Senarai Keperluan Barang Sekolah Rendah

Setiap kali memasuki tahun baru, ibu bapa akan membuat senarai rancangan perbelanjaan keperluan sekolah untuk anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana, kelengkapan sekolah sangat penting bagi anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan. Tambahan pula, jika ibu bapa membeli segala keperluan barang sekolah yang baru untuk anak-anak ianya boleh menceriakan mood atau perasaan dan juga dapat menaikkan tahap keyakinan diri anak-anak tersebut. Justeru, di sini atok akan list-kan beberapa senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli oleh ibu bapa.

Senarai Keperluan Barang Sekolah Rendah

Bagaimanapun, setiap kali ibu bapa membeli peralatan atau keperluan barang sekolah pasti akan ada beberapa peralatan atau keperluan barang sekolah yang tercicir atau terlupa untuk membelinya. Oleh itu, menulis atau menyenaraikan keperluan sekolah anak-anak terutama bagi anak-anak sekolah rendah sangat penting bagi mengelakkan kecuaian dalam pembelian barang sekolah.

Baju Uniform Sekolah

Antara senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dimasukkan dan dibeli adalah baju uniform sekolah. Hal ini demikian kerana, baju uniform sekolah adalah keperluan utama bagi anak-anak yang akan bersekolah.

Apabila mereka memakai baju uniform sekolah yang baru secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan mereka dan sekaligus dapat menceriakan mood mereka untuk hadir ke sekolah. Oleh itu, baju uniform sekolah adalah salah satu senarai keperluan barang sekolah rendah yang penting bagi ibu bapa untuk membelinya terutama bagi anak-anak tadika yang akan memasuki sekolah rendah.

Stoking dan Kasut Sekolah

Selain itu, senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak yang akan memasuki sekolah adalah stoking dan kasut. Hal ini demikian kerana, stoking dan kasut juga salah satu keperluan barang sekolah yang perlu dibeli untuk anak-anak supaya dapat mengelakkan kaki anak-anak melecet serta mengurangkan geseran semasa berjalan.

Namun berikut, ibu bapa harus memastikan stoking anak-anak yang dibeli mestilah berwarna putih. Hal ini demikian kerana, setiap sekolah telah menetapkan etika pemakaian bagi murid-murid untuk memakai stoking sekolah berwarna putih.

Beg Sekolah

Seterusnya senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli oleh ibu bapa selain uniform sekolah, stoking dan kasut adalah beg sekolah. Beg sekolah adalah keperluan yang penting bagi anak-anak kerana beg sekolah adalah salah satu medium atau tempat untuk anak-anak menyimpan buku-buku sekolah dan membawanya ke sekolah.

Namun begitu, ibu bapa perlu memastikan beg sekolah yang dibeli lebih fleksibal untuk anak-anak gunakan agar beg yang digunakan lebih tahan lasak. Oleh itu, beg sekolah juga merupakan salah satu senarai keperluan barang sekolah rendah.

Alat Tulis

Bagi anak-anak yang akan memasuki sekolah terutama sekolah rendah, mereka sangat memerlukan alat tulis seperti pensil, pembaris, pemadam dan kotak pensil. Alatan-alatan ini sememangnya wajib dan perlu dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak. Hal ini demikian secara tidak langsung menjadikan alat tulis sebagai senarai kelengkapan sekolah rendah.

Tambahan pula, jika ibu bapa tidak menyenaraikan alatan tulis dalam senarai kelengkapan sekolah anak-anak, bagaimana anak-anak hendak belajar dan menulis di sekolah? Justeru itu, alatan tulis sangat-sangat diperlukan oleh anak-anak yang akan bersekolah dan alatan seperti ini tidak boleh dilupakan dalam senarai pembelian.

Pembalut Buku

Bagi anak-anak yang bersekolah tadika, pembalut buku sememangnya tidak digalakkan untuk digunakan. Namun begitu, berbeza untuk anak-anak sekolah rendah dimana pembalut buku harus berada dalam senarai keperluan barang sekolah rendah kerana buku-buku yang dibeli dan buku teks yang dipinjamkan oleh pihak sekolah bolehlah dibalut agar kelihatan kemas dan tidak mudah koyak.

Tambahan pula, jika buku-buku tersebut dibalut secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada buku kotor atau basah ketika hari hujan. Justeru, pembalut buku sememangnya menjadi salah satu senarai kelengkapan barang sekolah rendah.

Botol Air

Ya, jangan lupa. Botol air juga kena korang masukkan ke dalam senarai kelengkapan barang di manja. Kelalaian ibubapa menyediakan botol air mengakibatkan anak-anak terpaksa meminta air daripada kawannya apabila sudah terlalu dahaga. Pastikan botol yang disediakan adalah BPA free dan bebas daripada bahan-bahan berbahaya lain.

Kesimpulannya

Terdapat banyak lagi senarai kelengkapan barang sekolah rendah yang perlu di ketahui oleh ibu bapa bagi mengelakkan keperluan barang sekolah anak-anak tercicir daripada senarai pembelian barang. Oleh itu, bagi ibu bapa yang hendak membeli barang keperluan sekolah anak-anak perlulah menyemak dahulu senarai-senarai keperluan barangan sekolah agar keperluan barangan anak-anak untuk ke sekolah sentiasa lengkap.

Rujukan Lain

Cuti adalah hak korang. Korang perlu tahu mengenainya. Kali ini, atok akan bincangkan jenis-jenis cuti pekerja swasta mengikut Akta Kerja 1955.

Mandi wajib dilaksanakan untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada najis hadas besar. Korang ingat tak cara mandi wajib dengan betul?

Bagi korang yang ingat-ingat lupa cara pengiraan zakat pendapatan, artikel ini akan menunjukkan bagaimana cara kira zakat pendapatan dengan tepat..

Anak dah masuk tahun 4 tapi masih tak hafal-hafal sifir? Ibubapa pasti risau. Di sini ada dibincangkan beberapa kaedah mudah hafal sifir..

Anak dah nak masuk tahun 3 tapi hanya menguasai kemahiran menulis dan mengira tetapi tidak untuk kemahiran membaca? Atok kongsikan beberapa cara nak ajar anak membaca..

Ramai pemilik kereta yang mengalami nasib warna kereta putih berubah menjadi kekuningan. Jom baca tips penjagaan kereta warna putih yg korang boleh cuba buat sendiri..

Batuk tak hilang lagi? Atok kongsikan serba sedikit tentang petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah..

Bimbang rekod kewangan telah disenaraihitam oleh pihak bank? Sini atok bincangkan seringkasnya bagaimana cara semak blacklist bank negara..

Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah ini di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!