eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Online & Proses Bayaran Balik

eGUMIS ni sebenarnya merupakan salah satu portal yang dibangunkan oleh Jabatan Akautan Negara (JANM) bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut. Oleh itu, portal eGUMIS ini bertujuan untuk membantu orang ramai dalam urusan membuat semakan wang tak dituntut dan proses bayaran balik secara online. Di sini akan dikongsikan tentang cara menggunakan portal eGUMIS- semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik.

eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Online & Proses Bayaran Balik

Sebelum kita meneruskan dengan portal eGUMIS – semakan wang tak dituntut & proses bayaran balik, mari kita ketahui terlebih dahulu apa itu wang tidak dituntut.

Untuk pengetahuan, wang tidak dituntut ini memberikan pelbagai maksud dan antara salah satu maksud yang menggambarkan wang tidak dituntut ini adalah:

Maksud Wang Tak Dituntut: wang yang harus dibayar di sisi undang-undang kepada pemiliknya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa yang tidak kurang daripada satu tahun contohnya seperti upah, bonus, gaji, simpanan tetap yang telah matang, dividen dan sebagainya.

Itu merupakan salah satu contoh maksud wang tak dituntut. Seterusnya pula adalah contoh-contoh bagi wang tak dituntut.

  • Dividen
  • Gaji, upah, bonus, komisen dan wang lain yang harus dibayar kepada kakitangan.
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran.
  • Simpanan tetap.
  • Akaun simpanan.
  • Akaun semasa.
  • Akaun pemiutang dagangan.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Di atas ini merupakan beberapa contoh bagi wang yang tak dituntut. Kini kita lihat pula cara semakan wang tak dituntut menggunakan portal eGUMIS.

egumis semakan wang tak dituntut

Berikut merupakan cara semakan wang tak dituntut eGUMIS.

Langkah 1: Korang perlu melayari pautan portal eGUMIS.

Langkah 2: Seterusnya, korang perlu membuat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3: Kemudian log masuk portal tersebut menggunakan kata laluan yang didaftarkan.

Langkah 4: Kemaskini maklumat pengguna setelah berjaya log masuk portal.

Langkah 5: Selanjutnya, klik pada “klik di sini untuk carian wang tak dituntut” , kemudian buat semakan wang tak dituntut melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat.

Langkah 6: Setelah selesai, klik cetak jika perlu.

Oleh itu, di atas ini merupakan cara semakan wang tak dituntut online dan kini kita lihat pula cara proses bayaran balik.

proses bayaran balik eGUMIS

Bagi proses bayaran balik, korang juga boleh menggunakan portal yang sama iaitu eGUMIS.

Bagi proses bayaran balik, tiada sebarang caj bakal dikenakan ke atas permohonan bayaran wang tak dituntut. Hal ini kerana, mulai tahun 2016 serahan bayaran wang tak dituntut adalah melalui online banking.

Namun begitu, korang diingatkan untuk tetap berhati-hati dengan cubaan memanipulasi dengan mengenakan caj tambahan kerana kementerian kewangan atau pendaftaran wang tak dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu, syarikat atau firma sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik wang yang tak dituntut.

Justeru, adalah dinasihatkan kepada individu yang ingin membuat proses tuntutan bayaran balik agar sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya cubaan memanipulasi wang tak dituntut.

Kesimpulannya, bagi individu yang ingin tahu dan tertanya-tanya tentang eGUMIS, di atas ini telah dinyatakan serba sedikit tentang eGUMIS sebagai salah satu portal yang membantu orang ramai dalam membuat semakan wang tak dituntut dan proses bayaran balik secara online.

Oleh itu, bagi korang yang ingin tahu caranya, maka korang boleh melihat portal eGUMIS- semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik yang telah dikongsikan. Di harapkan juga perkongsian yang diberikan ini, iaitu mengenai portal eGUMIS ini sedikit sebanyak dapat membantu individu yang tidak mengetahui akan cara semakan wang tak dituntut.

Rujukan Lain

Baca beberapa cara nak buang angin dalam badan ni. Cuba dulu, mana tahu berkesan. Kalau dibiar, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh..

Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Jom cuba yang ini..

Stess boleh dikawal jika korang tahu caranya. Tahukah korang, bahawa kadar depression mahupun anxiety ini boleh diukur dengan Ujian DASS KKM Online?

Solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok kongsikan bagaimana cara solat tahajud perempuan yang betul..

Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah tanda tanda anxiety. Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda anxiety attack pada seseorang..

Guru menjadi kerjaya yang sangat popular dan menjadi rebutan di kalangan pelajar. Baca lima laluan kerjaya guru sekolah menengah atau sekolah di sini..

Banyak ke puasa Ramadan yang tertinggal? Kena ganti tu. Masih ingat niat puasa enam dan puasa ganti ramadan serta kelebihannya?

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!