Ciri Ciri Autisme Ringan. Sila Perhatikan Pada Anak Korang!

Autisme merupakan penyakit yang akan dikesan pada usia seawal tiga tahun. Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Atau nama lain dikenali sebagai kecacatan neurologi atau otak. Di anggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes bagi setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Oleh itu, Atok kan kongsikan kepada korang ciri-ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang.

Ciri Ciri Autisme Ringan. Sila Perhatikan Anak Korang..

Mungkin dah ada yang maklum, bahawa autisme merupakan penyakit yang boleh dirawat tapi tidak boleh dipulihkan. Dikesan dan dirawat dari awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Austime juga lebih kerap terjadi kalangan lelaki berkulit putih. Jadi, sebelum itu Atok akan kongsikan ciri-ciri autisme ringan yang diharap bermanfaat dan membantu korang.

Berikut beberapa ciri ciri autisme ringan yang lazim dan boleh diperhatikan pada kanak-kanak:

1. Kegagalan dalam kemahiran sosial

Gagal dalam kemahiran sosial merupakan masalah lazim yang dialami oleh kanak-kanak autisme. Hal ini demikian kerana, ia memberi impak besar serta merencatkan kehidupan seharian mereka.

Atok akan kongsikan masalah sosial yang akan kanak-kanak autisme ini alami. Misalnya tidak gemar atau mengelak sentuhan fizikal, tidak suka berkongsi minat dan sukar untuk dipujuk.

2. Masalah dalam komunikasi

Untuk kanak-kanak autisme, mereka akan mengalami masalah berkomunikasi. Tapi bergantung juga kepada individu itu sendiri di mana ada juga yang mampu berkomunikasi dan ada yang tidak.

Selain genetik, faktor yang memberi kesan ialah cara mereka dibesarkan (persekitaran) dan pendedahan awal. Antara masalah komunikasi yang mungkin dialami penghidap autisme ialah seperti:

  • Lambat bercakap
  • Menggunakan perkataan yang bertentangan dengan maksud sebenar (menggunakan dia untuk merujuk saya)
  • Gemar mengulang perkataan atau ayat yang sama
  • Tidak menjawab soalan yang diajukan
  • Tiada isyarat badan
  • Tidak menunjuk kepada objek yang di ingini atau tidak merespon apabila seseorang menunjuk pada sesuatu
  • Bercakap dalam tona yang rata, seperti robot atau menyanyi
  • Tidak memahami gurauan atau sindiran
  • Tidak bermain olok-olok seperti kanak-kanak lain

3. Kelakuan dan minat yang aneh

Kebiasannya kanak-kanak autisme ini mempunyai minat dan kelakuan yang aneh dan pelik ya. Misalnya:

  • Minat yang khusus pada satu bahagian objek (minat dengan tayar pada kereta mainan)
  • Harus melalui rutin yang sama
  • Mudah merasa sedih dengan perubahan yang kecil
  • Taksub kepada satu minat atau hobi
  • Sangat tersusun
  • Berulang-ulang kali menepak tangan, mengoncang badan dan berpusing dalam bulatan
  • Suka menyusun mainan dan objek dalam satu barisan
  • Sering bermain dengan mainan yang sama dengan cara yang sama

4. Simptom lain

Selain ciri di atas, korang juga boleh memerhatikan ciri ciri autism di bawah. Ini juga boleh menjadi indikasi untuk korang membuat keputusan..

  • Cenderung untuk mencederakan diri sendiri
  • Mood yang tidak normal dan sering kali tidak stabil
  • Terlalu takut atau tidak mempunyai perasaan takut
  • Reaksi yang keterlaluan atau tidak sesuai
  • Panas baran
  • Bertindak melulu
  • Sukar untuk fokus
  • Sering mengamuk
  • Tabiat makan dan tidur yang aneh
  • Terlebih aktif (Hyperactivity)

Kesimpulannya, Atok harap dengan penerangan dan perkongsian mengenai ciri-ciri autisme ringan ini membantu korang diagnos anak korang dengan lebih awal jika mempunyai simptom seperti yang diterangkan di atas.

Namun, tidak semua kanak-kanak tersebut mengalami dan mempunyai gejala. Kadang-kadang diagnos lain perlu juga dipertimbangkan. Beberapa ujian perlu diambil untuk mengesahkan kanak-kanak tersebut mengalami autisme.

Yang penting, korang sebagai ibu bapa kena lebih alert mengenai perkembangan anak-anak. Semoga perkongsian ciri-ciri autisme ringan ini membantu korang mendapatkan ilmu yang baru.

Rujukan Lain

Dalam artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat..

Kali ini Atok akan kongsikan tanda tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama. Cuba cek, ada tak?

Apakah makanan orang berpantang lepas bersalin? Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer..

Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini..

Tahukah korang apakah doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut? Doa ini banyak kelebihan dan manfaatnya. Terutama untuk yang ditimpa musibah..

Kalau tidak rawat, nanti nak bercakap pun susah. Tahukah korang, bagaimana kahak boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?

Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah ini di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut..

Banyak ke puasa Ramadan yang tertinggal? Kena ganti tu. Masih ingat niat puasa enam dan puasa ganti ramadan serta kelebihannya?

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!