Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Pegawai Farmasi Gred UF41 ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini? Memang tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 KKM yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Pegawai Farmasi UF41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada kali ini.

Nota: Bagi korang yang terlibat dengan sesi temuduga Pegawai Farmasi UF41 utk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 5 Mac 2023 – 17 Mac 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang dapatkan di soalan temuduga Pegawai Farmasi UF41 ini.

Sebelum itu, untuk korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Farmasi UF41 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa terdekat ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan dan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Farmasi UF41.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Farmasi UF41

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Farmasi UF41 secara rasmi di Kementerian Kesihatan Malaysia atau lain-lain kementerian / jabatan / agensi kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i).

Permohonan jawatan sebagai Pegawai Farmasi UF41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pegawai Farmasi UF41 Tahun 2023

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 06 Januari 2023, bilangan kekosongan jawatan Pegawai Farmasi UF41 di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak 316 tempat. Manakala, calon simpanan pula ialah 600 tempat.

Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan akan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pegawai Farmasi UF41 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Pegawai Farmasi UF41 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI FARMASI GRED UF41 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI HINGGA 11:00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pegawai-farmasi-uf41

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yg sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Jadual Gaji Pegawai Farmasi UF41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Farmasi UF41;

Gaji minimum RM2,740.00
Gaji maksimum RM9,656.00
Kenaikan Gaji TahunanRM225.00
Jadual Gaji Pegawai Farmasi Gred UF41

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Farmasi dengan gred UF41 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Farmasi UF41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Farmasi UF41?

Secara am, tugas seorang Pegawai Farmasi UF41 merangkumi skop-skop di bawah:

1) Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atau

2) Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau

3) Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan – menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pegawai Farmasi UF41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UF41: RM2,740.00).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Online Pegawai Farmasi UF41

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Farmasi UF41 untuk tahun 2021 masih belum dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Pegawai Farmasi UF41 berkemungkinan akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikh yang dijadualkan masih di peringkat perbincangan.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Farmasi UF41 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan. Bermula jam 10.00 pagi sampai la jam 11.00 pagi.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yg akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41

Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Farmasi UF41, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pegawai Farmasi UF41 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Pembantu Pegawai Farmasi UF41

Format Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Farmasi UF41 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2020/2021

Format Pegawai Farmasi UF41 – 2016/2017

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Farmasi UF41 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 sesi peperiksaan 2016 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling memeningkan dan memakan banyak masa calon sebenarnya.

Elak ‘Tersilap Bagi Ubat’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai menjalankan tugas-tugas hakiki sebagai Pegawai Farmasi UF41 sehingga tersilap ‘bagi ubat’. Cuma kali ini, bukan menyebabkan kekecohan atau mendatangkan bahaya kepada pesakit. Tetapi akan berakibat sama buruk iaitu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Pegawai Farmasi UF41!

Sementara, untuk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai Duk Mencangkung Sambil Nangis ‘Tepi Jabatan Farmasi’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pandangan mata berpinar’ apabila meneliti soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus pandangan tu kabur-kabur gitu. Padahnya duk mencangkung sambil nangis kat ‘tepi Jabatan Farmasi Hospital’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Pegawai Farmasi UF41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tapi korang jangan terima bulat-bulat kata manis SPA tu.

Ada baiknya korang buat latih tubi yang banyak. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Farmasi UF41 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Izzanatul ialah adik kepada Insyirah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Izzanatul juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Izzanatul untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Uncle Richerd ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Uncle Richerd?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Hamizan membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Hamizan dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Mussin anak Gawing baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Farmasi Gred UF41 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Mussin anak Gawing membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna crimson daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna crimson yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Merentas Desa Kolej Kemuning membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Merentas Desa Kolej Kemuning yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Jadunath dan Munish masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Jadunath mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma tridekagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma tridekagonal O. Prisma tridekagonal P pula lebih berat daripada Prisma tridekagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma tridekagonal M. Susun kedudukan Prisma tridekagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna cadminum green terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW cadminum green terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Pengkalan Kubor ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu F dan ruang tamu G. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu G?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Dorrie Dorothea seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Dorrie Dorothea dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk triskaidekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk triskaidekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Keranji (sejenis buahan liar). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah Keranji tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah Keranji daripada Tajol. Berapakah jumlah buah Keranji yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Mabroom diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Mabroom tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Mabroom tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Mabroom yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pegawai Farmasi UF41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 berikut.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Boleh baca dahulu post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Pegawai Farmasi UF41. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Ganasekaran needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Georgina Hing has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Georgina has three animals in total.
B) Georgina has more cats than dogs.
C) One of Georgina’s cats is black.
D) All of Georgina’s dogs have spots.

3) Sujata’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Hasliana Adeebah lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Hasliana Adeebah lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Harif said to his wife.

A) Harif told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Harif told his wife to cook his special dinner that night.
C) Harif’s wife will cook a special dinner with Harif at night.
D) Harif’s wife told Harif to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Kendall Seam live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Sreelekha __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Llewellyn IVX was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 15).

Sylvia Earle was called a “Hero for the Planet” by Time magazine. She’s an oceanographer, explorer, author, and lecturer.

Sylvia Earle is one of the world’s most famous marine scientists and a National Geographic Explorer-in-Residence. She loves to go diving in the ocean. She has spent a lot of her life both in and under the waves. Earle has led more than a hundred expeditions and she set a record for solo diving in 1,000-metre deep water. In total, she has spent more than 7,000 hours underwater.

Earle describes the first time she went to the ocean: ‘I was three years old and I got knocked over by a wave. The ocean certainly got my attention! It wasn’t frightening, it was thrilling. And since then I have been fascinated by life in the ocean.’

In the past, Earle was the chief scientist of the National Oceanic and Atmospheric Administration in the USA. Now one of her jobs is with Google Earth’s Ocean. Earle’s special focus is on developing a global network of areas on the land and in the ocean. This network will protect and support the living systems that are important to the planet. She explains why this is important: ‘When I first went to the Gulf of Mexico in the 1950s, the sea looked like a blue infinity. It seemed to be too large and too wild to be damaged by the action of people. Then, in a few decades, not thousands of years, the blue wilderness of my childhood disappeared. By the end of the 20th century, about 90 percent of the sharks, tuna, turtles, whales and many other large creatures had disappeared from the Gulf. They had been there for millions of years.’

Some people don’t understand why the ocean is so important to life on Earth. Earle explains that ‘the ocean is the foundation of our life support system. The ocean is alive. The living things in the ocean generate oxygen and take up carbon. If we don’t have the ocean, we don’t have a planet that works.’

The Gulf of Mexico has had many problems, especially after the Deepwater Horizon Oil disaster of 2010, but Earle says, ‘In 2003 I found positive signs in clear, deep water far from the mouth of the Mississippi River. It was full of life. Large areas of the Gulf are not damaged. Protecting the most important places will be good for the future of the Gulf and for all of us.’

9) Who does Sylvia Earle currently work with?

A) the US government
B) Google
C) an oil company
D) Yahoo

10) When did she first go to the Gulf of Mexico?

A) when she was three
B) in 2003
C) in the 1950s
D) in 2009

11) What percentage of animal life had disappeared from the Gulf of Mexico by the year 2000?

A) 20 percent
B) 50 percent
C) 90 percent
D) 95 percent

12) When was there a big oil disaster in the Gulf of Mexico?

A) 2000
B) 2003
C) 2010
D) 2013

13) Which of the statements about Sylvia Earle is NOT true?

A) She’s an experienced expedition leader.
B) She holds a record for the longest time under water.
C) She does one of her favourite activities in her work.
D) She’s an experienced jungle expedition.

14) What does she say about her first experience of the sea?

A) She was afraid of the waves.
B) She enjoyed it very much.
C) She was too young to remember it.
D) She was afraid of the water.

15) The work that Earle is currently doing is based..

A) all over the world.
B) in North America.
C) in the Gulf of Mexico.
D) in South East.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Farmasi UF41 di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 di bawah.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau pun,

Boleh baca dahulu perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41

Untuk sesi 2021, rujukan penuh Pegawai Farmasi UF41 kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Korang jadi insan mulia

Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 ini akan atok salurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 ini, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Farmasi UF41 ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Farmasi UF41, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan online Pegawai Farmasi UF41 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

5) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam rujukan Pegawai Farmasi UF41 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan Penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pegawai Farmasi UF41.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan slide ke kanan utk pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Pada halaman seterusnya, tak perlu isi ruangan ‘cupon’ tu. Lengkapkan billing information dan klik ‘complete your order’.
  6. Halaman seterusnya, pilih online banking korang, tick kotak yg ada dan klik ‘pay’.
  7. Kemudian, korang kena login ke MyBSN atau CIMBClicks atau apa-apa internet banking korang utk selesaikan bayaran.
  8. Korang akan dpt emel yg mengandungi link download rujukan dlm tempoh 24 jam (maksimum).

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 yg terbaik ada di pasaran setakat hari ini. Mengandungi contoh soalan, skema jawapan, penerangan jalan kira dan nota-nota ringkas untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Farmasi UF41 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2020.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 yg akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.

Satu lagi, contoh soalan Pegawai Farmasi UF41 yg atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Ramai yg bilang (bukan siti bilang yer), exam online Penolong Pegawai Veterinar G29 sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Veterinar G29 ni. Mana tahu ada contoh yg atok beri tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Untuk korang yg mungkin akan menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai seorang Pembantu Hal Ehwal Islam S19. Persiapan rapi haruslah dilakukan bagi menghadapi exam online ni. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Hal Ehwal Islam S19.

Tak lupa juga untuk calon exam online SPA Pegawai perikanan G41 ambilan Jabatan Perikanan Malaysia. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Pegawai Perikanan G41. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas untuk cucu atok yg memenuhi kelayakan & sudah dipanggil exam online Pembantu Pertahanan Awam bagi ambilan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.

Dah dapat emel panggilan exam Penolong Pegawai Senibina JA29? Jawatan ni agak rare dan jarang diadakan pengambilan. Antara bahan bacaan yg amat sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Senibina JA29 ni.

Sudah tentu korang dah tahukan, ke tak? Yg exam online Pegawai Pendaftaran Gred KP41 akan dijalankan tidak lama lagi? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, untuk yg dipanggil peperiksaan Pegawai Pendaftaran, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Pendaftaran KP41.

Sape yg sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia? Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41.

Last but not least, khusus untuk calon exam online SPA bagi jawatan Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

Exam Online SPA yg terakhir bagi jawatan Pegawai Pertanian G41 ambilan Kementerian Jabatan Pertanian bagi tahun 2020 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Kepada korang yg dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 ni.

Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yg sedang membadai negara, sesi exam online SPA untuk jawatan Leftenan Muda Maritim T13 mungkin tetap akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Kepada yg terlibat, sila penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Leftenan Muda Maritim T13 ni.

Khas korang yg hado mengisi jawatan Penolong Pegawai Pertanian G29 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam online telah diumumkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertanian G29.

Kepada mereka dijangka akan menjadi kakitangan Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai Penolong Juruukur Bahan JA29. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi KKR k..

KKM sedang mengalukan kedatangan calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yg akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online online SPA bagi jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 ni.

Kepada korang layak & barangkali telah selamat menerima emel panggilan ke peperiksaan online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam online SPA ni juga sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yg atok kongsi sebelum ni.

Emel panggilan exam online SPA Pegawai Veterinar GV41 masih belum dikeluarkan oleh SPA. Tapi, dengar khabarnya, jumlah yg dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Veterinar GV41 ni.

OK, ni btl2 last. Calon exam SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Keadaan sama dijangka tahun ini. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Leave a Comment

error: Content is protected !!