Cara Kira Zakat Pendapatan

Sebagai orang Islam kita di wajibkan untuk membayar zakat. Hal ini kerana, zakat ialah rukun Islam yang ketiga dan ianya wajib di bayar oleh semua umat islam. Zakat bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu dan zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah serta zakat harta. Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi sesetengah orang yang masih keliru dengan cara pengiraan zakat pendapatan. Oleh itu, bagi mereka yang masih ingat-ingat lupa cara pengiraan zakat pendapatan, di bawah ini akan dinyatakan dan di tunjukkan bagaimana cara kira zakat pendapatan.

Cara Kira Zakat Pendapatan

Bagi orang islam yang berkemampuan, diwajibkan untuk membayar zakat sebagai tanggungjawab kita sebagai orang islam. Namun begitu, setiap pengeluaran zakat telah pun ditentukan dan ianya hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah disyariatkan bagi membantu golongan yang lebih memerlukan.

Bagi yang masih tertanya-tanya tentang zakat pendapatan, zakat pendapatan sebenarnya termasuk dalam kategori zakat harta. Zakat pendapatan ialah pengeluaran wajib ke atas pendapatan yang meliputi upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Justeru, itu merupakan serba sedikit tentang zakat pendapatan.

Oleh itu, mari kita mengkaji atau melihat pula bagaimana cara kira zakat pendapatan yang masih menjadi kekeliruan sebahagian orang. Zakat pendapatan mempunyai dua kaedah pengiraan iaitu kaedah pengiraan secara tanpa tolakan dan seterusnya kaedah pengiraan dengan tolakan.

Cara kira zakat pendapatan (Kaedah Tanpa Tolakan)

Kaedah tanpa tolakan merupakan kaedah yang lebih mudah dan ringkas untuk dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kaedah tanpa tolakan ini hanya perlu mengira jumlah pendapatan yang diperoleh sahaja.

Bagaimana caranya? Jumlah pendapatan tahunan yang korang telah dapat tersebut akan dikirakan sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah itu untuk mendapatkan hasil akhir pembayaran atau hasil zakat yang wajib di bayar. Sebagai contoh,

Cara Pengiraan Zakat Tanpa Tolakan

Pendapatan kasar setahun X 2.5 peratus = RM 54 000 X 2.5 = RM 1 350 (zakat yang wajib dibayar).

Oleh hal yang demikian, ini merupakan salah satu cara bagaimana zakat pendapatan dikira menggunakan kaedah tanpa tolakan.

Cara kira zakat pendapatan (Kaedah Dengan Tolakan)

Kaedah pengiraan dengan tolakan pula akan dikira berdasarkan jumlah pendapatan bersih iaitu selepas ditolak dengan jumlah pelepasan-pelepasan zakat pendapatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kadar pelepasan zakat pendapatan adalah berbeza bagi setiap negeri dan zakat pedapatan ini juga boleh dikatakan sama seperti pelepasan cukai pendapatan.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang boleh ditolak untuk pengiraan zakat antaranya adalah perbelanjaan asas diri sendiri, nafkah anak-anak, nafkah isteri, caruman KWSP, caruman kepada institusi kewangan dan juga pemberian kepada ibu bapa. Ini merupakan antara perkara yang boleh ditolak ketika pengiraan zakat untuk kaedah dengan tolakan. Sebagai contoh,

Cara Pengiraan Zakat Dengan Tolakan

Jumlah nisab semasa = RM 18 143.08
Jumlah pendapatan tahunan = RM 54 000

Diri sendiri = RM 10 000.00
Isteri = RM 3 000.00
Anak-anak = RM 2 000.00 (2 org X 1000)
Ibu bapa = RM 3 000.00 (RM 250 X 12 bulan)
KWSP = RM 4 620.00 (RM 385.00 X 12 bulan)
Tabung haji = RM 2 400.00 (RM 200 X 12 bulan)
Jumlah pelepasan zakat pendapatan = RM 25 020

Jumlah pendapatan layak zakat
RM 54 000 – RM 25 020 = RM 28 980.00

Jumlah zakat pendapatan = 2.5%
RM 28 980 X 2.5% = RM 724.5 (setahun) / RM 60.37 (sebulan)

Pas tgk cara pengiraan di atas, mungkin ada yang tertanya-tanya – nisab semasa tu apa benda tok? Nisab semasa ialah jumlah pendapatan minimum seseorang yang layak dikenakan zakat yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat.

Kalau pendapatan seseorang kurang daripada RM 18 143.08 setahun. Maka, beliau tidak perlu membayar zakat pendapatan. Ada faham?

Oleh itu, kesimpulannya jika seseorang itu mempunyai jumlah pendapatan layak zakat melebihi jumlah nisab yang ditetapkan, maka orang tersebut perlulah mengeluarkan zakat pendapatan. Justeru, ini merupakan cara kedua atau kaedah dengan tolakan untuk cara kira zakat pendapatan.

Kesimpulannya

Terdapat dua kaedah atau cara kira zakat pendapatan yang boleh dipelajari oleh orang ramai. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang keliru, korang boleh melihat cara-cara di atas untuk memahami bagaimana cara untuk mengira zakat pendapatan. Diharapkan pengiraan dan huraian mengenai cara pengiraan zakat pendapatan ini dapat di fahami dan di pelajari oleh korang semua.

Rujukan Lain

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula sambil cuma berdoa lulus sahaja. Doa, doa juga tapi jangan lupa berusaha! Jadi usaha sikit dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, bagi lepasan para SPM atau STPM yg berminat memasuki kerja kerajaan, ketahui apakah tapisan kemasukan sektor awam yg perlu dilalui sebelum korang diambil menjadi kakitangan awam.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang bleh baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Baru pas duduk temuduga SPA minggu lepas? Berdebar menanti keputusan? Kurangkan rasa gementar korang dan baca tanda lulus temuduga kerajaan ini.

Cuti adalah hak korang. Korang perlu tahu mengenainya. Kali ini, atok akan bincangkan cuti sakit pekerja swasta dan lain-lain cuti mengikut Akta Kerja 1955.

Mandi wajib dilaksanakan untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada najis hadas besar. Di samping membolehkan korang mengerjakan ibadah khusus seperti solat dan puasa. Korang ingat tak cara mandi wajib yang betul?

Baca beberapa tips simpan duit kahwin dalam masa setahun yang boleh korang amalkan sebelum tarikh mendirikan rumah tangga korang tiba..

Di sini akan dikongsikan tentang cara menggunakan portal eGUMIS semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!