Semakan Penyata KWSP Melalui IC, Ini Dia Caranya..

Untuk makluman korang, KWSP merupakan singkatan daripada nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. KWSP telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia. Bagi korang yang ingin membuat semakan penyata KWSP melalui IC, maka di sini akan dibincangkan serba sedikit tentangnya. selain itu, cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya bagi individu yang baru mula membuka KWSP juga ada dikongsikan di bawah.

Semakan penyata KWSP melalui IC

Di Malaysia kini, perkembangan teknologi semakin hari semakin pesat dan kerana itu, kini lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan mereka. Hal ini demikian kerana, dengan perkembangan teknologi yang makin pesat ini, banyak urusan dapat diselesaikan dengan mudah.

Semakan penyata KWSP melalui IC menggunakan Mesin Kiosk

Kalau korang bukan jenis orang yang mahir dalam selok belok internet atau apa-apa perkhidmatan berkaitan online. Korang boleh terus semak baki dengan mencetak penyata KWSP menggunakan kiosk dimana-mana premis KWSP yang berdekatan dengan rumah korang.

Jangan bimbang kalau tak ingat no KWSP. Tiada masalah. Ini kerana kiosk di pejabat KWSP tidak akan meminta nombor KWSP korang. Apa yang penting, korang kena bawa bersama IC korang la.

Ini step by step cara semakan penyata KWSP melalui IC menggunakan Kiosk di mana-mana cawangan KWSP:

  1. Sampai cawangan KWSP, korang terus pergi ke Kiosk yang disediakan. Kalau ramai orang, kena beratur la dulu.
  2. Sampai giliran, korang sentuh skrin dan pilih Bahasa Melayu.
  3. Sistem akan suruh korang meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri mesin Kiosk.
  4. Letakkan ibu jari kanan korang pada tempat yang disediakan
  5. Korang akan diberikan pilihan memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun atau mahu mencetak penyata.
  6. Pilih je Cetak Penyata KWSP.
  7. Mesin Kiosk akan mencetak penyata KWSP dan akan keluar di ruangan di bawah skrin.
  8. Ambik cetakan penyata KWSP untuk rujukan korang.
  9. Jangan lupa ambik sekali IC korang.
  10. Dah siap. Dah boleh balik, tak pun singgah makan jap.

Semakan penyata KWSP melalui IC di kaunter perkhidmatan

Atok tahu, tidak semua orang pandai guna kiosk KWSP. Biasanya, orang yang dah berumur akan mengelak daripada menggunakan mesin kiosk KWSP.

Kalau taknak guna Kiosk, takda masalah. Kita ambil nombor dan terus ke kaunter perkhidmatan KWSP.

Ini pula step by step cara semakan penyata KWSP melalui IC di kaunter perkhidmatan KWSP:

  1. Pergi ke cawangan KWSP paling dekat dengan kediaman korang.
  2. Jangan lupa bawa IC atau Kad Pengenalan.
  3. Sampai jer, terus ambil nombor.
  4. Tunggu sampai nombor dipanggil. Duk la main henpon dulu.
  5. Bila nombor giliran dipanggil, terus ke kaunter perkhidmatan.
  6. Hulurkan IC kepada pegawai bertugas.
  7. Minta dia bantu menyemak penyata KWSP dan baki terkini.
  8. Ambil cetakan penyata KWSP dan IC yang diberi.
  9. Ucap terima kasih.
  10. Dah boleh pulang, kalau nak singgah ngopi dengan kawan pun boleh.

Ok, selesai bab nak buat semakan penyata KWSP melalui IC. Sekarang kita pergi pula ke cara mengaktifkan i-Akaun. Bila dah ada i-Akaun ni, barulah boleh membuat semakan penyata KWSP secara online.

Sebelum korang mula membuat semakan KWSP secara online menggunakan i-Akaun, korang perlu mendaftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Untuk makluman, bagi individu yang ingin mendaftar, maka korang boleh mendaftar di mana-mana kaunter atau kiosk KWSP.

Setelah itu, ahli yang telah mendaftar boleh mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID pengguna serta kata laluan yang diterima selepas pendaftaran.

Kemudian setelah selesai pendaftaran, korang perlu mengaktifkan i-Akaun untuk memudahkan korang melakukan semakan. Justeru, cara mengaktifkan i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:

Mengaktifkan i-Akaun KWSP

1) Pergi ke cawangan KWSP terdekat.

2) Depan Kiosk KWSP tu, korang sentuh skrin dan pilih Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris.

3) Masukkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri mesin Kiosk.

4) Letakkan ibu jari kanan korang pada tempat yang disediakan.

5) Korang akan diberikan pilihan memilih perkhidmatan, sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun atau mahu mencetak penyata.

6) Pilih mengaktifkan i-Akaun.

7) Masukkan segala butiran yang diminta.

8) Setelah pendaftaran, korang akan menerima kod untuk mengaktifkan kata laluan melalui SMS untuk mengaktifkan akaun. Selepas penerimaan id pengguna dan kata laluan, pengaktifan akaun perlulah dibuat dalam masa 30 hari.

9) Kemudian layari portal i-Akaun KWSP. Klik butang Register Now.

3) Pilih log masuk dan klik i-Akaun. Kemudian isikan no Ahli yang diterima pada ruangan id pengguna dan klik teruskan.

4) Isikan kata laluan yang telah diterima melalui SMS dan klik log masuk. Seterusnya baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan di kotak ‘checkbox’ kemudian klik seterusnya.

5) Kemudian ciptakan id pengguna yang baharu dan pastikan id pengguna adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit.

6) Pilih imej online dan isi frasa rahsia dengan panjang lebih kurang maksimum 10 aksara kemudian klik butang seterusnya.

Kalau korang keliru, sila rujuk infografik di bawah..

Cara daftar i-Akaun KWSP

7) Setelah selesai, skrin pengaktifan akan memaparkan korang berjaya dan seterusnya ahli bolehlah terus log in ke I -Akaun.

Cara semakan KWSP online menggunakan i-Akaun

Berikut merupakan cara semakan yang boleh di buat.

1) Log masuk i-Akaun KWSP.

2) Sekiranya mahu menyemak baki terkini, sila klik ‘akaun peribadi’. Pilih tahun di ruangan penyata bagi tahun yg dikehendaki. Kemudian klik cari. Penyata akan di paparkan.

3) Di bahagian bawah, korang boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata ahli. Pilih penyata ringkasan atau penyata terperinci. Dan klik cetak untuk mencetak terus penyata tau klik muat turun dalam bentuk pdf.

Atau,

Rujuk infografik di bawah..

Cara semakan penyata melalui i-Akaun KWSP

Justeru, itulah dia secara ringkas cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya.

Soalan lazim i-Akaun KWSP

Beberapa soalan yang mungkin bermain di minda korang mengenai i-Akaun KWSP ada disenaraikan di bawah.

Apa itu i-Akaun KWSP view mode?

i-Akaun KWSP view mode merupakan akses ke paparan i-Akaun yang terhad kepada semakan maklumat sahaja.

Adakah korang boleh membuat sebarang transaksi di i-Akaun view mode?

Korang tidak boleh membuat sebarang transaksi yang melibatkan penggunaan nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC). Hanya semakan maklumat sahaja yg dibenarkan.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di i-Akaun KWSP?

Perkhidmatan yang ditawarkan melalui i-Akaun KWSP adalah seperti dibawah:

  • Semakan Baki Akaun
  • Semakan Caruman Semasa
  • Semakan Profil
  • Semakan Sejarah Pengeluaran
  • Semakan Kelayakan Pengeluaran
  • Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox

Berapa lamakah tempoh penggunaan akses i-Akaun KWSP view mode ini?

Tiada tempoh tamat ditetapkan untuk akses ke i-Akaun KWSP view mode ini.

Bagaimanakah korang boleh mendapatkan akses i-Akaun KWSP Full Mode?

Bagi mendapatkan akses i-Akaun KWSP (full mode), korang perlu membuat pengemaskinian nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC) dan pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) di SST/ kaunter KWSP.

Bolehkah korang menukar kata laluan untuk i-Akaun KWSP view mode?

Korang boleh menukar kata laluan i-Akaun KWSP (view mode) dengan memastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah aktif dan terkini.

Apakah kelebihan yang diperolehi sekiranya korang bertukar kepada akses i-Akaun KWSP Full Mode?

Korang boleh membuat transaksi berikut, tertakluk kepada terma dan syarat.

  • Permohonan e-Pengeluaran
  • Permohonan i-Invest
  • Pendaftaran Simpanan Shariah
  • Muat turun penyata ahli
  • Mengemaskini profil

Bolehkah korang download penyata ahli KWSP dengan akses i-Akaun KWSP (view mode)?

Akses view mode tidak membenarkan korang untuk download turun penyata.

Bagaimanakah cara untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun KWSP (view mode) selepas menjadi ahli KWSP?

Cara Daftar i-Akaun KWSP (View Mode) adalah mudah, korang hanya perlu hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 (8am-5pm).

Bagaimanapun, kemudahan i-Akaun KWSP (view mode) adalah terhad kepada:

  • Semakan Baki Akaun
  • Semakan Caruman Semasa
  • Semakan Profil
  • Semakan Sejarah Pengeluaran
  • Semakan Kelayakan Pengeluaran
  • Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox

Diharap perkongsian cara semakan penyata KWSP melalui IC ini sedikit sebanyak membantu kepada korang yang memerlukan. Ingat ya, kalau nak semak KWSP online IC hanya boleh dibuat sekiranya korang sudah ada i-Akaun sahaja.

Selain itu, bagi individu yang nak membuka i-Akaun KWSP, cara di atas merupakan antara cara yang boleh korang gunakan untuk membuka dan mendaftar i-Akaun. Setelah mendaftar maka korang bolehlah menggunakan i-Akaun yang korang telah daftarkan untuk dijadikan sebagai platform untuk membuat semakan KWSP secara online.

Rujukan Lain

Bagi korang yang ingin mengetahui harga renew lesen memandu 2023, kali ini dikongsikan harga renew lesen dan dokumen yg perlu dibawa ke kaunter.

Bagi korang yang berminat menyertai PDRM dan menjadi polis, sila rujuk iklan jawatan kosong Polis Diraja Malaysia 2023 dan cara memohon di sini.

Setelah diperkenankan, inilah dia Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 / Hari Raya Puasa 1444H. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin..

Koleksi ucapan hari lahir untuk orang tersayang yg korang boleh tiru dan edit. Berikan kpd ibu bapa, isteri, sahabat, adik beradik & sebagainya..

Di sini dikongsikan cuti bagi tarikh hari raya korban 2023 / hari raya haji 1444H mengikut negeri-negeri di Malaysia. Salam Aidiladha untuk semua..

Nak melancong ke luar negara dalam masa terdekat ini? Jadual padat tapi solat kena jaga. Jom pelajari cara solat jamak dan qasar (syarat & niat)..

Di sini atok kongsikan tiga doa agar cepat dapat kerja yang diinginkan bagi korang yang sedang berusaha mendapatkan kerja. Moga dimakbulkan..

Di sini, atok kongsikan jadual bayaran pencen JHEV 2023. Untuk dijadikan rujukan kepada para veteran tentera. Moga bermanfaat untuk semua..

Bagi ibu-ibu yg baru pertama kali bersalin, maka berikut merupakan tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) yang perlu diketahui..

Atok
Follow me

4 thoughts on “Semakan Penyata KWSP Melalui IC, Ini Dia Caranya..”

Leave a Comment

error: Content is protected !!