Apa menu sarapan kegemaran korang? Ada yang di kalangan kita memang suka menu yang ada telur. Misalnya, roti canai telur, roti bakar telur goyang, mee goreng telur mata dan banyak lagi berasaskan telur. Selain daripada rasanya yang enak, kebaikan telur ini dapat memberikan tenaga. Persoalannya, menghasilkan telur separuh masak berapa minit? Jadi, ini dia cara yang betul!
Mesti ada dalam kalangan korang yang suka makan telur separuh masak kan. Tapi tak semua yang pandai nak buat telur separuh masak. Ada yang terlebih, terkurang masak lah pula kan. Ramai je tak reti nak buat sampai sekarang. Last-last pegi kedai kopitiam atau kedai warung pagi, order telur separuh masak.
Tapi kali ini korang jangan risau, kali ni Atok dah try dah resepi ni confirm menjadi. Korang ikut je resepi telur separuh masak di bawah ni.
Sebelum tu, Atok akan terangkan lebih lanjut khasiat telur separuh masak ni dulu sebelum korang baca tips yang bakal Atok kongsikan. Telur ni merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Telur ni kaya dengan protein dan kaya dengan sumber kalsium, vitamin dan nutrisi yang lain.
Ini kalau kita sembang pasal khasiat telur memang panjang. Jenuh korang nak baca pula. Atok kongsikan secara ringkas sahaja la ye. Apa tunggu lagi, skrol ke bawah untuk ketahui lebih lanjut tips memasak telur separuh masak berapa minit je settle masalah!
Resepi telur separuh masak
1. Langkah pertama:
Isikan air dalam periuk kemudian tunggu sehingga mendidih.
2. Langkah kedua:
Pastikan telur berada dalam suhu bilik. Korang juga boleh menggunakan ‘egg pricker’ untuk menebuk telur terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko telur retak semasa direbus.
3. Langkah ketiga:
Perlahan-lahan masukkan telur ke dalam air dengan menggunakan sudu.
4. Langkah keempat:
Tunggu sehingga 4 hingga 5 minit untuk memastikan telur dimasak. Ini untuk mendapatkan kening telur yang cair dan meleleh. Manakala untuk mendapatkan kuning telur yang lebih keras, rebus telur selama 6 hingga 7 minit.
5. Langkah kelima:
Masukkan telur dalam air sejuk atau suam untuk menghentikan proses memasak atau menyejukkan telur yang panas tadi. Langkah ini penting ya. Jangan tak buat. Selain itu, ia juga untuk memastikan telur dapat ditanggalkan dengan mudah.
Tempoh masa memasak telur separuh masak
Berbalik kepada persoalan asal, telur separuh masak berapa minit? Berikut ini adalah anggaran masa untuk setiap tahap kemasakan telur rebus.
1.5 minit
Telur baru mula mengeras dan telur kuning masih cair.
2.6 minit
Putih telur keras tetapi kuning telur masih cair
3.7 minit
Telur hampir mengeras sepenuhnya namu kuning telur masih melekit.
4.10 minit
Telur masak sepenuhnya.
Konklusinya, tempoh masa dalam memasak telur memainkan peranan penting sama ada ia masak dengan sempurna mengikut selera korang. Ada yang suka makan separuh masak kerana kaya dengan khasiat dan dimasukkan ke dalam salad atau untuk dijadikan inti sandwich.
Selain daripada kaedah itu, terdapat kaedah lain juga yang boleh digunakan untuk memasak telur separuh masak. Iaitu dengan menggunakan air fryer. Tapi yang ni, atok tak try lagi.
Setiap masakan mempunyai padanan yang istimewa dan kebanyakan lauk di Malaysia sesuai dipadankan dengan telur. Termasuklah nasi lemak, laksa, roti bakar kaya dan mentega. Sebut pasal makanan ni, Atok pula yang lapar.
Walaubagaimanapun, korang kena ingat juga, tidak ada cara yang betul untuk memastikan telur direbus dengan sempurna. Hal ini demikian kerana saiz telur dan suhu yang berbeza menyukarkan korang untuk menganggar masa rebusan dengan tepat.
Jadi, dengan tips telur separuh masak yang Atok telah kongsikan itu korang boleh jadikan panduan dan cuba di rumah. Mana tahu menjadi, rajin la masak telur lepas ni ye. Tak perlu pergi ke kedai kopitiam untuk makan telur separuh masak lagi.
Kadang-kadang masak sendiri lebih baik daripada luar kerana memudahkan korang adjust mengikut cita rasa korang sendiri.
Info-info Lain
Korang tiada sejarah mempunyai kencing manis tapi risau? Sebagai langkah berjaga-jaga, baca tanda tanda kencing manis pada peringkat awal ini..
Bagi yang masih belum memahami apa itu i-saraan KWSP dengan lebih jelas, di sini akan diterangkan serba sedikit tentang apa itu i-saraan KWSP..
Topik Atok pada kali ini, kesultanan melayu Melaka dan perbincangan mengenai pengasasan dan sistem pentadbiran masyarakat melayu Melaka terdahulu..
Kali ini Atok akan kongsikan kelebihan selawat jibril yang antaranya membuka pintu rahmat dan menyingkap pintu rezeki. Mudah-mudahan korang boleh amalkan..
Di sini Atok sediakan 20 ucapan selamat pengantin baru (ringkas & islamik) untuk korang. Sesuai diujarkan kepada kawan, family & crush korang! Yeah..
Kali ini Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda influenza A yang perlu diketahui. Pengesanan awal, boleh menyelamatkan nyawa korang..
Mesti korang serabut dan pening nak bawa barang apa masuk asrama. Jom baca senarai barang keperluan asrama perempuan yang wajib korang bawa..
- Tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) - 17th September 2023
- Ujian Fizikal Pegawai Penguatkuasa KP41 - 31st August 2023
- Ujian Fizikal Pembantu Penguatkuasa KP19 - 30th August 2023