Senarai PULAPOL Di Malaysia

Bagi anak-anak muda yang berminat dan bercita-cita untuk menjadi seorang Polis, korang perlulah mengetahui serba sedikit mengenai PULAPOL atau Pusat Latihan Polis dek kerana ianya merupakan salah satu pusat yang merangkumi aspek latihan, akademik atau praktikal bagi yang terpilih untuk menjadi seorang polis. Untuk pengetahuan korang, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) ini bukan sahaja terletak di Kuala Lumpur, tetapi juga ianya bercabang di beberapa buah negeri. Justeru, bagi korang yang ingin mengetahui di manakah Pusat Latihan Polis ini berada selain di PULAPOL Kuala Lumpur, di bawah ini akan dinyatakan tentang beberapa senarai PULAPOL di Malaysia berserta dengan sedikit sebanyak latar belakangnya.

Senarai PULAPOL Di Malaysia

PULAPOL merupakan singkatan bagi nama penuh ‘Pusat Latihan Polis’ di mana ianya merupakan sebuah akademi polis tertua di Malaysia. Pusat Latihan Polis ini telah dibentuk oleh Kapten Graham iaitu pegawai kontinjen negeri-negeri melayu.

Ingat ya, PULAPOL. Bukan PULAPOR. Ada juga yang tersilap dan menyebutnya pulapor.

Untuk pengetahuan korang juga, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) ini dahulunya terletak di Jalan Henry Gurney, Kuala Lumpur dan ianya merupakan tempat di mana polis-polis dilatih di bawah kerajaan.

Justeru, bagi anak-anak muda yang baru menamatkan pengajian sama ada di peringkat menengah mahupun universiti, jika korang berminat untuk menyertai Pusat Latihan Polis (PULAPOL), korang perlu mengetahui serba sedikit mengenai PULAPOL ini dahulu.

Senarai PULAPOL di Malaysia setakat ini

Memang kerajaan ada bercadang untuk mewujudkan PULAPOL di setiap negeri. Tapi setakat ini, berikut adalah senarai PULAPOL di Malaysia yg ada.

1) PULAPOL Jalan Semarak, Kuala Lumpur
2) PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang Selangor
3) PULAPOL Ayer Hitam, Negeri Sembilan
4) PULAPOL Segamat, Johor
5) PULAPOL Langkawi, Kedah
6) PULAPOL Sarawak
7) PULAPOL Dungun, Terengganu
8) PULAPOL Perak
9) PULAPOL Kota Kinabalu

Ini merupakan antara senarai Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang terdapat di Malaysia ini. Namun begitu, selain korang perlu mengetahui senarai PULAPOL yang terdapat di Malaysia, korang juga kena tahu sedikit sebanyak latar belakang beberapa PULAPOL di bawah.

PULAPOL Bukit Sentosa

Bagi korang yang ingin mengetahui serba sedikit tentang latar belakang PULAPOL Bukit Sentosa, Kolej Swasta iaitu Institut Maxisegar dan Kolej Aman adalah merupakan bangunan asal yang telah terbiar kosong lebih kurang tujuh tahun sebelum ianya di jadikan sebagai Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa.

Bukan itu sahaja, PULAPOL Bukit Sentosa ini juga telah membuat beberapa pengubahsuaian bagi memenuhi aspek latihan kepolisan. Selain itu, menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi pegawai awam yang berkhidmat di dalam PDRM merupakan fungsi utama Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa ini dilaksanakan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kursus lain yang dilaksanakan di PULAPOL Bukit Sentosa ini iaitu Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel, Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Sokongan, Kursus Pengacaraan dan Pengurusan Majlis dan juga beberapa kursus atau program yang lain.

PULAPOL Segamat Johor

Selain PULAPOL Bukit Sentosa, PULAPOL Segamat Johor juga merupakan salah satu daripada senarai PULAPOL di Malaysia. Untuk makluman korang, PULAPOL Segamat ini dibina pada pertengahan 2009 dan nama asal bagi PULAPOL Segamat ini ialah Pusat Latihan Polis Zon Selatan (PLPZS).

Bukan itu sahaja, PULAPOL Segamat ini dibina bertujuan untuk menggantikan PULAPOL di Muar Johor dan pertukaran nama baharu iaitu PLPZS kepada PULAPOL juga bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan mengawal perjalanan latihan di institusi dan pusat latihan PDRM yang ada.

PULAPOL Ayer Hitam, Negeri Sembilan

Seterusnya, PULAPOL Ayer Hitam, Negeri Sembilan dulunya di kenali sebagai PULAPAH. Kawasan PULAPOL Ayer Hitam ini dikelilingi oleh gugusan tanah rancangan Felda Serting Hilir, Negeri Sembilan dan Felda Tembangau, Pahang.

Bukan itu sahaja, di awal penubuhan PULAPOL sehingga kini, pusat tersebut telah melahirkan lebih kurang 37,381 anggota polis yang terdiri daripada konstabel lelaki dan wanita beserta konstabel sokongan lelaki dan juga wanita.

Kesimpulannya, bagi golongan muda yang ingin mengetahui pusat PULAPOLyang terdapat di Malaysia, maka senarai di atas merupakan antara senarai PULAPOL di Malaysia yang boleh korang rujuk.

Di atas juga telah dihuraikan serba sedikit tentang latar belakang beberapa PULAPOL yang ada. Oleh itu, diharapkan senarai di atas ini dapat membantu korang terutama golongan muda yang ingin menyertai PULAPOL.

PULAPOL tertua di Malaysia

PULAPOL (Pusat Latihan Polis) tertua di Malaysia adalah PULAPOL Lumut. PULAPOL Lumut didirikan pada tahun 1932, di Perak.

PULAPOL Lumut merupakan pusat latihan asas bagi anggota polis yang baru berkhidmat dan juga merupakan tempat latihan khas bagi anggota polis dari seluruh negara.

Selain itu, ia merupakan tempat latihan bagi jurulatih dan pengajar polis. PULAPOL Lumut juga merupakan tempat latihan bagi anggota polis dari negara-negara luar yang datang untuk mengikuti latihan.

Tempoh latihan di PULAPOL

Tempoh latihan di PULAPOL (Pusat Latihan Polis) adalah bergantung kepada jenis latihan yang diambil. Latihan asas Polis bermula dari 13 minggu hingga 26 minggu.

Rujukan Lain

Ada yg sampai bertengkar mempertahankan sebutan masing-masing. Jadi mana satukah sebutan yang betul? Adakah Ikan Talapia atau Ikan Tilapia?

Atok ringkaskan di sini kelayakan cuti kakitangan awam setakat yang termampu, kalau ada tersilap mohon betulkan di ruangan komen. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Selangor 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Selangor bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Bagi individu yg tinggal di Selangor dan nak ambil lesen memandu, korang semak senarai pusat latihan memandu di Selangor di sini. Selamat belajar..

Bagi pesara atau ahli keluarga pastinya ingin mengetahui jadual tarikh bayaran pencen 2023 pesara kerajaan bukan? Jadi, mari lihat di sini..

Korang ragu-ragu kehalalan sesuatu produk? Logo halal ada tapi belum tentu ada sijilnya. Jom baca tiga cara semak status halal JAKIM online..

Tak dpt tido malam sebab anak demam selsema? Baca dulu newborn selsema & cara mengatasinya yang boleh ibu bapa lakukan. Mudah-mudahan berkesan..

Di sini diterangkan cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya bagi individu yang baru mula membuka KWSP..

Rasanya yang enak dan memiliki banyak kebaikan. Persoalannya, menghasilkan telur separuh masak berapa minit? Jadi, ini dia cara yang betul!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!