Adakah korang dah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 8 Januari 2024 – 11 Januari 2024 ini (untuk calon Semenanjung dan Sarawak)? So, tgh cari rujukan dan contoh soalan temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19? Baca sampai habis perkongsian ini, jika korang adalah calon yang dipanggil ke temuduga jawatan DV19 ini.
Nota Penting: Sebelum itu, bagi korang yg dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 (Kejuruteraan Awam) untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (calon Semenanjung) pada 19 Januari 2024 ini. Contoh-contoh soalan dan bahan latih tubi korang boleh dapatkan di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19.
Andainya korang tengah mengejar masa dan mungkin tak sempat baca perkongsian ni dengan tenang. Korang boleh lompat mana-mana tajuk yang betul-betul perlu. Klik mana yang berkenan dalam daftar isi kandungan berikut.
Permohonan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19
Sekiranya ingin mengisi kekosongan jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Tempoh sahlaku permohonanan
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku telah luput.
Semakan penjadualan temuduga
MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam)
(Jabatan Perkhidmatan Awam (Semenanjung))
[ Tarikh Temu Duga: 8 Januari 2024 – 10 Januari 2024 ]
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam)
(Jabatan Perkhidmatan Awam (Sarawak))
[ Tarikh Temu Duga: 11 Januari 2024 ]
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 (Kerja Kayu Dan Perabot)
(Jabatan Perkhidmatan Awam (Semenanjung))
[ Tarikh Temu Duga: 8 Januari 2024 ]
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 (Penyejuk Bekuan Dan Penyaman Udara)
(Jabatan Perkhidmatan Awam (Semenanjung))
[ Tarikh Temu Duga: 8 Januari 2024 – 10 Januari 2024 ]
Portal SPA :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga
Persaingan jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19
Panggilan ke temuduga jawatan ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain, sesi temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 lah yang akan menjadi medan pembuangan calon.
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga yang mantap!
Pesan Atok
Atok tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Sebelum ke Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.
Gaji Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19
Perjawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan pelaksana/sokongan dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Gaji permulaan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 ialah RM1,377.00 (minimum).
Kadar gaji maksimum adalah RM4,052.00. Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM100.00.
Syarat Lantikan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Dan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,435.12);
Atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,493.24).
Dan
Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Skop Kerja Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19
Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga jawatan kerajaan.
Apakah tugas Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19?
Seorang Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 adalah bertanggungjawab :
• Kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
• Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
• Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
• Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
• Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
• Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
• Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
• Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Contoh Soalan Temuduga berkaitan jabatan / kementerian
Pada kebiasaannya, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 akan ditempatkan di :
- Kementerian Sumber Manusia (KSM),
- Institut Latihan Perindustrian (ILP)
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Jadi korang kena study kementerian-kementarian dan jabatan-jabatan ni betui2.
Soalan mengenai kementerian ini dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu.
Basicly, atok nasihatkan hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.
Dimana mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai kementerian dan jabatan ni?
Korang boleh layari Portal Rasmi Kementerian Sumber Manusia, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Contoh Soalan Bonus Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19
Kenapa awak mohon jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 ni?
Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan. Atok tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 yang berkaliber. – pesan atok
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 – soalan wajib
Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). Pesan atok
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai untuk jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19. Cuma pastikan korang tak melalut. 2 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19?
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.
Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan ini?
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19.
Korang perlu kreatif dalam soal ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 – soalan popular
- Kenalkan diri awak.
- Keja mana sebelum ni?
- Ada family yang keja di ILP?
- Pernah dengar pasal JMTI? Boleh jelaskan?
- Berapa lama latihan kemahiran yang dijalankan di IKBN?
- Apa beza IKBN dan IKTBN? Ke sama je?
- Awak rasa tahap kemahiran yang dipelajari di IKBN sama tak dengan tahap di IKM?
- Betul ke IKTBN cuma jalankan latihan kemahiran dalam bidang teknikal sahaja?
- Sila beri contoh kemahiran yang dipelajari dalam bidang hospitaliti.
- Apa itu MyTC?
- Boleh terangkan siapa rakan strategik projek MyTC?
- Fasiliti di MyTC dikenakan bayaran ke free?
- Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kursus sepenuh masa yang ditawarkan di ADTEC?
- Di ADTEC, selain electrical power program dan automation and robootic program, namakan 6 lagi kursus jangka pendek lain.
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 yang atok beri di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan di bawah.
Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan
Dah ready untuk temuduga jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Sempat ke pos buku ni tok?
Ianya bukan buku, tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muatturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam. Jadi tak perlu lagi tunggu POS datang ke rumah. Cara ni lebih cepat untuk koranga mula studi!
Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja.
Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.
Penutup
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula sambil cuma berdoa lulus sahaja. Doa saja tanpa usaha, memang tak berapa nak jalan. Jadi usaha sikit dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Lagi satu, Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 ni untuk korang yang minat kerja kerajaan.
Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum korang jalan berlenggang kangkung, kangkung masak belacan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.
Lagi Penutup
Sapa cakap atok lupakan sahabat2 driver H11 kita, untuk korang, jemput baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.
Lastly, yang da kena hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH. Atok hadiahkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilaian W29 ni. Buat bekal.
Juga, kepada yang terlibat dengan temuduga gred Q19 dan S19. Baca contoh soalan temuduga Pembantu Penyelidik Q19 (ambilan under Jabatan Perhutanan) dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 kepada yang bakal menganggotai Jabatan Penerangan.
Yang akan menjadi tenaga pengajar di ILP dan IKTBN sebagai Penolong Pegawai Latihan, temuduga korang akan dijalankan tidak lama lagi. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 ni pasti akan banyak membantu persiapan.
Ini baru penutup!
Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under MOH. Atok percaya, korang akan mendapat banyak faedah membaca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan.
Buat semua bakal Jururawat kita yang cantik manis tu, perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih sayang daripada atok. Haha gatai.
OK, ni btl2 last. Interview SPA untuk calon PPT N29 (rekod perubatan) akan dijalankan dalam tempoh yg tidak berapa lama lagi. Buat persiapan dari sekarang dan jangan lupa baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan) ni.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Aribaa dulu dari atok. Gud luck semua!
terima kasih atas perkongsian tuan..doakan sy berjaya temu duga jawatan tersebut 8hb ni..