Cara Mandi Wajib Yang Betul

Dalam Islam, golongan yang baru lepas bersetubuh dan juga golongan wanita yang baru lepas kedatangan haid dan nifas diwajibkan untuk melaksanakan mandi wajb. Hal ini demikian kerana, mandi wajib yang dilaksanakan adalah untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada hadas besar. Korang ingat tak cara-cara mandi wajib yang betul?

Cara Mandi Wajib Dengan Betul

Bukan itu sahaja, ianya juga wajib dilaksanakan agar kita sebagai umat islam dapat menunaikan kembali solat lima waktu. Selain itu, bagi korang yang belum mengetahui ataupun sudah lupa, mandi wajib juga dikenali sebagai mandi junub dan ianya tidak boleh dipandang ringan.

Oleh itu, bagi mereka yang telah melakukan persetubuhan atau baru selesai haid perlulah mandi wajib dengan betul agar ibadat yang akan dilakukan sah. Hal ini demikian kerana, sekiranya mandi wajib yang dilaksanakan tidak betul atau tidak lengkap ibadat yang dilakukan tidak sah.

Korang juga boleh menggunakan air apa sahaja untuk mandi wajib sebagai contoh air hujan, air paip atau air pancut kerana apa yang penting air tersebut ialah air mutlak. Justeru setelah mengetahui jenis air yang boleh digunakan dan hukum mandi wajib, mari kita kupas sedikit tentang cara cara mandi wajib yang betul.

Bagi yang belum mengetahui atau yang lupa tentang cara mandi wajib yang betul, cara mandi wajib mempunyai lebih kurang tujuh langkah atau cara dalam melengkapkan urusan mandi wajib.

tata cara mandi wajib yang betul

Langkah pertama dalam tata cara mandi wajib yang betul ialah hadapkan badan ke arah kiblat terlebih dahulu, kemudian kedua-dua belah tangan hendaklah dibasuh sebanyak tiga kali.

Seterusnya korang perlulah berinstinjak atau membasuh kemaluan daripada najis-najis yang menghalang sampainya air ke kulit badan kita. Setelah selesai melakukan langkah pertama, kita akan beralih ke langkah kedua cara mandi wajib.

Langkah kedua cara mandi wajib adalah setelah selesai berinstinjak, korang perlulah mengambil wuduk sebagaimana korang mengambil wuduk untuk menunaikan solat dengan bacaan niatnya ‘sahaja aku berwuduk bagi melakukan mandi wajib, sunat kerana Allah Taala’.

Langkah kedua ini agak sedikit berbanding langkah pertama, namun ianya tetap wajib dilaksanakan kerana jika tertinggal salah satu cara tersebut, ibadah yang akan dilakukan kemudian tidak sah.

Langkah seterusnya ialah langkah ketiga. Korang perlulah membaca basmallah atau bismillahir rahmanir Rahim kemudian niat untuk mandi wajib. Niat yang perlu dibaca ialah:

Niat Mandi Wajib (Hadas Besar)

Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

Niat Mandi Wajib (Haid)

Nawaitu ghusla ‘anil haidhi lillahi ta’ala.

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”

Pastikan air yang disiram ke kepala korang adalah sebanyak tiga kali iaitu dimulai dengan bahagian kanan kemudian bahagian kiri dan yang terakhir bahagian tengah. Setelah melaksanakan langkah ketiga ini, kita akan melihat pula langkah keempat cara mandi wajib yang betul.

Langkah keempat cara mandi wajib yang betul adalah, korang hendaklah menggosok atau meratakan air yang jatuh ke seluruh tubuh badan termasuk celah-celah jari, pangkal rambut, cuping telinga, lubang hidung, lubang dubur dan pusat.

Selain itu, bagi wanita yang mengikat rambut ketika mandi hendaklah diuraikan agar air yang mengalir mengenai seluruh rambut dan kulit kepala.

Hal ini demikian kerana sekiranya ada anggota badan yang tidak mengenai air maka mandi wajib tersebut masih belum dianggap sah mahupun sempurna.

Selain itu, bagi korang yang mandi wajib di sungai atau kolam korang hendaklah melakukan selaman sebanyak tiga kali agar airnya merata keseluruh tubuh badan. Ini merupakan langah keempat untuk cara cara mandi wajib yang perlu korang tahu.

Langkah terakhir adalah setelah semua yang dilakukan selesai, korang hanya perlu membaca doa mandi wajib iaitu:

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya‘.

Setelah selesai membaca doa mandi wajib maka sempurnalah mandi wajib yang korang laksanakan.

Nota: Baca doa mandi wajib ni selepas korang keluar daripada bilik mandi atau tandas.

Kesimpulan

Mandi wajib ini sangat penting dan wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan persetubuhan, setelah keluar haid mahupun nifas kerana ianya mensucikan diri korang sebelum melaksanakan ibadah. Oleh itu, di atas ini telah disenaraikan langkah-langkah dan cara mandi wajib yang betul.

Diharapkan korang dapat memahami dan mempelajari cara cara mandi wajib yang betul yg atok dah kongsikan ini.

Rujukan Lain

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula sambil cuma berdoa lulus sahaja. Doa, doa juga tapi jangan lupa berusaha! Jadi usaha sikit dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, bagi lepasan para SPM atau STPM yg berminat memasuki kerja kerajaan, ketahui apakah tapisan kemasukan sektor awam yg perlu dilalui sebelum korang diambil menjadi kakitangan awam.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang bleh baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Baru pas duduk temuduga SPA minggu lepas? Berdebar menanti keputusan? Kurangkan rasa gementar korang dan baca tanda lulus temuduga kerajaan ini.

Cuti adalah hak korang. Korang perlu tahu mengenainya. Kali ini, atok akan bincangkan cuti sakit pekerja swasta dan lain-lain cuti mengikut Akta Kerja 1955.

Batuk tak hilang lagi? Atok kongsikan serba sedikit tentang petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah..

Kemerosotan ekonomi dijangka berlaku pada tahun 2023 ini. Jom bersedia. Kali ini atok akan kongsikan tentang tips simpan duit gaji kecil..

Banyak ke puasa Ramadan yang tertinggal? Kena ganti tu. Masih ingat niat puasa enam dan puasa ganti ramadan serta kelebihannya?

Leave a Comment

error: Content is protected !!