Ujian DASS KKM Online. Uji Tahap Kesihatan Mental Korang Di Sini!

Jika berbual tentang perasaan atau keadaan mental seseorang individu, semua sedia maklum bahawa tiada manusia di dunia ini yang terlepas dengan rasa serabut, tekanan, sedih, bimbang, marah dan sebagainya. Perasaan-perasaan yang mengganggu seperti ini sangat susah untuk dielakkan. Namun, ianya boleh dikawal jika korang tahu bagaimana cara yang betul untuk mengawalnya. Tahukah korang, bahawa kadar depression mahupun anxiety ini boleh diukur dengan Ujian DASS KKM Online?

Ujian DASS KKM Online. Uji Tahap Kesihatan Mental Korang Di Sini!

Jika korang tidak mengawal emosi dengan sebaik mungkin, korang mungkin boleh menghadapi gangguan depression yang teruk. Sehingga dalam sesetengah keadaan yang ekstrim, ia boleh membahayakan nyawa seseorang.

Selain itu, ramai di antara korang yang memandang rendah akan kepentingan menjaga mental sehingga ada di antara individu yang mengalami kemurungan dan tahap depressi yang berlebihan.

Tahap stress

Walau bagaimanapun, jika korang memiliki tahap stress atau tekanan yang sederhana, ia sememangnya sangat bagus kerana tahap stress yang sederhana boleh membantu korang meningkatkan motivasi serta perkembangan hidup seseorang individu.

Jika tahap stress atau tekanan yang korang alami sangat berlebihan, maka ia boleh menyebabkan diri korang depress dan kemurungan yang boleh membuatkan seseorang individu tersebut melakukan perkara yang tidak baik.

Oleh itu, semua sedia maklum bahawa perkataan kemurungan, depression mahupun anxiety tidak akan pernah lari daripada stress yang di alami oleh seseorang individu kerana ianya adalah mainan perasaan mental seseorang.

Bagi korang yang risau tentang kesihatan mental korang, maka korang perlulah mencari jalan penyelesaian untuk memastikan kesihatan mental korang sentiasa terjamin dengan melakukan ujian DASS KKM online.

Apa itu DASS test?

Pasti ada di antara korang yang tertanya-tanya apa itu DASS KKM online? Dan apa kaitannya dengan kesihatan mental seseorang individu? Oleh itu, di sini akan dinyatakan serba sedikit apa itu ujian DASS KKM online dan apa kaitannya.

Untuk orang yang nak tahu apa itu ujian DASS KKM online, DASS test adalah ujian saringan kesihatan mental atau depression anxiety stress (DASS). DASS test ini merupakan salah satu ujian untuk mengenalpasti simptom awal atau sebagai indikator awal sama ada korang memerlukan rawatan kesihatan mental ataupun tidak.

Untuk makluman korang yang belum mengetahui juga, ujian DASS KKM online ini telah disediakan oleh Public Health Malaysia, KKM. Selain itu, sebagai maklumat tambahan, ujian saringan yang korang lakukan ini, korang akan dapat mengetahui sama ada korang memiliki stress, depression atau kerisaun yang teruk. Namun begitu, korang perlu tahu bahawa ujian DASS KKM online ini bukanlah diagnosis.

Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan semua yang ingin mengambil ujian DASS KKM online ini, ujian DASS KKM ini boleh di ambil secara atas talian ataupun secara online. Hal ini demkian kerana, ianya dapat memudahkan mana-mana individu yang ingin membuat ujian DASS KKM online untuk mengetahui tahap kesihatan mental yang mereka alami.

Bagi korang yang nak ambil ujian DASS, apakah pautan atau laman web yang menyediakan ujian minda sihat ujian DASS KKM online ini? Maka di bawah ini akan dinyatakan:

Ujian DASS KKM selangor

  1. Pautan ujian DASS KKM selangor (diadaptasi oleh Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Ujian DASS Sabah

  1. Pautan ujian DASS Sabah (Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah)

Ujian DASS Johor

  1. Pautan ujian DASS Johor (DASS oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor)

Ujian DASS Labuan

  1. Pautan ujian DASS Labuan (unit psikatari hospital labuan)

Ini merupakan antara pautan atau laman web yang boleh korang buka untuk melakukan ujian DASS KKM online. Namun apa yang penting adalah sepanjang korang menjawab ujian tersebut, korang perlu memastikan setiap jawapan yang diberi adalah betul dan jujur supaya ianya dapat memudahkan korang mendapatkan keputusan yang tepat tentang tahap kesihatan mental korang.

Kesimpulannya, ujian DASS KKM online ini sangat membantu korang yang sedang berasa stress ataupun terganggu untuk melihat sejauh mana tahap emosi mental yang korang alami. Jika korang merasakan yang diri korang sudah berada tahap stress yang melampau ataupun baru merasa tekanan, maka korang adalah amat galakkan mengambil ujian DASS menggunakan mana-mana laman web yang diberi di atas.

Gunakan ujian DASS ini untuk mengukur dan seterusnya mengambil langkah mengatasi masalah stress dan kemurungan yang melampau mengganggu kesihatan fizikal dan mentalkorang. Justeru, diharapakan perkongsian ini dapat membantu korang yang mengalamai masalah stress mahupun kemurungan.

Rujukan Lain

Tahukah korang apakah doa Nabi Yunus dalam perut ikan tersebut? Doa ini banyak kelebihan dan manfaatnya. Terutama untuk yang ditimpa musibah..

Kalau tidak rawat, nanti nak bercakap pun susah. Tahukah korang, bagaimana kahak boleh terjadi? Dan apa pula petua hilangkan kahak cara tradisional?

Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah ini di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut..

Menurut statistik, 2 – 6 orang daripada setiap 1,000 orang adalah penghidap autism. Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang!

Individu disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport & dihalang ke luar negara. Di sini ditunjukkan cara semak senarai hitam imigresen..

Baca beberapa cara nak buang angin dalam badan ni. Cuba dulu, mana tahu berkesan. Kalau dibiar, memang tak selesa jadinya. Nak buat apa pun tak boleh..

Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Jom cuba yang ini..

Munafik ialah berpura-pura mengikuti ajaran agama namun tidak membenarkan dalam hatinya. Oleh itu, artikel ini berkaitan ciri ciri orang munafik..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!