Senarai Pusat Latihan Memandu Di Selangor

Pengambilan lesen memandu sebenarnya boleh diambil di mana-mana pusat memandu. Tak kisah pun. Cuma lebih baik yang terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal korang dan tidak digalakkan untuk mengambil lesen yang jauh dari kawasan korang. Hal ini demikian kerana, ianya akan menyusahkan korang nanti untuk datang ke pusat tersebut bagi mendengar ceramah dan mengambil ujian yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, bagi individu yang tinggal di Perak bolehlah pergi ke pusat memandu di negeri Perak. Begitu juga bagi individu yang tinggal di negeri-negeri lain. Tapi untuk kali ini, bagi individu yang tinggal di negeri Selangor tetapi tidak mengetahui kawasan mana yang mempunyai tempat untuk mengambil lesen memandu, maka di bawah ini adalah beberapa senarai pusat latihan memandu di Selangor.

Senarai Pusat Latihan Memandu Di Selangor

Sebagai peringatan, bagi individu yang ingin membawa kenderaan sama ada motorsikal, kereta, lori mahupun bas perlulah mempunyai lesen terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana, undang-undang jalan raya telah menetapkan sesiapa sahaja yang memandu kenderaan perlulah mempunyai lesen memandu yang telah sah. Sekiranya individu tersebut tidak mempunyai lesen ianya sudah menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan. Namun begitu, bagi sesiapa yang hendak mengambil lesen memandu perlulah memastikan bahawa umur korang sudah melepasi had umur yang telah ditetapkan untuk mengambil lesen.

Senarai Pusat Latihan Memandu di Selangor

Berikut di bawah ini merupakan beberapa senarai pusat latihan memandu di Selangor yang boleh perlu ketahui.

1) Pusat Latihan Memandu Petaling

Bagi pusat latihan memandu Petaling korang boleh pergi ke lokasi atau kawasan yang disediakan iaitu:

  • Manducekap Hi-Tech Sdn.Bhd yang terletak di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 25 Sri Muda Shah Alam, Selangor dan juga Perfect Driving Academy Sdn.Bhd yang terletak di Taman Puchong Prima, Puchong, Selangor.

Ini merupakan antara lokasi pusat latihan memandu yang terdapat di Petaling, Selangor.

2) Pusat Latihan Memandu Klang

Bagi lokasi pusat latihan memandu di Klang pula adalah seperti berikut:

  • Pusat Latihan Memandu Kenderaan Klang Sdn.Bhd yang terletak di jalan Kapar,
  • Seterusnya, Rakan Ehsan Driving Academy Sdn.Bhd yang terletak di Klang Selangor, dan
  • Pusat Latihan Memandu Uji Niaga Sdn.Bhd yang terletak di Pelabuhan Klang.

3) Pusat Latihan Memandu Kuala Selangor

  • Akademi Memandu Gabungan Dunia Sdn.Bhd yang terletak di Kuala Selangor.

4) Pusat Latihan Memandu Sepang

  • Institusi Kemahiran Memandu Sepang (IKMAS) Sdn.Bhd yang terletak di Salak Tinggi, dan
  • Pusat Latihan Memandu Cemerlang Berhad yang terletak di Dengkil, Selangor.
  • Bukan itu sahaja, pusat latihan memandu juga terdapat di Persona Presint Sdn.Bhd yang terletak di Sepang.

5) Pusat Latihan Memandu Kuala Langat

  • Pusat Latihan Memandu Kenderaan Banting Kuala Langat Sdn.Bhd yang terletak di Kampung Simpang Morib,
  • Institusi Memandu Malayan Sdn.Bhd yang terletak di Sungai Buloh, Ijok dan
  • Excellence Automotive Driving Sdn.Bhd yang terletak di Kampung Seri Cheeding.

6) Pusat Latihan Memandu Gombak dan Rawang

  • Harmony Driving Academy Sdn.Bhd yang terletak di Rawang, Selangor.

7) Pusat Latihan Memandu Hulu Langat

  • Akademi Memandu Shah Alam (M) Sdn.Bhd yang terletak di Sungai Merab Luar Kajang Selangor.

8) Pusat Latihan Memandu Puchong

  • Metro Driving Academy (Puchong) Sdn.Bhd yang terletak di Pulau Meranti.

9) Pusat Latihan Memandu Shah Alam dan PJ

  • Pusat Latihan Memandu Shah Bandar yang berada di Klang, Selangor; dan
  • Safety Driving Centre (SEL) Sdn.Bhd yang berada di Petaling Jaya Selangor.

10) Pusat Latihan Memandu Sabak Bernam

  • Institut Memandu Asia Sdn.Bhd yang terletak di Sungai Besar, Sabak Bernam; dan
  • Akademi Memandu Indah Sabak Sdn.Bhd yang terletak di Jalan Sekendi, Sabak Bernam, Selangor.

11) Senarai Penuh Pusat Latihan Memandu Di Selangor

Untuk senarai penuh pusat latihan memandu di negeri Selangor, korang boleh rujukan di Portal JPJ – list of driving school.

Harga Lesen Memandu

Bagi mengelakkan manipulasi daripada institut memandu dan terjadinya kekeliruan di kalangan pengguna, kerajaan Malaysia telah menetapkan julat harga bagi lesen memandu berdasarkan kelas lesen seperti di bawah.

Kadar harga yang ditetapkan mengikut kelas:

  • Lesen Motosikal Kelas B2 (tidak lebih 250 cc) – Antara RM350 hingga RM450
  • Lesen Motorsikal Kelas B FULL (lebih 500 cc) – Antara RM900 hingga RM1100
  • Lesen Kereta Kelas Manual D – Antara RM1150 hingga RM1300
  • Lesen Kereta Kelas Automatik  DA – Antara RM1250 hingga Rm1500

Ini adalah julat harga lesen memandu yang dicadangkan oleh kerajaan. Sesetengah pusat latihan mungkin sedikit mahal kerana turut mengenakan caj-caj tambahan seperti sewa kenderaan, sewa tapak, kos bahan api dan sebagainya namun harga yang dikenakan perlulah berada di dalam julat yang telah ditetapkan.

Sebagai pelanggan, korang kena bijak dan buatlah perbandingan harga antara pusat memandu. Pilihlah yang lebih rendah atau pun yang lebih munasabah.

Penutup

Senarai di atas ini merupakan antara beberapa cawangan atau senarai pusat latihan memandu di Selangor yang boleh korang kunjungi terutama bagi individu yang tinggal di negeri Selangor. Justeru, bagi individu yang tinggal berdekatan dengan kawasan atau senarai yang dinyatakan di atas, bolehlah datang ke pusat-pusat latihan tersebut untuk mendaftar kelas bagi mendapatkan lesen memandu kereta atau menunggang motosikal.

Rujukan Lain

Korang berniaga di shopee? Follower masih ciput? Jom baca dua cara naikkan follower di shopee di sini. Ada yg mudah dan ada yang leceh. Pilih-pilih..

Nak tgk di panggung mana tu? GSC, LFS, TGV, MBO atau MMC? Tak kira panggung mana, cara beli tiket wayang online semua panggung tu ada di sini..

Mencari jenama tudung sememangnya penting bagi mereka yang menghasilkan tudung tersendiri dan menjualnya. Baca tips mencari idea jenama tudung ni..

Dalam artikel ini dikongsikan beberapa keperluan untuk memulakan penternakan kambing yg mesti korang tahu sebelum memulakan projek ternakan.

Ada yg sampai bertengkar mempertahankan sebutan masing-masing. Jadi mana satukah sebutan yang betul? Adakah Ikan Talapia atau Ikan Tilapia?

Atok ringkaskan di sini kelayakan cuti penjawat awam setakat yang termampu, kalau ada tersilap mohon betulkan di ruangan komen. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Selangor 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Selangor bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Koleksi ucapan hari lahir untuk orang tersayang yg korang boleh tiru dan edit. Berikan kpd ibu bapa, isteri, sahabat, adik beradik & sebagainya..

Kali ini Atok akan kongsikan kelebihan selawat jibril yang antaranya membuka pintu rahmat dan menyingkap pintu rezeki. Mudah-mudahan korang boleh amalkan..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!