Cara Menyimpan Duit (Gaji Kecil)

Jika dulu, tidak ramai yang berfikir untuk menyimpan atau menabung duit, namun sekarang sudah pasti ada di antara korang yang telah mencuba sedikit demi sedikit untuk menabung atau menyimpan duit disebabkan ekonomi negara yang kurang stabil. Tambahan lagi, ramai pakar dan badan kewangan meramalkan kejatuhan ekonomi pada tahun 2023 ini. Ini memang berita yang kurang menggembirakan apatah lagi bagi mereka yang bergaji kecil. Justeru, kali ini atok akan kongsikan beberapa cara menyimpan duit (gaji kecil).

Cara menyimpan duit gaji kecil

Namun begitu ada juga di antara korang yang hanya menabung duit dengan kadar yang singkat dan tidak kekal lama disebabkan mereka tidak mengetahui cara atau tips yang betul untuk menabung atau menyimpan duit.

Hal ini demikian kerana, jika korang tahu cara atau tips yang betul untuk menyimpan duit pasti niat korang untuk membuat simpanan duit akan kekal berterusan.

Oleh itu, tips yang akan dikongsikan ini sangat sesuai untuk mereka yang memperoleh gaji yang sedikit tetapi tetap juga mahu menyimpan duit.

Pembahagian perbelanjaan

Untuk pengetahuan korang, pembahagian perbelanjaan merupakan salah satu cara menyimpan duit gaji kecil yang boleh korang aplikasikan dalam kehidupan seharian korang.

Sebagai contoh, korang boleh menggunakan sampul surat atau apa-apa sahaja barang yang boleh digunakan untuk mengasingkan duit-duit perbelanjaan korang.

Setiap pembahagian yang korang buat, korang boleh meletakkan kategori seperti perbelanjaan dapur, pembayaran PTPTN dan pembayaran sewa.

Setelah membahagikannya, lebihan wang pembahagian tersebut korang boleh simpan sebagai duit simpanan.

Melalui lebihan duit simpanan pembahagian perbelanjaan yang korang laksanakan itu secara tidak langsung dapat membantu korang untuk menambahkan wang simpanan.

Hari tanpa berbelanja

Pasti korang tertanya-tanya bagaimana hari tanpa berbelanja, ianya mudah sahaja dimana korang hanya perlu memilih satu atau dua hari yang korang tidak akan berbelanja sesuatu barang pada hari yang dipilih tersebut.

Sebagai contoh, dalam seminggu tersebut, korang telah memilih hari rabu dan Jumaat sebagai hari yang korang tidak akan berbelanja sesuatu barang sebaliknya korang hanya akan menggunakan barang tersebut sekiranya ianya masih ada di rumah.

Contohnya, pada hari rabu kebiasaannya korang suka membeli ice blend di kedai-kedai ternama tetapi pada hari tersebut sebaliknya korang akan cuba membuatnya di rumah sahaja.

Justeru dengan adanya hari tanpa berbelanja ini secara tidak langsung korang dapat menjimatkan setiap perbelanjaan dan ianya akan memberi kesan jangka masa yang panjang dalam proses cara menyimpan duit gaji kecil.

Teknik RM5 sehari

Seterusnya, cara menyimpan duit gaji kecil yang boleh diamalkan adalah dengan membuat simpanan RM 5.00 sehari.

Teknik ini mungkin bagi sesetengah orang agak membebankan tetapi ia sebenarnya membantu korang untuk menyimpan duit dengan lebih banyak.

Sebagai contoh, jika korang menyimpan RM 5.00 sehari, maka sebulan korang akan mendapat lebih kurang RM 150 dan setahun korang berjaya mengumpul RM 1825.

Jumlah simpanan sehari RM 5.00 X 365 hari = RM 1 825.00

Jika dilihat, jumlah simpanan dalam satu hari agak sedikit iaitu sebanyak RM 5.00 namun apabila korang kerap menyimpannya tiap hari, maka jumlah yang kecil tadi akan bertambah menjadi jumlah yang lebih besar.

Namun begitu, ianya berbalik kepada diri korang sendiri iaitu seberapa banyak yang korang ingin simpan untuk sehari.

Lebih tinggi jumlah yang korang simpan dalam sehari lebih banyak jumlah yang korang dapat dalam masa setahun begitu juga sebaliknya.

Tetapi walau bagaimanapun, setiap penyimpanan yang dibuat perlulah mengikut tahap kemampuan gaji yang korang miliki.

Simpanan mengikut bulan

Jika sebelum ini korang menyimpan duit sehari dalam beberapa ringgit. Pada kali ini korang boleh menyimpan duit mengikut bulan.

Sebagai contoh pada bulan Januari iaitu bulan satu korang boleh menyimpan RM 1.00 selama sebulan kemudian pada bulan Februari pula korang boleh menyimpan sebanyak RM 2.00 selama sebulan dan begitulah untuk berikutnya selama setahun.

Hal ini demikian, apabila korang menyimpan dengan tips begitu automatik wang simpanan korang akan melampaui sebanyak lebih kurang RM4000 dan ke atas.

Jumlah yang dikumpul bukanlah jumlah yang kecil tetapi ianya jumlah yang besar yang mungkin melampaui gaji sebulan yang korang perolehi.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara menyimpan duit gaji kecil yang boleh korang gunakan atau amalkan bagi mereka yang berminat dan berniat untuk menyimpan duit.

Semoga tips saving duit yang dikongsikan ini dapat mendatangkan manfaat atau faedah kepada korang semua.

Korang ada tips simpan duit gaji yg unik dan tersendiri? Kemon.. jangan simpan sorang-sorang. Kongsikan dengan atok dalam ruangan komen di bawah utk tatapan pembaca lain.

Cara menyimpan duit gaji RM1000

Korang nak lagi banyak tips saving duit dan mampu menyimpan RM1,000 sebulan dengan mudah?

Tapi korang kena janji, untuk cuba sedaya upaya ikutinya. Kalau boleh janji, insyaAllah impian korang untuk simpan RM1,000 boleh tercapai walau pun dengan duit gaji yang kecil!

Tapi, saya nak cara simpan duit gaji 1500 sebulan? Saya nak cepat kaya!

Tiada masalah. Baca tips di bawah. Tekniknya sama saja. Cuma kena up-kan jumlahnya saja. Dan kena semangat kental la. Kalau main-main, boleh lupakan saja..

Korang baca tips-tips tersebut dalam panduan di bawah..

Cara menyimpan duit gaji RM1000

Rujukan Lain

Bagi korang yang ingat-ingat lupa cara pengiraan zakat pendapatan, artikel ini akan menunjukkan bagaimana cara kira zakat pendapatan dengan tepat..

Anak dah masuk tahun 4 tapi masih tak hafal-hafal sifir? Ibubapa pasti risau. Di sini ada dibincangkan beberapa kaedah mudah hafal sifir..

Anak hanya menguasai kemahiran menulis dan mengira tetapi tidak untuk kemahiran membaca? Atok kongsikan beberapa cara mudah ajar anak membaca..

Ramai pemilik kereta yang mengalami nasib warna kereta putih berubah menjadi kekuningan. Jom baca cara penjagaan kereta warna putih yg wajib dibuat..

Batuk tak hilang lagi? Atok kongsikan serba sedikit tentang petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah..

Barangan sekolah baru boleh menceriakan mood & perasaan anak-anak. Di sini atok list-kan senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli..

Oleh kerana cili-cili kering yg dijual di kedai memiliki rupa yg sama. Jadi, di sini atok bincangkan tips cara pilih cili kering tak pedas..

Hutang keliling pinggang? Mahu bebas daripada hutang dgn segera? Jadi jom kita lihat cara membayar hutang dengan cepat menurut islam..

Individu disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat pasport & dihalang ke luar negara. Di sini ditunjukkan cara semak senarai hitam imigresen..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!