Apakah Tanda Lulus Temuduga Kerajaan?

Korang baru selesai menjalani temuduga? Pastinya dalam seminggu dua ni korang akan mandi tak basah, tidur tak lena memikirkan sama ada ‘aku lulus ke idok temuduga hari tu’? Jangan gundah, kali ni atok akan kongsikan beberapa tanda lulus temuduga. Tak kira, korang hadir temuduga kerajaan atau temuduga swasta.

Tanda Lulus Temuduga Kerajaan

Untuk memiliki kerjaya yang diingini bukan lah sesuatu yang mudah. Hal ini demikian kerana, umum mengetahui bahawa persaingan dalam bidang pekerjaan semakin hari semakin meningkat dan kerana itu, seseorang individu itu perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan.

Namun begitu jika dilihat, kerjaya yang sulit untuk diperolehi adalah pekerjaan awam iaitu dalam sektor kerajaan berbanding sektor swasta. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan jabatan atau kementerian akan melakukan temuduga kerja sebelum individu tersebut layak untuk di terima bekerja.

Disebabkan sukarnya melepasi temuduga kerja kerajaan, maka pasti ada di antara korang yang tertanya-tanya bagaimana hendak tahu sama ada kita berjaya dalam temuduga tersebut atau pun tidak. Justeru, di bawah ini akan dibincangkan mengenai 7 tanda-tanda lulus temuduga kerajaan yang korang perlu tahu.

7 tanda-tanda lulus temuduga kerajaan

Berikut merupakan 7 tanda-tanda lulus temuduga kerajaan yang perlu diketahui.

Waktu temuduga yang lama

Untuk pengetahuan korang, jika korang ingin tahu sama ada korang lulus atau pun tidak untuk temuduga kerajaan tersebut, korang boleh lihat tempoh masa temuduga korang. Lagi lama korang di temuduga, lagi tinggi peluang untuk korang lulus dalam temuduga tersebut.

Hal ini demikian kerana, apabila seseorang penemu duga tersebut mula tertarik dengan korang maka dia akan bertanyakan lebih banyak soalan untuk mengenali korang dengan lebih dekat dan rapat.

Justeru, jika korang merasakan bahawa tempoh temuduga korang sudah tamat tetapi penemuduga masih meneruskan temuduga tersebut, maka korang perlu meneruskan perbualan tersebut dengan lebih professional supaya mereka menjadi lebih tertarik kepada korang. Oleh itu, ini merupakan salah satu daripada 7 tanda-tanda lulus temuduga kerajaan.

Melawat Pejabat

Melawat pejabat adalah salah satu inisiatif yang penemuduga akan lakukan jika mereka mula tertarik untuk mengambil korang bekerja dengan mereka. Bukan sekadar melawat ruang pejabat sahaja, malah penemuduga juga akan memperkenalkan korang kepada staf-staf di tempat kerja tersebut.

Oleh itu, jika perkara sebegitu terjadi kepada korang, ini bermakna korang mungkin bakal lulus temuduga tersebut. Yang ini biasanya hint lulus temuduga untuk interview di sektor swasta.

Senyum

Jika korang tersenyum di hadapan penemuduga itu adalah perkara biasa. Tetapi jika penemuduga tersenyum di hadapan korang ini adalah petanda yang baik dimana, penemuduga mungkin berpuas hati dengan setiap jawapan yang diberikan.

Maka kadar untuk korang lulus temuduga adalah tinggi. Justeru, korang harus memastikan setiap jawpan yang korang berikan adalah relevan dan penuh dengan keyakinan.

Manfaat kerja dan gaji

Selain itu, jika korang lihat penemuduga sudah mula berbincang dengan korang mengenai gaji manfaat kerja atau kelebihan syarikat kepada korang, ini merupakan tanda-tanda kepada kemungkinan yang korang akan diterima bekerja. Justeru, jika itu terjadi, maka korang perlu berinteraksi dengan penemuduga dengan lebih yakin dan professional.

Soalan Peribadi

Soalan-soalan peribadi yang d tanyakan penemuduga kepada korang juga merupakan antara tanda-tanda lulus temuduga. Hal ini demikian kerana, jika soalan tersebut sudah ditanyakan kepada korang, maka ada kemungkinan penemuduga sudah tertarik untuk mengambil korang untuk bekerja dengan mereka.

Namun begitu, dinasihatkan juga untuk menghadkan jawapan tentang peribadi korang. Ini kerana, tidak semua hal peribadi perlu diceritakan semasa temuduga.

Memohon kerja di tempat lain

Selain itu, untuk korang mengetahui sama ada korang lulus atau tidak temuduga tersebut adalah apabila penemuduga akan bertanyakan kepada korang sama ada korang ada memohon kerja di tempat lain atau tidak selain syarikat mereka.

Ini kerana, penemuduga mungkin sudah berminat untuk mengambil korang bekerja dengan mereka. Oleh itu jawapan yang korang berikan adalah penentu sama ada mereka akan mengambil korang bekerja atau pun tidak.

Meminta dokumen asal

Untuk pengetahuan korang, jika pihak urusetia meminta dokumen asal setelah tamat temuduga, ini mungkin petanda bahawa korang telah berjaya atau lulus temuduga tersebut. Ini kerana, tujuan dokumen asal itu diminta kerana ianya adalah sebagai pengesahan lanjut serta untuk proses-proses yang berikutnya.

Kesimpulannya, ini merupakan antara tanda-tanda berjaya temuduga SPA atau temuduga kerajaan atau swasta yang korang perlu tahu. Jika korang melihat 7 tanda-tanda lulus temuduga ini semasa atau selepas korang ditemuduga, ini bermakna kemungkinan korang diterima bekerja adalah tinggi. Tapi jangan menyimpan harapan terlalu tinggi, ini cuma membantu korang meramal keputusan sahaja.

Penutup

Selepas korang selesai menjalani sesi temuduga, korang terpaksa menunggu sekurang-kurang sebulan hingga tiga bulan untuk pihak JPA atau SPA atau SPP atau syarikat mengumumkan keputusan temuduga yg korang hadiri tu.

Itu adalah jangka masa yang agak ‘panjang’ bagi korang sebagai seorang calon temuduga. Korang boleh menjadikan hint-hint lulus temuduga ini sebagai isyarat awal untuk menebak adakah korang lulus ataupun gagal. Sekurang-kurangnya kurang juga sikit kemurungan korang tu.

Doa lulus temuduga

Selain sekadar menanti keputusan temuduga dengan penuh harapan menggunung, korang adalah disarankan berdoa kepada yang Maha Pemurah. Berikut dikongsikan sepotong doa lulus temuduga.

Bacalah doa ini selepas sesi temuduga korang, yakni ketika korang sudah keluar dan hendak menutup pintu bilik temuduga.

Selain itu, doa lulus temuduga ini juga paling afdal dibaca setiap kali selepas solat fardhu.

Doa lulus temuduga rumi:

Allahummaftah ‘alaina abwaabal khairi wa abwaabal barakati wa abwaaban ni’mati wa abwaabal quwwati wa abwaabasihati abwaabas salamati abwaabal jannati. Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wa hayyi’ lana min amrinaa rasyadaa. Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi laa haula wala quwata ilaa billaah.

Maksud doa lulus temuduga:

” Ya Allah, bukakanlah atas kami pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu berkah, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu kesihatan, dan pintu-pintu syurga. Ya Allah, ya tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakkal kepada-Nya, tidak ada daya serta kekuatan melainkan hanya dengan kekuasaan dan pertolongan Allah. “

So, ada tak di antara tanda-tanda lulus temuduga kerajaan yg atok senaraikan di atas tu terjadi semasa temuduga korang baru-baru ni?

Rujukan Lain

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula sambil cuma berdoa lulus sahaja. Doa, doa juga tapi jangan lupa berusaha! Jadi usaha sikit dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, bagi lepasan para SPM atau STPM yg berminat memasuki kerja kerajaan, ketahui apakah tapisan kemasukan sektor awam yg perlu dilalui sebelum korang diambil menjadi kakitangan awam.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang bleh baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Mandi wajib dilaksanakan untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada najis hadas besar. Korang ingat tak cara mandi wajib dengan betul?

Bagi korang yang ingat-ingat lupa cara pengiraan zakat pendapatan, artikel ini akan menunjukkan bagaimana cara kira zakat pendapatan dengan betul..

Anak hanya menguasai kemahiran menulis dan mengira tetapi tidak untuk kemahiran membaca? Atok kongsikan beberapa cara mudah ajar anak membaca..

Barangan sekolah baru boleh menceriakan mood & perasaan anak-anak. Di sini atok list-kan senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli..

Jika korang berminat ingin belajar di Maktab Rendah Sains MARA, di sini Atok kongsikan kepada korang senarai MRSM di Malaysia..

Atok
Follow me

1 thought on “Apakah Tanda Lulus Temuduga Kerajaan?”

  1. Baru abis temuduga. Mula2 panel x senyum. Hujung2 mereka byk senyum dan sy lebih selesa utk menjawab soalan mereka. kemudian salah satu panel menerangkan kpd saya mengenai gaji dan apa yg sy perlu expect jika diambil bekerja. Semua yg ada di atas ada pada panel penemuduga sy. Masa temuduga juga lebih panjang dari biasa. Maka sy berharap dan berdoa agar sy diterima. Aminnn ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!