Cara Putihkan Ketiak Yang Hitam Berkerak

Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut. Selain nampak gelap, kulit hitam juga lebih tebal dari kulit biasa dan tidak cantik apabila dipandang orang. Jadi, artikel kali ini Atok akan kongsikan cara putihkan ketiak yang hitam berkerak dengan berkesan dan baik.

Cara putihkan ketiak yang hitam berkerak

Sebenarnya warna hitam di beberapa bahagian kulit badan adalah akibat penebalan pigmen di dalam badan. Oleh itu, jika kulit korang mempunyai tompok-tompok kulit hitam, ia sebenarnya tidak berbahaya.

Namun, kebanyakan orang inginkan warna kulit yang sekata. Warna kehitaman pada kulit juga seringkali menyebabkan seseorang kurang keyakinan untuk tampil berpakaian tanpa lengan di hadapan orang ramai. Oleh itu, terdapat pelbagai cara putihkan ketiak yang hitam berkerak hasil penggunaan produk.

Berikut beberapa cara putihkan ketiak yang hitam berkerak..

1. Scrub

Salah satu sebab menyebabkan kulit ketiak menjadi gelap adalah pembentukan sel kulit mati. Sel kulit mati menyebabkan kulit tersebut menjadi gelap.

Walaupun ia adalah kejadian semula jadi, namun jenis kulit lebih kering, penggunaan sabun yang keras dan kerap terdedah kepada matahari menjadikan kulit menjadi kulit mati dan hitam. Oleh itu, Atok sarankan korang menggosok kawasan kulit hitam secara lembut dengan menggunakan scrub yang membantu melawan pembentukan kulit mati.

2. Waxing

Selain daripada scrub korang juga boleh menggunakan waxing. Antara sebab lain yang menjadikan kulit ketiak menjadi gelap adalah menggunakan pencukur dan krim pencukur. Ini kerana, kaedah sedemikian hanya memotong rambut di permukaan sahaja.

Menjadikan pertumbuhan semula rambut di masa akan datang menjadi lebih tebal dan kasar. Jadi, untuk mengelakkan kulit menjadi hitam dan berbekas, korang kena menukar kaedah mencukur kepada waxing. Waxing menarik seluruh rambut sehingga ke akar dan paling penting meninggalkan kesan kehitaman pada kulit.

3. Baking soda

Jika korang mengalami ketiak gelap yang teruk, korang disarankan menggunakan baking soda. Mesti korang tertanya-tanya kenapa baking soda yang orang buat masak tu untuk ubat ketiak pula? Jadi, baking soda ini berfungsi sebagai ejen peluntur yang berhasil mencerahkan kawasan kulit mati.

Cara menggunakannya dengan mengambil satu sudu baking soda yang telah diletakkan sedikit air dan gosok pada kulit sekuatnya. Dengan menggunakan baking soda ia merupakan salah satu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak korang.

4. Deodoran

Ramai percaya bahawa deodoran boleh menyebabkan ketiak menjadi gelap. Hal ini menyebabkan korang berhenti menggunakan pewangi ketiak. Atok cadangkan, korang kekal menggunakan deodoran tapi perlu memilih jenama dan tekstur lembut serta mengandungi ejen pemutih seperti Niacinamide yang berfungsi mencerahkan kulit mati.

Selain itu juga, apabila korang memakai ubat ketiak perlulah dengan kuantiti yang betul. Kalau berlebihan memakai ubat ketiak, ia akan menyebabkan deodoran keras pada kulit dan meninggalkan kesan kuning yang berpanjangan.

5. Lidah buaya

Lidah buaya terkenal sebagai tumbuhan yang mampu merawat pelbagai masalah kulit. Hal ini demikian kerana, tumbuhan yang mempunyai fungsi dan berkhasiat seperti memutihkan kulit hitam dengan berkesan.

Lidah buaya menjadikan kulit korang lebih segar dan sihat. Selain itu juga, lidah buaya ini mengandungi bahan-bahan yang dapat menghalang pertumbuhan sel kanser.

Konklusinya, cara putihkan ketiak yang hitam berkerak seperti di atas Atok harap dapat membantu dan menambah ilmu pengetahuan korang. Hampir semua orang mengalami masalah seperti kulit hitam dan menyebabkan korang hilang keyakinan.

Dengan cara-cara yang Atok kongsikan harap membantu korang mengatasi masalah kulit hitam akibat kulit mati atau tersalah pilih produk. Atok faham kerana ia menyebabkan bahagian tersebut menjadi kasar dan hitam. Jadi, dengan cara yang dicadangkan di atas moga ia berkesan untuk korang dan selamat mencuba.

Rujukan Lain

Kalau kena penangan pickup line padu menusuk ke hati ni, memang boleh cair. Jom try 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki ni. Memang bersemut bhai!

Dalam artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat..

Kali ini Atok akan kongsikan tanda tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama. Cuba cek, ada tak?

Apakah makanan orang berpantang lepas bersalin? Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer..

Kepada korang yang tengah main kira-kira untuk bajet proton saga baru boleh la baca perkongsian Atok mengenai bayaran bulanan proton saga baru ini..

Tahukah korang apakah doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut? Doa ini banyak kelebihan dan manfaatnya. Terutama untuk yang ditimpa musibah..

Kalau tidak rawat, nanti nak bercakap pun susah. Tahukah korang, bagaimana kahak boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?

Guru menjadi kerjaya yang sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar. Baca lima laluan kerjaya guru sekolah menengah atau sekolah di sini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!