Harga Renew Lesen Memandu 2024

Setiap tahun, individu-individu yang memiliki kenderaan pasti ingin mengetahui harga renew lesen memandu supaya mereka dapat membuat pembayaran dengan segera. Tidak terkecuali juga bagi tahun 2024, di mana, pasti ada di antara korang yang ingin mengetahui harga renew lesen memandu 2024.

Harga Renew Lesen Memandu 2024

Untuk makluman korang, lesen memandu ini boleh di-renew di JPJ Negeri / Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, Kios eKhidmat dan Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB) dan bagi tempoh untuk renew lesen memandu yang dibenarkan adalah selama 1,2,3,4 atau 5 tahun sahaja. Jadi, bagi individu yang ingin mengetahui harga renew lesen memandu 2024, kali ini dikongsikan harga renew lesen yang perlu korang tahu.

Lulus dan mendapat lesen kenderaan merupakan sesuatu yang sangat menggembirakan bagi individu yang sudah berusaha gigih untuk mendapatkan lesen. Namun begitu, bagi individu yang sudah lama mempunyai lesen memandu, mereka perlulah membuat pembaharuan lesen atau ‘renew’ lesen memandu.

Ini untuk memastikan mereka dapat bergerak dengan hati yang tenang dan tiada saman dikenakan akibat tidak memperbaharui lesen memandu. Untuk pengetahuan korang, urusan pembaharuan lesen memandu Malaysia atau renew lesen ini boleh dilakukan di pejabat pos di seluruh Malaysia sejak tahun 2016 lagi.

Walau bagaimana pun, pada masa kini teknologi di Malaysia kian canggih dan sistem online semakin menjadi pilihan dan keutamaan rakyat. Hal ini tidak terlepas juga bagi urusan renew lesen ini, di mana urusan renew lesen ini boleh juga dibuat secara atas talian atau online bagi memudahkan urusan orang ramai.

Bagi yang insuran kereta dah nak mati tu, dan perlu memperbaharui insurans kereta secara online sebab malas nak cari parking. Korang boleh baca Cara Renew Roadtax Dan Insuran Kereta ni.

Walau bagaimanapun, masih ramai juga golongan muda dan juga tua yang menggunakan kaedah secara manual di kaunter untuk membuat pembayaran renew lesen berbanding menggunakannya secara online. Namun begitu, perkara yang penting dan sangat dinantikan oleh individu yang memiliki kenderaan adalah harga renew lesen memandu.

Nota: Orang Selangor yang baru nak buat driving license, adik ke atau anak sulung mungkin. Boleh semak Senarai Pusat Latihan Memandu Di Selangor ni.

Harga Renew Lesen Memandu 2024

Berikut merupakan harga renew lesen memandu 2024 yang dikongsikan maklumatnya dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Harga renew lesen kereta 2024

  • 1 tahun – RM 30.00
  • 2 tahun – RM 60.00
  • 3 tahun – RM 90.00
  • 4 tahun – RM 120.00
  • 5 tahun – RM 150.00

Harga renew lesen motosikal 2024

Berikut pula merupakan harga lesen memandu bagi kenderaan motosikal.

  • 1 tahun – RM 20.00
  • 2 tahun – RM 40.00

Ini merupakan antara harga renew lesen memandu 2024 bagi kenderaan seperti kereta dan motosikal, di mana harga renew lesen kenderaan jenis kereta adalah dari 1 tahun hingga 5 tahun manakala bagi kenderaan jenis motosikal adalah dari 1 tahun sehingga 2 tahun sahaja.

Untuk senarai penuh harga renew lesen memandu 2024 yang dikeluarkan oleh pihak JPJ, korang boleh semak jadual harga lesen memandu berikut:

JENIS LESENKADAR BAYARAN WARGANEGARA (RM)KADAR BAYARAN BUKAN WARGANEGARA (RM)TEMPOH
LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)   
1. Kelas A2.003/6 bulan
2. Kelas B2 (tunggal)2.00/4.002.00/4.003/6 bulan
3. Kelas B/C20.00/40.0020.00/40.003/6 bulan
4. Kelas D dan lain-lain30.00/60.0030.00/60.003/6 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)   
1. Kelas A/A12.002 tahun
2. Kelas B2 (tunggal)2.00120.002 tahun
3. Kelas B/C40.00120.002 tahun
4. Kelas D/DA/F/G/H/I60.00120.002 tahun
LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)   
1. Kelas A/A12.001 tahun
2. Kelas B2 (tunggal)/B/C20.0060.001 tahun
3. Kelas D/E/F/G/H/I30.0060.001 tahun
LESEN MEMANDU VOKASIONAL   
1. Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON20.001 tahun
2. Permit Memandu Antarabangsa (IDP)150.00150.001 tahun
3. Salinan Lesen Memandu20.0020.00
4. Cabutan Maklumat Lesen Memandu10.0010.00
5. Pindaan Maklumat Lesen Memandu10.0010.00
6. Tambah Kelas Lesen Memandu5.005.00

Renew Lesen Online

Korang nak renew lesen online? Bagi memudahkan korang renew lesen memandu, korang boleh buat secara online kini melalui melalui Portal MyEG.

Anda boleh ikuti 7 langkah di bawah untuk cara renew lesen online melalui Portal MyEG:

LANGKAH 1: Buka Portal MyEG

LANGKAH 2: Tekan butang Driving Licence Renewal atau Pembaharuan Lesen Memandu CDL

LANGKAH 3: Tekan Proceed

LANGKAH 4: Semak info yang terpapar adalah tepat dan betul, kemudian klik Proceed

LANGKAH 5: Buat pembayaran secara online, pilih menggunakan Internet banking atau Credit Card korang

LANGKAH 6: Tunggu dalam tempoh 8-9 hari selepas pembayaran berjaya, penghantaran akan dilakukan oleh runner MyEG terus ke pintu rumah korang

LANGKAH 7: Alhamdulillah, telah selamat sampai ke rumah. Tak perlu hadap jem.

renew lesen memandu di kaunter JPJ

Selain perlu mengetahui harga renew lesen memandu 2024, korang juga perlu mengetahui cara renew lesen memandu di Jabatan pengangkutan jalan (JPJ).

1) Korang perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan yang berdekatan.
2) Pastikan MyKad atau pasport asal dan lesen memandu asal atau salinan dibawa bersama.
3) Ambil nombor giliran dan duduklah menunggu sambil main henpon
4) Sampai turn korang, terus ke kaunter dan nyatakan hajat nak renew lesen
5) Bayar harga lesen, ambil lesen memandu baru bersama resit kemudian balik

Itu jika pemilik kenderaan sendiri yang datang ke JPJ.

Bagi yang minta tolong wakil misalnya adik beradik atau bapa, berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan atau yang harus dibawa semasa renew lesen.

1) Sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil maka MyKad atau passport asal atau salinan pemohon diperlukan.
2) Pengenalan diri asal wakil serta lesen memandu asal atau salinan.
3) Dokumen pengenalan diri wakil yang asal.
4) Satu gambar berwarna tetapi berlatar putih berukuran 25mm x 32mm (wakil sahaja)
5) Pasport yang dipegang masih berkuatkuasa (jika warga asing).

Renew Lesen Pejabat Pos

Kalau jarak ke pejabat JPJ dari rumah korang lebih jauh berbanding Pejabat Pos, korang juga boleh renew lesen di Pejabat Pos.

Untuk makluman, jenis lesen kereta yang boleh diperbaharui di Pejabat Pos ialah Lesen LDL dan CDL. Sementara itu, untuk lesen kereta jenis Lesen PDL (Lesen Memandu Percubaan) dan GDL (Lesen Kenderaan Barangan) masih perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.

Syarat-syarat pembaharuan lesen memandu di Pejabat Pos

Untuk pembaharuan lesen memandu di pejabat pos, korang kena memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Tempoh pembaharuan hanya dibenarkan selama 1 tahun hingga 5 tahun sahaja.
  • Tidak disenarai hitam

Korang hanya perlu membawa benda-benda berikut ke Pejabat Pos:

  • Kad Pengenalan
  • Lesen memandu asal
  • Slip lesen* (ini hanya untuk pembaharuan lesen memandu kali pertama sahaja)

Cara renew lesen Pejabat Pos

  • Ambil nombor giliran dan tunggulah.
  • Bila nombor korang dah dipanggil, terus ke kauntar Pos.
  • Serahkan lesen memandu dan Kad Pengenalan korang kepada petugas kaunter.
  • Tunggu lesen memandu korang disemak dan diproses.
  • Buat pembayaran mengikut amaun yang dinyatakan oleh petugas.
  • Bayaran adalah termasuk caj perkhidmatan Pos sebanyak RM2.

Itulah dia sedikit perkongsian mengenai harga renew lesen memandu 2024 berserta dengan cara dan juga senarai dokumen yang di perlukan semasa korang hendak renew lesen memandu. Justeru, bagi individu yang masih tertanya-tanya tentang harga renew lesen, di atas telah dinyatakan harga renew lesen untuk tahun 2024. Oleh itu, diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu individu-individu yang ingin renew lesen memandu mereka.

Rujukan Lain

Atok ringkaskan di sini kelayakan cuti kakitangan awam setakat yang termampu, kalau ada tersilap mohon betulkan di ruangan komen. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Selangor 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Selangor bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Bagi individu yg tinggal di Selangor dan nak ambil lesen memandu, korang semak senarai pusat latihan memandu di Selangor di sini. Selamat belajar..

Bagi pesara atau ahli keluarga pastinya ingin mengetahui jadual tarikh bayaran pencen 2023 pesara kerajaan bukan? Jadi, mari lihat di sini..

Korang ragu-ragu kehalalan sesuatu produk? Logo halal ada tapi belum tentu ada sijilnya. Jom baca tiga cara semak status halal JAKIM online..

Tak dpt tido malam sebab anak demam selsema? Baca dulu newborn selsema & cara mengatasinya yang boleh ibu bapa lakukan. Mudah-mudahan berkesan..

Bagi korang yang ingin mengetahui di manakah Pusat Latihan Polis berada selain di Kuala Lumpur, ini dia beberapa senarai PULAPOL di Malaysia..

Jadual tarikh bayaran PERKESO 2024 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. Moga bermanfaat..

Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2023 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!