Korang dipanggil ke PSEE Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA pada kali ini? Sampai sekarang masih tak pasti apa benda nak prepare? Dan sampai saat ini pun masih jogging satu Internet untuk cari contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 yg betul-betul bagus? Korang dah boleh stop. Sebab korang da sampai ke destinasi yg betul.
Gagal Peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya. Gagal peperiksaan ini juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi anak yang menjadi permata keluarga – anak yang bakal banyak berjasa. Dan gagal peperiksaan ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi ‘sebutan’ dan ‘kebanggaan’ mak di hadapan kawan-kawannya tatkala membawang atau semasa kenduri kendara.
Di bawah merupakan koleksi 15 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini terdiri daripada 5 contoh soalan Seksyen A (Pengetahuan Am), 5 contoh soalan Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) dan 5 contoh soalan Seksyen C (Kefahaman Bahasa Inggeris).
Nota Penting: Untuk korang yg terpilih ke sesi temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 utk ambilan di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yg dijadualkan pada 5 Februari 2024 – 9 Februari 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga dan bahan persediaan utk jawatan ni boleh korang dapatkan di soalan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini.
Bagi korang yg baru sahaja mendapat panggilan ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 (Kontrak – Tetap) untuk ambilan di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional atau panggilan ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 untuk ambilan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dijadualkan pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.
Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.
Bertuahnya, korang boleh mendapatkan rujukan khas Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada sesi kali ini.
Sekiranya korang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Jadual gaji Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29;
- Gaji minimum – RM1,493.00
- Gaji maksimum – RM5,672.00
- KGT – RM145.00
*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 layak terima.
Deskripsi tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
Berikut adalah senarai tugas seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat :
- Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara.
- Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana.
- Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.
Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / STPM.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00);
Atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia / STAM.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00);
Atau
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)
Dan
Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Jadual Peperiksaan (PSEE) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
1) PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29 DI INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)
TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN
MASA PEPERIKSAAN : 2:00 PETANG – 3:40 PETANG
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/penolong-pegawai-pembangunan-masyarakat-s29-infra
Sila layari laman web:
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 INFRA
Seperti yang dinyatakan di atas, panggilan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 untuk tahun 2021 belum dikeluarkan oleh SPA.
Peperiksaan kali ini adalah untuk menapis calon yang akan ditempatkan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Malaysia. Korang boleh tengok-tengok dan hafal apa yang patut mengenai jabatan ini di portal rasmi INFRA.
Format Peperiksaan (PSEE) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
Format Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 pada sesi 2021 terdapat sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun lepas. Kali ini Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 tidak melibatkan seksyen psikometrik.
Walau bagaimana pun, pada kali ini, calon dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘sangkut’.
Untuk seksyen A, seksyen ini melibatkan pengetahuan am. Calon perlu, paling tidak, mengambil tahu isu-isu semasa di dalam dan luar negara. Calon dicadangkan membaca akhbar bercetak / online dalam julat masa 6 bulan lepas.
Atok cadangkan korang buat sedikit pembacaan mengenai isu kesihatan semasa yang sedang hangat misalnya novel coronavirus. Mungkin ia keluar dalam seksyen A. Siapa tahu kan?
Secara ringkas, Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 mengandungi 3 bahagian utama iaitu :
- Pengetahuan Am – Seksyen A
- Daya Menyelesaikan Masalah -Seksyen B
- Kefahaman Bahasa Inggeris – Seksyen C
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 – Pengetahuan Am
Seperti namanya,apa yang diuji adalah kepekaan calon terhadap isu dan perkembangan semasa di sekeliling kita.
Khususnya dasar awam, pengurusan sumber, sistem pantadbiran dan seumpamanya.
1. Di antara berikut, padanan yang manakah antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kawasan pentadbiran yang TIDAK BENAR?
A. Majlis Daerah – kawasan luar bandar
B. Majlis Tempatan – pekan dan kampung baru
C. Majlis Perbandaran – bandar kecil
D. Dewan Bandaraya – bandar besar
2. Bahagian Sumber Manusia boleh diklasifikasikan sebagai
A. Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C. Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan atau organisasi.
D. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.
3. Inisiatif untuk memudahkan perdagangan seperti yang terkandung dalam Deklarasi Nay Pyi untuk mengembangkan penubuhan Komuniti Ekonomi Asean 2015 sekaligus melaksanakan inisiatif Pasaran Tunggal Asean dan Pangkalan Pengeluaran adalah seperti berikut KECUALI
A. Sistem Transit Kastam Asean.
B. Langkah lain bagi aliran masuk bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan, tenaga buruh mahir dan aliran bebas modal.
C. Sistem Persijilan Kendiri Asean dan Jendela Tunggal Asean.
D. Pelanunan di laut dan penggubahan wang haram.
4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?
A. Ketua Menteri Melaka
B. Ketua Menteri Sabah
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar
5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan jabatan kerajaan di bawah KECUALI
A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Untuk contoh lengkap dan skema jawapan bagi seksyen A Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 berikut :
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengkehendaki calon menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Namun, jangan terlalu bimbang. Sesetengah calon memang mempunyai ‘alergik’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Untuk Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihhi sukatan pelajaran SPM sahaja. Lega bukan?
Berikut beberapa contoh soalan matematik Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 :
1. Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Brunei ialah RM100=$31.56. Berapakah nilai RM jika $157.78?
A) 500
B) 550
C) 600
D) 650
2. Negara X mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara X itu?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
3. Sebuah novel mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam novel tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
4. Atok dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
Untuk lebih banyak contoh soalan (dan jawapan) bagi seksyen B Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 berikut :
Atau pun,
Boleh baca post atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang digeruni sesetengah calon. Kerana inilah seksyen yang mampu memusnahkan impian korang, andai tak lepas.
Inilah seksyen yang ‘membunuh’ impian menggunung ramai calon. Impian nak kasi mak duit poket setiap bulan. Impian nak ringankan beban ayah. Impian untuk membantu majlis kahwin kakak lagi beberapa bulan ke depan ni. Impian untuk tolong bayar yuran pengajian adik-adik..
Soalan diolah dalam bentuk sama ada; petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman, soalan berkaitan grammar dan/atau soalan vocabulary.
Contoh soalan adalah seperti berikut :
1. The clown pulled silly faces to make the children laugh.
The word silly in this sentence means:
A: funny
B: bad
C: tricky
D: scary
2. The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.
i am a good runner
A: i am a good runner.
B: I am a good runner
C: Im a good runner.
D: I am a good runner.
3. Emily has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A: Emily has three animals in total.
B: Emily has more cats than dogs.
C: One of Emily’s cats is black.
D: All of Emily’s dogs have spots.
4. For the little boy, a lolly was tangible, whereas a promise was not.
The word tangible in this sentence means :
A: basic
B: untouchable
C: actual
D: edible
5. Please read the following sentence.
Once Jane lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy…
What will the ending be?
A: after starting.
B: after lifting her pen.
C: once Jane lifted her pen and made a start.
D: once she lifted her pen and made a start.
Untuk lebih banyak contoh soalan seksyen C Peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 berikut :
Atau pun,
Boleh baca perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Tapi tok, kenapa saya kena dapatkan rujukan ni?
1) Hati korang jadi riang gumbira
Nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Tak perlu jogging satu internet cari bahan. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.
2) Guna pengalaman 12 tahun kami secara maksima
Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan berpusat!
3) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah kira mengira. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau..
5) Lagi Merecik..
Lastly, rujukan ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Toyota Vios dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sebab tu la, korang bukan hanya setakat kena dapatkan. Tapi kena dapatkan rujukan contoh soalan S29 ni sekarang juga!
Demikianlah adanya. Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 yang akan korang hadapi pada peperiksaan online kali ini.
Contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 INFRA yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Kalau soalan sebenar, maknanya atok da melanggar kesalahan membocorkan soalan. Tak boleh la begitu.
Lagi pula, memang atok tak tahu pon soalan sebenar peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Itu rahsia rasmi kerajaan..
Penutup
Perkongsian contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ni untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan la. Bagi yang lebih suka kerja swasta, korang baca cara mohon kerja swasta yang atok kongsi sebelum ni.
Oh.. ya, bagi yang dipanggil exam utk jawatan pembantu pembangunan masyarakat gred S19, atok ada sediakan contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ni. Baca ya..
Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam SPA8i, panggilan boleh jadi dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.
Buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online SPA pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna.
Tora datang lagi. Iya.. panggilan exam PSEE SPA untuk M41 yg ditunggu ramai sudah sampai. Jika korang salah sorang calon yang dipanggil, mohon baca contoh soalan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 ni.
Sapa yg dah dapat surat panggilan ke ujian bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu? Exam ni agak rare sebab masih lagi diadakan secara bertulis dan berpusat. Klu korang dapat surat panggilan, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca Contoh Soalan Ujian Bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu.
Last but not least, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia melalui SPA telah membuka pengambilan jawatan Pembantu Keselamatan KP19. Jika korang ada mohon dan dah dipanggil exam, sila dapatkan info penting perjawatan dan exam di contoh soalan peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 CGSO.
Penutup juga
Panggilan exam online PSEE SPA pembantu awam sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil tak beragak ramai. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.
Calon untuk peperiksaan online PSEE SPA pembantu pembangunan masyarakat adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.
Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam SPA8i, panggilan PSEE boleh jadi akan dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.
Buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online PSEE SPA pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna.
Kepada yang bakal menganggotai sektor awam sebagai pembantu perawatan kesihatan aka atendan. Sila jalankan tugas dengan penuh dedikasi setelah dilantik kelak. Jawablah peperiksaan SPA tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuka peluang kepada korang untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Dpt panggilan exam utk jawatan Pegawai Veterinar GV41? Jgn berlengah lagi, terus baca info penting di contoh soalan peperiksaan Pegawai Veterinar GV41 ni.
OK, ni btl2 last. Jawatan penghantar notis mencatatkan jumlah panggilan exam yang agak tinggi. Boleh dikatakan salah satu jawatan yang popuar di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.
Adios dulu dari atok. Gud luck semua!
Assalamualaikum atok, saya cuba memasuki link contoh soalan S29 tetapi link tidak dapat dibuka. Mohon bantuan
Wkslm wani, boleh cuba sekali lagi. Tim da baiki. Rasanya link da boleh bukak tu.