Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Gred Q19 ambilan Jabatan Perikanan Malaysia pada 31 Mac 2021 ini? Memang tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.
Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi PSEE Pembantu Penyelidik Q19, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang dapatkan di soalan temuduga Pembantu Penyelidik Q19 ini.
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Pembantu Penyelidik Q19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada kali ini.
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Penyelidik Q19
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Penyelidik Q19 secara rasmi di Jabatan Perikanan Malaysia atau lain-lain kementerian / jabatan / agensi kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Pembantu Penyelidik Q19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Tempoh Luput Permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Pembantu Penyelidik Q19 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.
Semakan Penjadualan Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q19 DI JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
TARIKH PEPERIKSAAN : 31 MAC 2021
MASA PEPERIKSAAN : 2:30 PETANG – 3:30 PETANG
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pembantu-penyelidik-q19
Sila layari laman web:
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yg sama, bermula pada jam 11:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.
Jadual Gaji Pembantu Penyelidik Q19
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Penyelidik Q19;
Gaji minimum | RM 1,355.00 |
Gaji maksimum | RM 4,007.00 |
Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Penyelidik dengan gred Q19 layak terima.
Deskripsi Tugas Pembantu Penyelidik Q19
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Penyelidik Q19?
Secara am, tugas seorang Pembantu Penyelidik Q19 merangkumi tanggungjawab:
1) Membantu melaksanakan pembangunan pakej-pakej aplikasi teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi dan teknologi lain yang berkaitan (bagi bidang-bidang pertanian, perhutanan, pengurusan sumber asli, alam sekitar, bencana, pemetaan tematik, marin, pembangunan tanah dan infrastruktur, keselamatan dan kedaulatan negara).
2) Membantu melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan teknologi remote sensing gelombang mikro dan UAV negara.
3) Membantu melaksanakan pemindahan teknologi, khidmat kepakaran, khidmat nasihat teknikal kepada agensi pengguna.
4) Membantu melaksanakan komponen-komponen kerja dan memberi khidmat kepakaran bidang remote sensing dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang dianggotai di peringkat kebangsaan, negeri dan sebagainya.
5) Membantu melaksanakan penerimaan dan pembekalan secara bersepadu imej satelit remote sensing dan data spatial yang dibangunkan.
6) Membantu melaksanakan aktiviti promosi teknologi kepada agensi pengguna, pelajar dan orang awam. “
Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pembantu Penyelidik Q19
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred Q19 : RM1,355.00) atau
Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred Q19 : RM1,355.00)
atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred Q19 : RM1,411.40)
atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred Q19 : RM1,467.80)
Dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peperiksaan Online Pembantu Penyelidik Q19
Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Penyelidik Q19 untuk tahun 2021 sudah dikeluarkan oleh SPA.
Peperiksaan online Pembantu Penyelidik Q19 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikh yang dijadualkan ialah pada 31 Mac 2021 (Rabu).
Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Penyelidik Q19 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan. Bermula jam 2.30 petang sampai la jam 3.30 petang.
Inilah tempoh petang yg paling singkat dalam hidup, yg akan menentukan masa hadapan korang!
Senario Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19
Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Penyelidik Q19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Penyelidik Q19 yang akan dijadualkan kemudian.
Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 terutama di bahagian A.
Format Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19
Format Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Penyelidik Q19 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.
Format 2016/2017 Vs Format 2020/2021
Format Pembantu Penyelidik Q19 – 2016/2017
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Format Pembantu Penyelidik Q19 – 2020/2021
Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. Bukan Sama Ke Tok?
Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.
Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.
Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 sesi peperiksaan 2016 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling memeningkan dan memakan banyak masa calon sebenarnya.
Elak Tersilap Mengtafsir Data ‘Remote Sensing’ (Sekadar Metafora)
Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai menjalankan tugas-tugas hakiki sebagai Pembantu Penyelidik Q19 sehingga tersilap mentafsirkan imej ‘remote sensing’. Cuma kali ini, bukan mengakibatkan kesilapan dalam data dan maklumat. Tetapi akan berakibat sama buruk iaitu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Pembantu Penyelidik Q19!
Sementara, untuk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..
Ada Satu Masa’ela
Sebelum kita ke contoh soalan Pembantu Penyelidik Q19, atok nak kongsi satu masalah.
Boleh dikatakan setiap minggu, akan ada saja yg bertanya soalan ini kepada atok:
Salam Atok, adakah markah akan dikira kalau tak sempat jawab habis semua soalan?
Jawapannya:
Yup.. Markah tetap akan dikira. Cuma peluang untuk lulus adalah rendah!
Kenapa korang nak rendahkan peluang lulus? Sudah tentu bukan saja-saja kan..
Situasinya begini:
” Ada sorang budak (calon exam la). Budak ni baik dan taat kepada raja dan negara. Haha.. Dia sedang menjawab soalan berkaitan diskaun di seksyen A peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19. Dia pun mengira untuk mendapatkan jawapan. Sambil membuat kira-kira tu, dia cuba mengingat formula diskaun. Masa terus berlalu. Soalan seterusnya mengenai halaju. Rumus halaju pun dia dah tak berapa nak ingat. Aahh.. sudah. Akhirnya, dia tak sempat menjawab beberapa soalan terakhir di seksyen A Pembantu Penyelidik Q19 kerana kehabisan masa. “
So, elakkan masa’ela ni daripada menimpa korang. Buat ulangkaji dan latih tubi sekarang juga! Agar semua rumus dan persamaan math tu jelas dan bold dlm ingatan!
Ok.. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Jangan Sampai Duk Mencangkung Sambil Nangis ‘Tepi Pejabat Perikanan’
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pandangan mata berpinar’ apabila meneliti soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus pandangan tu kabur-kabur gitu. Padahnya duk mencangkung sambil nangis kat ‘tepi pejabat perikanan’ la selepas result exam SPA keluar nanti.
Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Pembantu Penyelidik Q19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.
Tapi korang jangan terima bulat-bulat kata manis SPA tu.
Ada baiknya korang buat latih tubi yang banyak. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi, dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang. Kan..
Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (macam IQ test)
Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Penyelidik Q19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Hairita ialah adik kepada Khudzaima. Selain turut cantik seperti kakaknya, Hairita juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Hairita untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Uncle Nicholas ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Uncle Nicholas?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
3) Encik Maznun membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Maznun dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
4) Raymond anak Kalang baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Penyelidik Gred Q19 di Jabatan Perikanan Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Raymond anak Kalang membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
5) 27 batang pensel warna rosepink daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna rosepink yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?
A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082
6) 257 orang ahli Kelab Futsal Kolej Kemuning membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Futsal Kolej Kemuning yang tinggal?
A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70
7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Pallav dan Suraj masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Pallav mendapat 43.75kg?
A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg
8) Prisma quindekagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma quindekagonal O. Prisma quindekagonal P pula lebih berat daripada Prisma quindekagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma quindekagonal M. Susun kedudukan Prisma quindekagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.
A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N
9) Harga sebuah kereta BMW warna tarnished brass terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW tarnished brass terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?
A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105
10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Ulu Tiram ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?
A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%
11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu B dan ruang tamu C. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu C?
A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416
12) Jacky Jacqueline seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Jacky Jacqueline dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk pentakaidekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk pentakaidekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?
A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit
14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Gorek (sejenis buahan liar). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah Gorek tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah Gorek daripada Tajol. Berapakah jumlah Gorek yang tinggal pada Tajol?
A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250
15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Safawi diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Safawi tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Safawi tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Safawi yang akan diperolehi oleh kumpulan R?
A) 117
B) 142
C) 468
D) 568
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Penyelidik Q19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 berikut.
Atau pun,
Boleh baca dahulu post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Pembantu Penyelidik Q19. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Soalan diolah dalam bentuk;
a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).
Contoh soalan adalah seperti berikut :
1) Mr. Mukesh needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:
A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears
2) Janette Hin has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Janette has three animals in total.
B) Janette has more cats than dogs.
C) One of Janette’s cats is black.
D) All of Janette’s dogs have spots.
3) Niharika’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.
A) some
B) many
C) little
D) any
4) Please read the following sentence.
Once Keisha Sakina lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Keisha Sakina lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
5) Choose the correct sentence with the same meaning of
“I will cook a special dinner tonight,” Safuan said to his wife.
A) Safuan told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Safuan told his wife to cook his special dinner that night.
C) Safuan’s wife will cook a special dinner with Safuan at night.
D) Safuan’s wife told Safuan to cook a special dinner for him that night.
6) Where ____________ Jackson Seam live?
A. are
B. is
C. do
D. does
7) Poonam __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
8) King Rupert IX was so feared by his people because his face was ____________ .
A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 15).
The famous Trans-Siberian railway line runs from Moscow to Vladivostok, but there’s another line about 650 kilometres north of the Trans-Siberian. This is the Baikal-Amur Mainline (BAM) and a special train, the Matvei Mudrov medical train, travels along its 4,000 kilometres. The train, with its twelve to fifteen doctors, spends a day in each of the small towns and villages along the BAM. The inhabitants of these remote places depend on this service because they mostly don’t have regular access to any other health care.
The Matvei Mudrov was named after a Russian doctor in the nineteenth century. He was one of the first doctors to believe that you shouldn’t only look at the disease, but you should also treat the individual patient. Nowadays, the Matvei Mudrov stops in each town or village on the BAM about twice a year. In the village of Khani (population 742) the patients include a man who has broken both ankles and a teenage girl who needs a check-up after surgery for appendicitis. Luckily, she was able to get to a town three hours away for the operation. Although the Matvei Mudrov can’t offer surgery, the train has a laboratory for blood and urine tests, heart monitors, an ultrasound and an x-ray machine. The medical staff includes specialists, such as neurologists, and they can diagnose and recommend treatment for their patients. The patients say they respect the doctors’ honesty and skill.
At another of the train’s stops, a town of about 4,000 people, there is already a queue of people waiting. 61-year-old Mikhail Zdanovich is one of them. He originally came to this town, Berkakit, in 1976. At the time it was a new town, with only about a hundred young people living in camp conditions. It was part of a Soviet Union expansion plan. Zdanovich married a woman who worked at the town bakery and they settled in the town. As soon as Zdanovich goes into the office, the doctor, Yelena Miroshnichenko, cries ‘Oh, Mikhail, I recognised your voice.’ He has a dislocated shoulder. The doctor writes a letter to say that he can’t work while he’s waiting for his shoulder to be treated. He leaves, happy, and then he returns a few minutes later. He brings freshly baked pies and a jar of goat’s milk. It’s clear that after years on the Matvei Mudrov, the doctors and their patients know each other well.
And, in fact, for these people living in this remote part of Russia, the Matvei Mudrov is more than just a health service. It’s a connection to the rest of their country, a confirmation that they are not forgotten.
9) What’s the name of the train which is the subject of the article?
A) BAM
B) Matvei Mudrov
C) Trans-Siberian
D) BEM
10) What’s the purpose of the train?
A) to help patients who have emergency health problems
B) to provide health care to remote communities
C) to support local hospitals with specialist treatment
D) to provide logistic supply to remote communities
11) How often are people able to see the train’s doctors?
A) every day
B) every two months
C) every six months
D) every nine months
12) According to the article, which statement is true?
A) It takes a day to travel from one village to the next.
B) The train travels for 650 kilometers across Russia.
C) There are a dozen or more doctors on the train.
D) The train travels for 750 kilometers across Russia.
13) Who was Matvei Mudrov?
A) a doctor who discovered the cause of several diseases
B) a nineteenth century doctor with original views
C) the man whose idea it was to start the train
D) a doctor who discovered the cure of several diseases
14) Which of these services can a patient get on the train?
A) a brain scan
B) a check-up of their heart
C) a minor operation
D) a x-ray scan
15) According to the article, which statement is true?
A) The patients are very satisfied with the service.
B) The train’s doctors are trained in general medicine only.
C) The train’s facilities are extremely basic.
D) The train’s facilities are extremely complete.
Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Penyelidik Q19 di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 di bawah.
Atau pun,
Boleh baca dahulu perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Rujukan Contoh Soalan Pembantu Penyelidik Q19
Untuk sesi 2021, rujukan penuh Pembantu Penyelidik Q19 kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
1) Korang jadi insan mulia
Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 ini akan atok salurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa peperangan, kebuluran dan kem-kem pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 ini, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Penyelidik Q19 ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Penyelidik Q19, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan peperiksaan online Pembantu Penyelidik Q19 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!
5) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan dalam rujukan Pembantu Penyelidik Q19 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Rujukan contoh soalan Pembantu Penyelidik Q19 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Cara Beli Rujukan
Berikut step by step cara membuat pembelian:
1. Klik Rujukan Extra Seksyen. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.
2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh skroll ke kanan (atok dah try). So, kena guna butang ke kanan yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.
3. Korang klik jer sampai jumpa pakej yg berkenan di hati korang. Sebagai contoh, korang nak beli rujukan Extra Pengetahuan Am. Klik smpai jumpa ‘Pilihan SINGLE #1‘ (yg kaler biru). Ini ialah pakej utk eBook Pengetahuan Am. Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.
4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.
- 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
- 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian’.
- 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:
- A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
- B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
- C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
- D) Tick semua kotak yg ada.
- E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.
- 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
- 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions’ tu.
- 3) Klik butang ‘PAY‘.
7. Selepas itu, korang akan dibawa ke laman utk login dlm online banking. Masukkan username, password dan TAC. Mcm biasa la. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan..
Jelas tak? Kalau korang masih tak faham jugak. Boleh emel atok, di atokpencen.com@gmail.com utk bantuan pembelian. Nnt atok balas klu online.
Itu cara bayaran menggunakan online banking.
Macamana pula dengan calon yang tiada online banking?
Untuk korang yg takda online banking tu. Korang juga boleh membuat pembelian rujukan contoh soalan SPA ni dengan kaedah transfer menggunakan ATM atau kedah bank-in menggunakan CDM. Cara bayaran manual ni ada lain sikit dan agak banyak step-nya. Korang bleh emel atok di atokpencen.com@gmail.com untuk bantuan pembelian secara manual.
Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?
Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..
Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 yg terbaik ada di pasaran setakat hari ini. Mengandungi contoh soalan, skema jawapan, penerangan jalan kira dan nota-nota ringkas untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh Peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 korang tiba.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Dah Lupa Formula Matematik La Tok..
Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Penyelidik Q19 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2020.
Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.
Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?
Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.
Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan. Proses ini memakan masa kurang 1 jam sahaja. Kalau korang pilih bayaran menggunakan billplz / online banking.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..
Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, Demikianlah Adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 yg akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.
Satu lagi, contoh soalan Pembantu Penyelidik Q19 yg atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Ramai yg bilang (bukan siti bilang yer), exam online Penolong Pegawai Veterinar G29 sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Veterinar G29 ni. Mana tahu ada contoh yg atok beri tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..
Untuk korang yg mungkin akan menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai seorang Pembantu Hal Ehwal Islam S19. Persiapan rapi haruslah dilakukan bagi menghadapi exam online ni. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Hal Ehwal Islam S19.
Tak lupa juga untuk calon exam online SPA Pegawai perikanan G41 ambilan Jabatan Perikanan Malaysia. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Pegawai Perikanan G41. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Khas untuk cucu atok yg memenuhi kelayakan & sudah dipanggil exam online Pembantu Pertahanan Awam bagi ambilan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.
Dah dapat emel panggilan exam Pegawai Hal Ehwal Islam S41? Jawatan ni agak rare dan jarang diadakan pengambilan. Antara bahan bacaan yg amat sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ni.
Sudah tentu korang dah tahukan, ke tak? Yg exam online pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, untuk yg dipanggil peperiksaan pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Sape yg sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia? Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41.
Last but not least, khusus untuk calon exam online SPA bagi jawatan Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan Gred N11 tu.
Serius, Ni Baru Penutup!
Exam Online SPA yg terakhir bagi jawatan Pegawai Pertanian G41 ambilan Kementerian Jabatan Pertanian bagi tahun 2020 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Kepada korang yg dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 ni.
Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yg sedang membadai negara, sesi exam online SPA untuk jawatan Jurufotografi B19 tetap akan dijalankan dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Kepada yg terlibat, sila penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat penting seperti contoh soalan peperiksaan Jurufotografi B19 ni.
Khas korang yg hado mengisi jawatan Penolong Pegawai Pertanian G29 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam online telah diumumkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertanian G29.
Kepada mereka yg dijangka akan menjadi kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia sebagai Pegawai Pendaftaran KP41. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan Pegawai Pendaftaran KP41. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi JPN k..
KKM sedang mengalukan kedatangan calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yg akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online online SPA bagi jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 ni.
Kepada korang layak & barangkali telah selamat menerima emel panggilan ke peperiksaan online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam online SPA ni juga sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yg atok kongsi sebelum ni.
Emel panggilan exam online SPA Pembantu Pustakawan S19 telah dikeluarkan oleh SPA. Tapi, dengar khabarnya, jumlah yg dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pustakawan S19 ni.
OK, ni btl2 last. Calon exam SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Keadaan sama dijangka tahun ini. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!