta’ala

3. Rakaat pertama:

  • Dimulakan dengan takbir dengan menyebut lafaz ‘Allahu Akbar’ dan disertakan dengan niat dalam hati.
  • Membaca doa iftitah.
  • Membaca surah al-Fatihah (satu kali).
  • Digalakkan membaca surah Surah al-Kafirun) atau ayat Kursi (7 kali)
  • Rukuk dan iktidal.
  • Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
  • Kemudian, berdiri lagi untuk rakaat kedua.

4. Rakaat kedua:

  • Dimulakan dengan lafaz takbir permulaan rakaat kedua.
  • Membaca surah al-Fatihah (satu kali).
  • Dianjurkan membaca surah al-Ikhlas (satu kali atau 11 kali)
  • Rukuk dan iktidal.
  • Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali terakhir (disarankan untuk membaca surah Al-Isra’ ayat 80 dalam sujud terakhir sebanyak 3 kali)

Al-Isra’ ayat 80 jawi

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍ وَٱجْعَل لِّى مِن لَّدُنكَ سُلْطَٰنًا نَّصِيرًا

Al-Isra’ ayat 80 rumi
Wa qur Rabbi adkhilnee mudkhala sidqinw wa akhrijnee mukhraja sidqinw waj’al lee milladunka sultaanan naseeraa.

Maksudnya:Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

  • Duduk tahiyyat akhir.
  • Memberi salam.

Sesudah itu, bacalah doa solat tahajud.

5. Doa solat tahajud:

Doa Selepas Solat Tahajud

اَللهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ

Allâhumma rabbana lakal hamdu. Anta qayyimus samâwâti wal ardhi wa man fî hinna.

وَلَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ واْلاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ

Wa lakal hamdu anta malikus samâwâti wal ardhi wa man fî hinna.

وَلَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ

Wa lakal hamdu anta nûrus samâwâti wal ardhi wa man fî hinna

وَلَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاءُكَ حَقٌّ

Wa lakal hamdu antal haq. Wa wa’dukal haq. Wa liqâ’uka haq.

وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ

Wa qauluka haq. Wal jannatu haq. Wan nâru haq. Wan nabiyyûna haq.

وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ

Wa Muhammadun shallallâhu alaihi wasallama haq. Was sâ’atu haq.

اَللهُمَّ لَكَ اَسْلَمْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاِلَيْكَ

Allâhumma laka aslamtu. Wa bika âmantu. Wa alaika tawakkaltu. Wa ilaika

اَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَاِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْلِيْ مَاقَدَّمْتُ

anabtu. Wa bika khâshamtu. Wa ilaika hâkamtu. Fagfirlî mâ qaddamtu,

وَمَا اَخَّرْتُ وَمَا اَسْرَرْتُ وَمَا اَعْلَنْتُ وَمَا اَنْتَ اَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ

wa mâ akhkhartu, wa mâ asrartu, wa mâ a’lantu, wa mâ anta a’lamu bihi minnî.

اَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَاَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ

Antal muqaddimu wa antal mu’akhkhiru. Lâ ilâha illâ anta.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ

Wa lâ haula, wa lâ quwwata illâ billâh.

Maksud Doa Solat Tahajud:

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.

Kesimpulannya

Solat sunat tahajud ini boleh didirikan dalam dua rakaat sehingga berapa pun mengikut kemampuan dan kesungguhan masing-masing. Islam itu mudah, Allah akan permudahkan ibadah kita jika itu yang kita kehendaki.

Oleh itu, solat tahajud ini bukan sahaja sekadar memohon keinginan semata-mata tapi ia merupakan satu hal yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Oleh itu, Atok harap perkongsian cara solat tahajud perempuan ini bermanfaat untuk korang dan rajin diri untuk menunaikan solat tahajjud.

Rujukan Lain

Kalau tidak rawat, nanti nak bercakap pun susah. Tahukah korang, bagaimana kahak boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?

Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah ini di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut..

Menurut statistik, 2 – 6 orang daripada setiap 1,000 orang adalah penghidap autism. Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang!

Individu disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport & dihalang ke luar negara. Di sini ditunjukkan cara semak senarai hitam imigresen..

Baca beberapa cara nak buang angin dalam badan ni. Cuba dulu, mana tahu berkesan. Kalau dibiar, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh..

Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Jom cuba yang ini..

Stess boleh dikawal jika korang tahu caranya. Tahukah korang, bahawa kadar depression mahupun anxiety ini boleh diukur dengan Ujian DASS KKM Online?

Sebelum beli iPhone, cuba kena cek dahulu. Jadi, artikel ini Baca cara check iPhone original atau refurbish bagi korang dah terbeli atau bakal beli..

Atok
Follow me

7 thoughts on “Cara Solat Tahajud Perempuan. Bagi Yang Baru Nak Belajar”

  1. Sy bru nak blajar solat.. doa2 atau bacaan2 lain sy x tau kecuali Al-Fatihah… ada ka tunggu sy pndai doa2 tu bru sy bleh buat?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!