Cuti Sakit Pekerja Swasta 2024

Setiap pekerja swasta di Malaysia dilindungi di bawah Akta Kerja 1955. Sama ada korang bekerja secara sepenuh masa atau separa masa, dimana-mana syarikat atau perusahaan atau majikan. Cuti adalah hak korang. Jadi, korang perlu tahu mengenainya. Kali ini, atok akan bincangkan cuti sakit pekerja swasta 2024 dan jenis-jenis cuti pekerja swasta yang lain mengikut Akta Kerja 1955.

Cuti sakit pekerja swasta 2024

Untuk makluman korang, Akta Kerja 1955 hanya terpakai di Semenanjung dan Labuan sahaja. Bagi pekerja swasta di Sabah dan Sarawak, ia dikawal oleh ordinan buruh masing-masing.

Cuti umum pekerja swasta

Jenis cuti pekerja swasta yg pertama ialah cuti umum atau cuti kelepasan am. Jadi, berapakah jumlah minimum cuti umum yang layak korang sebagai pekerja swasta perolehi dalam setahun?

Setiap pekerja swasta berhak mendapat 10 hari cuti kelepasan am bagi setiap tahun kalendar. Ia dipilih daripada semua cuti kelepasan am yang diwartakan untuk tahun itu.

  • Hari Keputeraan D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong
  • Hari Keputeraan Sultan/ Yang Dipertua Negeri/ Wilayah Persekutuan
  • Hari Pekerja
  • Hari Kebangsaan
  • Cuti yang diisytiharkan di bawah Seksyen 8 Akta Cuti 1951

Eh, ada baki 5 hari lagi tok?

Baki 5 hari yang lain boleh dipilih oleh majikan korang. Baki hari tersebut kemudiannya hanya boleh ditukar ganti dengan persetujuan pekerja. Majikan korang mesti mempamerkan satu notis di tempat kerja menyatakan 5 hari yang dipilih tersebut. Biasanya pada awal tahun.

Cuti tahunan pekerja swasta 2024

Berapakah kelayakan cuti tahunan pekerja swasta? Mengikut Akta Kerja 1955, pekerja swasta hanya layak mengambil cuti tahunan selepas 12 bulan berkhidmat.

Kelayakan cuti tahunan pekerja swasta adalah mengikut tempoh perkhidmatan, iaitu:

Tempoh PerkhidmatanKelayakan Cuti
Berkhidmat kurang dua tahunselama 8 hari setahun
Berkhidmat dua tahun dan tidak kurang lima tahunselama 12 hari setahun
Berkhidmat lima tahun dan ke atasselama 16 hari setahun

Nota: Pekerja swasta tersebut perlulah bekerja bagi tempoh 12 bulan berturutan dengan majikan yang sama. Tetapi sekiranya pekerja swasta tersebut tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikan tanpa alasan munasabah melebihi 10% daripada 12 bulan hari bekerja maka pekerja swasta tersebut telah hilang hak untuk mendapat cuti tahunan.

Cuti bersalin pekerja swasta

Bagi korang yg tengah sarat, pasti tertanya-tanya berapa harikah cuti bersalin bergaji yang pekerja swasta wanita layak perolehi? Jawapannya ialah 60 hari secara berterusan.

Adakah cuti bersalin ini boleh diambil sebelum bersalin?

Boleh. Korang boleh ambil cuti bersalin lebih awal apabila mendapat pengesahan dari pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikan.

Korang boleh mengambil cuti bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum tarikh bersalin.

Cuti rehat mingguan pekerja swasta

Berapa hari cuti rehat mingguan yang layak diperolehi oleh pekerja swasta?

Pekerja swasta layak sekurang-kurangnya satu (1) hari cuti rehat mingguan dalam satu (1) minggu. Tetapi sekiranya terdapat lebih dari satu (1) hari cuti rehat, maka hari yang terakhir adalah dikira sebagai cuti rehat mingguan.

Cuti sakit pekerja swasta 2024

Seseorang pekerja swasta berhak mendapat cuti sakit, minimum seperti dalam jadual berikut:

Tempoh PerkhidmatanKelayakan Cuti
Berkhidmat kurang dua tahunselama 14 hari setahun
Berkhidmat dua tahun dan tidak kurang lima tahunselama 18 hari setahun
Berkhidmat lima tahun dan ke atasselama 22 hari setahun

Jadi, berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk korang mesti menyerahkan sijil cuti sakit kepada boss korang? Sijil cuti sakit perlu diserahkan kepada majikan dalam tempoh 48 jam daripada cuti sakit itu bermula.

Satu lagi, korang berhak mendapat 60 hari cuti sakit secara agreget jika korang perlu dimasukkan ke hospital. Tetapi hak korang ke atas 60 hari tersebut akan berkurangan mengikut hari cuti sakit biasa yang diambil.

Misalnya, korang dah kerja dengan Syarikat A selama tiga (3) tahun, dan tahun ni dah ambil cuti sakit selama 17 hari, maka baki cuti masuk hospital korang hanya sebanyak 43 hari sahaja.

Penutup

Okey, demikian serba ringkas berkenaan cuti sakit pekerja swasta 2024 dan jenis-jenis cuti lain yang korang layak perolehi.

Cer cuba tanya HR company korang mengenai cuti-cuti lain yang diperuntukkan. Mudah sikit nak rancang cuti korang taun depan kan..

Rujukan Lain

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula sambil cuma berdoa lulus sahaja. Doa, doa juga tapi jangan lupa berusaha! Jadi usaha sikit dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, bagi lepasan para SPM atau STPM yg berminat memasuki kerja kerajaan, ketahui apakah tapisan kemasukan sektor awam yg perlu dilalui sebelum korang diambil menjadi kakitangan awam.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang bleh baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Baru pas duduk temuduga SPA minggu lepas? Berdebar menanti keputusan? Kurangkan rasa gementar korang dan baca tanda lulus temuduga kerajaan ini.

Anak dah masuk tahun 4 tapi masih tak hafal-hafal sifir? Ibubapa pasti risau. Di sini ada dibincangkan beberapa kaedah mudah hafal sifir..

Ramai pemilik kereta yang mengalami nasib warna kereta putih berubah menjadi kekuningan. Jom baca cara penjagaan kereta warna putih yg wajib buat..

Oleh kerana cili-cili kering yg dijual di kedai memiliki rupa yg sama. Jadi, di sini atok bincangkan tips cara pilih cili kering tak pedas..

Guru menjadi kerjaya yang sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar. Baca lima laluan kerjaya guru sekolah menengah atau sekolah di sini..

Atok
Follow me

4 thoughts on “Cuti Sakit Pekerja Swasta 2024”

  1. nama ja kerja swasta, xikut law..cuti tahunan pun xda , cuti sakit pun nk tolak gaji bila cakap mc mna boleh tolak gaji bru nk bayar..takut kena report la tu..dah tu dh ambil cuti shari tanpa gaji pun bising kadang sebab emergency , kdg xsihat xprgi klinik sbb ada ubat spare..

    Reply
  2. hello selamat tengahari,

    disini saya ada beberapa soalan, soalan pertama saya ialah waktu berkerja 7.5(kerja biasa)+4.5(kerja lebih masa) so sudah tentu 12 jam…memang ada dalam akta buruh, saya setuju bagi waktu kerja 7.5(kerja biasa)+3.5 (kerja lebih masa) hanya 11 jam.. ada tak dalam akta buruh,kalau ada boleh saya dapat akta itu..

    terima kasih

    Reply
  3. Nak tanya…saya kerja swasta …bos saya bagi cuti mgguan 2 hari smggu sbb xnak bayar ot..tapi start bln 11 dia suruh saya cuti lagi sehari setiap mggu tanpa gaji…saya bekerja gaji bulan bkn gaji hari….jadi dlm masa sebulan saya dipaksa cuti tanpa gaji setiap hari sabtu….blh ke mcm tu???

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!