Cara Simpan Duit Kahwin (Dalam Masa Terdekat)

Kos perbelanjaan perkahwinan meliputi cincin, duit hantaran, barang hantaran serta kenduri-kendara. Kos-kos tersebut sahaja boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Ini secara tidak langsung boleh membimbangkan bakal pengantin yang berniat ingin mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. Namun begitu, korang tidak perlu bimbang kerana terdapat beberapa cara simpan duit kahwin dalam masa terdekat yang boleh korang amalkan sebelum tarikh mendirikan rumah tangga korang tiba. Dengan azam yang kuat, korang mampu menyimpan mas kahwin dan wang hantaran dalam jangka masa yang diperuntukkan. Diulang sekali lagi, dengan azam yang kuat ya..

Cara simpan duit kahwin

Malaysia merupakan negara yang mempunyai bangsa yang berbilang kaum dan juga mempunyai bermacam-macam adat, budaya serta agama. Hal ini dikatakan demikian kerana, Malaysia adalah negara yang mempunyai tiga kaum utama di Semenanjung iaitu Melayu, Cina dan India. Belum masuk puluhan etnik di Sabah dan Sarawak.

Tambahan pula, di Malaysia juga adat resam atau budaya setiap kaum adalah berbeza-beza dan salah satunya adalah adat resam perkahwinan. Untuk pengetahuan korang semua, adat resam perkahwinan bagi kaum Melayu ada tiga tahap iaitu merisik, bertunang dan akad nikah.

Namun begitu, jika kita tidak melengkapi ketiga-tiga tahap berikut juga tidak menjadi sebarang masalah sebagai contoh korang hanya mahu melaksanakan proses pertunangan dan juga pernikahan.

Hal ini kerana, mungkin ada di antara korang yang memikirkan soal kos perbelanjaan sekiranya melaksanakan ketiga-tiga tahap berikut.

Sebelum kita teruskan, jom kenali dahulu apa beza mas kahwin dan wang hantaran. Kerana ada jugak bakal pengantin yang menyangka mas kahwin tu bermaksud beri emas masa perkahwinan.

Bukan. Bukan!

Apa itu mas kahwin?

Mas kahwin atau Mahar, menurut istilah Syara’ ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri atas sebab pernikahan.

Maksud ‘suatu pemberian’ itu tidak memaksakan emas seperti maksud hadis Nabi berikut:

“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”

(Riwayat Bukhari)

Jadi mas kahwin itu boleh wang dan boleh barangan berharga lain sesuai kemampuan bakal suami.

Isteri berhak mendapat mas kahwin apabila akad nikahnya sah. Mas kahwin ini akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Suami mahupun keluarga tidak boleh mengambil sedikit pun bahagian daripada mas kahwin tersebut melainkan sekiranya dibenarkan oleh isteri.

Apa pula wang hantaran?

Wang hantaran pula ialah suatu bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga.

Wang hantaran ini pula bukanlah hak milik mutlak sepenuhnya isteri, ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menyelenggarakan majlis perkahwinan.

Beza mas kahwin dan wang hantaran?

Perbezaan paling jelas keduanya ialah pemberian mas kahwin adalah WAJIB. Manakala pemberian wang hantaran adalah TIDAK WAJIB.

Ok jom ke cara-cara simpan duit kahwin pula..

Menyimpan duit simpanan

Bagi korang yang ingin mendirikan rumahtangga, perkara utama atau tips utama yang boleh korang lakukan adalah dalam masa setahun, korang perlu menyimpan duit simpanan korang dari awal.

Tips ini merupakan tips yang paling penting kerana di mana datangnya duit kalau bukan hasil daripada simpanan kita sendiri.

Simpanan duit ini boleh dilaksanakan sebelum korang bertemu dengan pasangan hidup korang. Hal ini demikian kerana, apabila korang sudah bertemu dengan pasangan dan berniat untuk mendirikan rumahtangga, korang sudah mempunyai simpanan untuk digunakan dalam perbelanjaan perkahwinan.

Ini merupakan salah satu daripada cara simpan duit kahwin setahun atau lebih.

Bajet

Selain itu, cara simpan duit kahwin dalam masa terdekat yang boleh korang lakukan adalah korang perlu membuat atau menguruskan bajet.

Bagi pasangan yang sudah menetapkan jangka masa perkahwinan, mereka perlu menyediakan sebuah lejar untuk menulis dan mengambil kira semua kos perbelanjaan perkahwinan agar memudahkan pasangan masing-masing untuk mengumpulkan wang perbelanjaan perkahwinan.

Justeru, sepanjang tempoh setahun sebelum majlis perkahwinan dilaksanakan pasangan masing-masing boleh membuat bajet agar pasangan korang mengetahui seberapa banyak yang perlu disimpan dalam tempoh masa setahun.

Pekerjaan atau pendapatan sampingan

Selanjutnya, cara simpan duit kahwin dalam masa terdekat adalah korang perlu mencari pekerjaan atau pendapatan sampingan.

Hal ini dikatakan demikian kerana, selain korang mengharapkan duit gaji hasil daripada pekerjaan tetap korang, korang juga perlu atau boleh mencari pekerjaan sampingan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih.

Ini secara tidak langsung boleh membantu korang untuk mengumpul wang perkahwinan dalam masa yang lebih singkat lagi.

Bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada 3000 Ringgit Malaysia korang sememangnya digalakkan untuk mencari pendapatan lebih untuk mengumpul wang simpanan perkahwinan.

Kurangkan Perbelanjaan

Paling penting, cara simpan duit kahwin yang boleh korang lakukan adalah mengurangkan perbelanjaan. Sila kurangkan berjoli di sana sini.

Apa yang dikatakan dengan mengurangkan perbelanjaan adalah, sepanjang kehidupan korang sebagai orang bujang, korang perlulah mengurangkan kos perbelanjaan harian seperti membeli barang keperluan sahaja.

Justeru, apabila korang mengurangkan perbelanjaan dan membeli mengikut keperluan dan bukan kehendak secara tidak langsung korang dapat menambahkan lagi duit simpanan korang.

Oleh itu, ini merupakan salah satu cara simpan duit kahwin dalam masa terdekat.

Nak simpan RM1,000 sebulan?

Korang nak lagi banyak tips advance untuk berjimat? Dan menguasai cara simpan duit kahwin minimum RM1,000 sebulan dengan mudah?

Tapi korang kena janji, untuk cuba sedaya upaya ikutinya.

Kalau boleh janji, insyaAllah impian korang untuk simpan RM1,000 boeh tercapai dan hasrat korang untuk dapat kumpul duit kahwin dalam masa setahun akan tertunai!

Korang baca tips-tips tersebut dalam panduan di bawah..

Tips Simpan RM1,000 Sebulan Walau Pun Duit Gaji Kecil

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara-cara simpan duit kahwin yang boleh korang ikuti dalam proses mengumpul kos perbelanjaan perkahwinan dan duit hantaran.

Di atas ini ialah beberapa cara simpan duit kahwin dalam masa 6 bulan hingga 2 tahun yang boleh korang ikuti atau amalkan sebelum mendirikan rumahtangga seperti menyimpan duit simpanan, bajet, mencari pekerjaan atau pendapatan sampingan dan juga mengurangkan perbelanjaan.

Oleh itu, diharapkan semoga cara simpan duit kahwin yang dinyatakan di atas dapat memberikan kesan yang positif sekaligus dapat membantu korang yang berniat untuk berkahwin dan mengumpul wang perbelanjaan perkahwinan.

Rujukan Lain

Anak dah masuk tahun 4 tapi masih tak hafal-hafal sifir? Ibubapa pasti risau. Di sini ada dibincangkan beberapa kaedah mudah hafal sifir..

Anak hanya menguasai kemahiran menulis dan mengira tetapi tidak untuk kemahiran membaca? Atok kongsikan beberapa cara mudah ajar anak membaca..

Ramai pemilik kereta yang mengalami nasib warna kereta putih berubah menjadi kekuningan. Jom baca cara penjagaan kereta warna putih yg wajib dibuat..

Batuk tak hilang lagi? Atok kongsikan serba sedikit tentang petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah..

Barangan sekolah baru boleh menceriakan mood & perasaan anak-anak. Di sini atok list-kan senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli..

Oleh kerana cili-cili kering yg dijual di kedai memiliki rupa yg sama. Jadi, di sini atok bincangkan tips cara pilih cili kering tak pedas..

Kemerosotan ekonomi dijangka berlaku pada tahun 2023 ini. Jom bersedia. Kali ini atok akan kongsikan tentang cara menyimpan duit (gaji kecil)..

Bakal menunaikan umrah tidak lama lagi? Di sini atok list-kan senarai barang umrah untuk wanita. Hanya yg paling asas dan mustahak saja..

Baca beberapa cara nak buang angin dalam badan ni. Cuba dulu, mana tahu berkesan. Kalau dibiar, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!