Laluan Kerjaya Guru Sekolah Menengah Dan Rendah

Guru menjadi kerjaya yang sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar. Namun, laluan kerjaya guru sekolah menengah atau sekolah rendah bukanlah sesuatu yang mudah. Cikgu Atok sendiri pun tidak menggalakkan anak muridnya menjadi cikgu. Tapi, kalau sudah minat kita mengajar seseorang, tidak salah kita perluaskan ilmu kepada orang lain dengan cara yang betul.

Laluan Kerjaya Guru sekolah Menengah Dan Rendah

Menjadi seorang guru merupakan tanggungjawab yang sangat besar dan mulia. Kerja sebagai seorang guru, mendidik anak bangsa melayu kita. Memastikan dapat melahirkan masyarakat yang berguna, intelektual serta mengangkat tata susila kita sebagai orang Melayu.

Permohonan guru tidak mudah kerana jumlah permohonan setiap tahun adalah tinggi. Pesaing untuk menceburi bidang pendidikan rendah. Tapi, kalau sudah rezeki tidak akan kemana. Walaupun begitu, pelajar tetap juga menjadikan guru sebagai pilihan utama.

Mungkin selain daripada minat, korang anggap guru merupakan kerja yang lebih terjamin. Amanah menjadi seorang guru ini sangat besar kerana mengalas tugas melahirkan generasi yang bijak pandai dan berketerampilan. Justeru, hargailah guru korang kalau bukan kerana mereka siapalah kita.

Nah jadi, jika korang berminat menjadi seorang guru sekolah menengan mahu pun rendah, Atok akan kongsikan laluan kerjaya guru sekolah di bawah:

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Laluan yang pertama untuk menjadi seorang guru sekolah rendah melalui SPM. Selepas tamat Tingkatan 5, korang boleh memilih bidang yang diminati berdasarkan keputusan korang. Sijil Pelajaran Malaysia ini merupakan penilian yang perlu diambil untuk menilai kelayakan korang memasuki peringkat pengajian tinggi.

da yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti ataupun peringkat pra universiti. Ketika inilah, korang boleh memohon kelayakan untuk mengambil program pendidikan. Dengan syarat, korang perlulah berusaha dan mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk SPM agar melepasi kriteria seorang pendidik.

2) Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM)

Jika permohonan korang ditolak, jangan bersedih dan jangan risau. Korang boleh cuba nasib sekali lagi dengan meneruskan pengajian di Tingkatan 6. Kebiasannya, korang akan fikir masuk tingkatan 6 merupakan pilihan yang terakhir jika korang ditolak mana-mana pihak pengajian.

Ada juga yang mengatakan tingkatan 6 ini pilihan yang paling berani diambil kerana susah. Dimana korang akan mempunyai peperiksaan ujian dan dalam masa yang sama perlu menyelesaikan tugasan kerja kursus yang susah gila.

Sangat mencabar pelajar, tapi melalui keputusan STPM juga yang akan menepati syarat membolehkan korang layak mengambil ijazah pendidikan. Ingat! Usaha tidak akan mengecewakan korang.

3) Sijil Tamat PPISMP (Institut Pendidikan Guru)

Selepas korang diterima masuk ke program pra-PISMP, kena habiskan setahun di mana-mana IPG untuk mendapatkan sijil. Sijil Tamat PPISMP juga merupakan salah satu laluan kerjaya guru sekolah. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan merupakan program persediaan setahun untuk melayakkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Program ini kebiasannya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil akan diberikan kepada korang selepas lulus program persediaan ini. Jika korang lulus PPISMP korang layak untuk memohon bidang pendidikan.

4) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) merupakan laluan kerjaya guru sekolah menengah dan rendah

Seperti yang dibincangkan diatas, jika korang lulus praPPISMP iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kini, korang boleh terus mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 4 tahun. Jadi, kesemuanya adalah 5 tahun.

Jika korang bertahan mengikuti program PISMP ini. Akhirnya, selepas tamat program korang akan menerima ijazah dalam pendidikan dan boleh menyebarkan ilmu dengan menjadi cikgu di sekolah menengah atau di sekolah rendah. Ini ikut penempatan yang korang akan dapat la. Program ini juga boleh mengajar di sekolah awam mahupun kerajaan.

5) Diploma pendidikan atau Ijazah Pendidikan

Selepas SPM ataupun STPM, korang juga boleh meneruskan misi untuk menjadi guru dengan melayakkan diri dalam diploma ataupun ijazah pendidikan. Hal ini kerana, ia adalah kelayakan utama yang korang perlukan untuk menjadi guru sekolah.

Untuk memenuhi kelayakan menjadi cikgu sekolah rendah korang juga perlulah memiliki Dilpoma dan Ijazah pendidikan. Namun, seperti yang kita tahu universiti yang menawarkan pendidikan UPSI sahaja kan. Tapi kalau korang cari, banyak universiti yang menawarkan program pendidikan.

Demikianlah 5 laluan kerjaya guru sekolah menengah dan rendah yang boleh korang ikuti sebelum bergelar seorang cikgu.

Konklusinya, untuk menjadi seorang cikgu sekolah, korang perlu mengikuti pendidikan formal sehingga tamat dan menepati syarat untuk masuk ke bidang perguruan. Atok harap dengan perkongsian laluan kerjaya guru sekolah ini akan membuka laluan dan membantu korang untuk membuat keputusan dan jangan putus asa.

Atok kongsi banyak pilihan untuk bekerja sebagai guru. Korang kena ingat, bila memasuki kerjaya seorang guru korang akan dipertanggungjawabkan membantu ibu bapa mendidik iaitu semasa di sekolah.

Peranan guru membentuk anak-anak bermula seawal sekolah rendah sangat penting. Jasa seorang guru sangat mulia kerana berperanan melahirkan masayarakat yang bijak dan menjadikan seseorang itu berguna.

Rujukan Lain

Menurut statistik, 2 – 6 orang daripada setiap 1,000 orang adalah penghidap autism. Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang!

Individu disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport & dihalang ke luar negara. Di sini ditunjukkan cara semak senarai hitam imigresen..

Baca beberapa cara nak buang angin dalam badan ni. Cuba dulu, mana tahu berkesan. Kalau dibiar, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh..

Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Jom cuba yang ini..

Stess boleh dikawal jika korang tahu caranya. Tahukah korang, bahawa kadar depression mahupun anxiety ini boleh diukur dengan Ujian DASS KKM Online?

Solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok kongsikan bagaimana cara solat tahajud perempuan yang betul..

Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah tanda tanda anxiety. Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda anxiety attack pada seseorang..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!