Niat Puasa Enam Dan Puasa Ganti Serta Kelebihannya

Puasa ganti atau puasa qada adalah bagi menggantikan atau kata nama lain iaitu membayar kembali puasa Ramadan yg tertinggal, yakni puasa yang diwajibkan kepada semua umat islam mengikut jumlah bilangan hari yang ditinggalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Ha! Jangan pula korang suka-suka tanak puasa di bulan Ramadan, kena ganti juga tau. Apa yang bestnya ialah korang boleh buat puasa ganti sekali harung dengan puasa enam. Masih ingat niat puasa enam dan puasa ganti ramadan serta kelebihannya?

Niat Puasa Enam Dan Puasa Ganti Serta Kelebihannya

Bagi yang nak mula menggantikan Puasa Ramadan di bulan Syawal. Hal ini menjadi persoalan kepada mereka sama ada ingin menggantikan puasa ramahan atau puasa enam.

Bolehkah melafazkan gabungan niat pada satu masa iaitu untuk puasa ganti (Puasa Ramadan) dan puasa sunat (Puasa Enam Hari di bulan Syawal) dengan bertujuan menunaikan kedua-dua puasa itu secara serentak?

Ringkasannya, niat puasa enam dan puasa ganti ramadan sekali lafaz sahaja. Jadi boleh tak? Baca dulu, Atok nak terangkan kepada korang maksud puasa enam hari di bulan Syawal.

Puasa enam hari di bulan Syawal

Puasa enam hari di bulan Syawal bermaksud puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari. Amalan sunah yang dikerjakan (boleh secara berturut-turut dan boleh tidak) bermula daripada tanggal 2 Syawal.

Kenapa 2 Syawal? Sebab 1 Syawalkan Hari Raya, kita dilarang berpuasa pada hari raya. Jangan nak memandai puasa pula masa tu, tidak dikira amalan tu. Orang lain makan sedap, kau berpuasa pula. Berhari raya la korang pada hari tu, puasa kan sebulan.

Berbalik kepada persoalan tadi, Qada puasa Ramadan iaitu ganti puasa bersekali dengan puasa 6 Syawal dibolehkan.

Namun, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadan yang ditinggalkan itu dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

1. Niat puasa enam di bulan Syawal

Nawaitu Souma Ghodin ‘An Sittatin Min SyawWaLin Sunnatan Lillahi Taala.

Maksudnya:
Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala.

2.Niat puasa ganti puasa Ramadan

Nawaitu Shouma Ghodin ‘An Qodoo’in Fardho Romadoona Lillahi Ta’ala.

Maksudnya:
Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadan kerana Allah Taala.

3. Niat ganti puasa Ramadan dan puasa enam bulan Syawal

Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala.

Apabila masuknya Syawal, antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S.A.W ialah puasa enam hari.

Nabi S.A.W bersabda;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.

(Riwayat Imam Muslim)

Kelebihan puasa enam hari dan ganti puasa

1. berpuasa selama setahun.

Sepertimana Hadis yang dinyatakan di awal tadi, dengan berpuasa enam menjadikan kesemua puasa Ramadan dan juga enam hari pada bulan Syawal menyamai puasa selama setahun.

Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim yang telah dinyatakan tadi. Ganjaran berpuasa setahun adalah ganjaran yang luar biasa, apatah lagi dari sudut kemampuan umat akhir zaman.

2. Pelengkap amalan fardhu.

Puasa enam merupakan puasa sunat yang mempunyai kelebihan yang besar. Kita sentiasa berharap agar amalan-amalan sunat kita boleh menjadi pelengkap kepada amalan-amalan fardhu yang terkurang.

Puasa Qada adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.

Namun, setiap tujuan pasti ada hikmah yang kita dapat daripada Allah SWT. Namun korang kena faham, ganti puasa enam di bulan Syawal pula tidak diwajibkan, tapi sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran.

Kesimpulannya di sini

Niat puasa enam dan puasa ganti boleh disatukan. Korang boleh lafaz niat puasa enam syawal sekali dengan puasa ganti ramadan. Tetapi, lebih baik jika diasingkan namun tiada larangan tau. Namun, yang diwajibkan ganti apabila korang ponteng puasa ketika puasa ramadan.

Jadi gantilah puasa korang sebelum ramadan seterusnya menjelma. Kelebihan berpuasa ni sangat bagus tau, Allah ajar kita menahan diri daripada makan dan minum maksudnya baik untuk kesihatan diri.

Puasa juga bagus tau untuk mereka yang nak mulakan berdiet. Tapi semasa raya berat naik baliklah. Maklumlah, ada yang makan tak ingat dunia.

Ada juga yang kata balas dendamlah, ada yang kata makan ketika raya semua sedap-sedap apatah lagi menu utama raya kita, rendang. Tiba-tiba Atok craving rendang pula ni.

Apa-apapun korang kenalah jaga kesihatan tau. Makan kena beringat. Atok harap dengan perkongsian niat puasa enam dan puasa ganti serta kelebihannya ini membantu korang agar lebih rajin beramal. InsyaAllah..

Rujukan Lain

Individu disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport & dihalang ke luar negara. Di sini ditunjukkan cara semak senarai hitam imigresen..

Baca beberapa cara nak buang angin dalam badan ni. Cuba dulu, mana tahu berkesan. Kalau dibiar, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh..

Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Jom cuba yang ini..

Stess boleh dikawal jika korang tahu caranya. Tahukah korang, bahawa kadar depression mahupun anxiety ini boleh diukur dengan Ujian DASS KKM Online?

Solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok kongsikan bagaimana cara solat tahajud perempuan yang betul..

Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah tanda tanda anxiety. Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda anxiety attack pada seseorang..

Guru menjadi kerjaya yang sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar. Baca lima laluan kerjaya guru sekolah menengah atau sekolah di sini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!