Semak Senarai Hitam Imigresen, Jangan Sampai Tersadai Di Airport!

Sebut sahaja senarai hitam mesti ramai yang takut, lagi-lagi apabila hendak melancong ke luar negara kan. Korang boleh disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen atas pelbagai sebab dan kesalahan. Korang tahu tak, individu yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport dan dihalang untuk ke luar negara. Jangan sampai korang tersadai di airport. Tiket hangus camtu jer nanti. Jadi, dalam artikel ini Atok akan tunjukkan kepada korang cara semak senarai hitam imigresen sebagai langkah berjaga-jaga.

Semak Senarai Hitam Imigresen, Jangan Sampai Tersadai Di Airport!

Tahun 2023, selepas PKP ini dah ramai traveller keluar untuk melancong ke luar negara. Menjadi trend sekarang healing ke luar negara terutamanya negara seberang kita Thailand.

Jadi, jika korang juga merancang untuk melancong ke luar negara selepas ini jangan ambil mudah dan sebaliknya semak dahulu sama ada korang di-blacklist oleh imigresen ataupun tidak. Berikut, Atok akan kongsikan maklumat mengenai langkah semak senarai hitam imigresen.

Langkah-langkah untuk semak senarai hitam Imigresen:

1. Lawati laman web imigresen

Untuk langkah yang pertama, korang kena pergi lawati laman web imigresen (aplikasi semak status perjalanan imigresen). Atok akan kongsikan pautan yang akan korang akses:

https://sspi.imi.gov.my/sspi/

2. Masukkan maklumat

Selepas korang masuk ke dalam link di atas, korang kena masukkan maklumat dengan mengisi nombor kad pengenalan korang dan klik butang semak.

3. Semak status

Selepas tekan butang semak, status semakan akan dipaparkan. Akan ditunjukkan status seperti “Tiada Halangan” ataupun “No Restriction”. Jika tiada halangan maka korang bolehlah terbang ke mana-mana negara yang korang inginkan. Tiada halangan dan tiada masalah untuk korang buat pasport dan akan melepasi imigresen dengan jayanya.

4. Tersenarai hitam imigresen

Jika korang tersenarai hitam pada status semak, korang jangan risau. Boleh hubungi Pusat Panggilan di 03-8880 1000 untuk mengenalpasti agensi mana yang mengeluarkan perintah senarai hitam terhadap korang. Sama ada, ia daripada PTPTN ke, Jabatan Insolvensi ke, LHDN ke, PDRM ke atau mana-mana pihak.

Korang juga boleh minta nasihat dan cara untuk mengeluarkan nama korang daripada disenarai hitam.

Punca disenarai hitam imigresen

Korang yang disenarai hitam imigresen akan dilarang ke luar negara. Korang kena tahu terlebih dahulu punca kenapa korang disenarai hitam. Misalnya:

  • Muflis
  • Gagal membayar cukai pendapatan
  • Menetap melebihi had yang dibenarkan ke luar negara
  • Kegagalan membayar levi pekerja warga asing
  • Gagal melunaskan pinjaman PTPTN
  • Terlibat dalam kes jenayah

Agensi-agensi yang akan menyenarai hitamkan nama orang ialah:

1. Jabatan insolvensi Malaysia
2. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
3. Jabatan Imigresen Malaysia
4. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
5. Kastam Diraja Malaysia
6. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)
7. Bank Negara Malaysia (BNM)
8. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
9. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
10. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
11. Jabatan Pendaftaran Malaysia
12. Mahkamah
13. Jabatan Penjara

Konklusinya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sekarang telah mewujudkan laman web di mana warganegara Malaysia lebih mudah untuk menyemak status dokumen perjalanan pasport dan perjalanan ke luar negera mereka secara online sahaja. Tidak perlu lagi ke Jabatan Imigresen semata-mata nak semak senarai hitam Imigresen.

Jadi, Atok harap sebelum korang pergi melancong ke mana-mana, korang semak terlebih dahulu sama ada korang disenarai hitam atau tidak, agar tidak timbul masalah kelak.

Selesaikan kesemua masalah berkaitan senarai hitam terlebih dahulu barulah hati senang untuk melancong kan. Oleh itu, Atok harap artikel semak senarai hitam imigresen ini membantu dan bermanfaat untuk korang.

Rujukan Lain

Kali ini Atok akan kongsikan tanda tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama. Cuba cek, ada tak?

Apakah makanan orang berpantang lepas bersalin? Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer..

Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini..

Tahukah korang apakah doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut? Doa ini banyak kelebihan dan manfaatnya. Terutama untuk yang ditimpa musibah..

Kalau tidak rawat, nanti nak bercakap pun susah. Tahukah korang, bagaimana kahak boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?

Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah ini di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut..

Menurut statistik, 2 – 6 orang daripada setiap 1,000 orang adalah penghidap autism. Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang!

Di sini akan dikongsikan tentang cara menggunakan portal eGUMIS semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!