Newborn Selsema & Cara Mengatasinya

Antara jenis virus yang yang boleh menyebabkan newborn selsema ini terjadi adalah adenovirus, coronavirus, respiratory syncytial virus, rhinovirus, dan adenovirus. Virus-virus begini mampu merebak melalui titisan air, ketika individu yang dijangkiti itu batuk, dan bersin dan ini secara tidak langsung lebih mudah berjangkit kepada bayi. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa cara mengatasi selsema bayi yang boleh ibu bapa lakukan.

Cara mengatasi selsema bayi

Bagi ibu bapa yang memiliki newborn baby pasti tertanya-tanya apakah punca kepada terjadinya selsema kepada si kecil ini. Pasti ada sesetengan ibu bapa yang menyangka bahawa apabila si kecil mengalami selsema adalah di sebabkan faktor cuaca yang terlalu sejuk atau sebaliknya. Namun hakikatnya, newborn selsema ini terjadi kepada kanak-kanak dan juga bayi adalah di sebabkan oleh jangkitan virus yang berlaku.

Selsema merupakan sejenis penyakit yang berjangkit disebabkan virus yang telah menjangkiti sistem pernafasan bahagian atas. Bukan itu sahaja, selsema ini juga terjadi di sebabkan oleh lebih kurang 200 virus yang berlainan.

Untuk pengetahuan korang, selsema ini adalah salah satu jenis penyakit yang berjangkit yang kerap berlaku pada sistem tubuh badan manusia. Selain itu, untuk makluman korang juga, penyakit selsema ini bukan sahaja boleh menyerang golongan dewasa, tetapi ia lebih kerap berlaku pada kanak-kanak dan newborn. Ini yang paling merungsingkan si sibu!

Punca selesema pada bayi

Seperti yang dinyatakan tadi, punca flu atau selesema terjadi kepada bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Pasti ramai yang menyangka bahawa ia terjadi ekoran cuaca terlalu sejuk namun ini adalah tidak begitu tepat.

Antara jenis virus yang boleh menyebabkan selesema ini berlaku pada bayi adalah seperti berikut:

  • Rhinovirus
  • Adenovirus
  • Coronavirus
  • Parainfluenza
  • Respiratory Syncytial Virus

Virus-virus ini boleh disebarkan pada bayi melalui titisan air apabila individu dijangkiti bersin, batuk atau berkongsi barangan. Virus-virus ini juga boleh berpindah melalui sentuhan kulit ke kulit atau kulit ke objek yang telah tercemar dengan virus terlebih dahulu.

Jangkitan ini lebih mudah terjadi kepada bayi apabila ibu bapa telah dijangkiti virus lalu menyentuh, mengendong ataupun mencium bayi mereka.

Tanda-tanda bayi dijangkiti selsema adalah bayi akan mengalami gejala seperti hidung tersumbat atau berair di sebabkan hidung dipenuhi dengan mukus atau hingus. Namun begitu, terdapat juga tanda-tanda lain bagi kanak-kanak atau bayi yang mengalami selsema seperti demam, bersin, hilang selera makan dan sebagainya.

Persoalannya, bagaimanakah cara mengatasi selsema bayi dengan cepat?

Makan ubat dengan betul

Bagi kanak-kanak, pemberian ubat adalah tidak sama seperti golongan dewasa. Hal ini demikian kerana, bagi golongan dewasa jika mengalami selsema, maka dengan serta merta mereka boleh mengambil ubat selsema untuk kesembuhan.

Tetapi bagi seorang bayi kecil, ibu bapa perlulah membawa bayi mereka berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi memastikan pengambilan ubat-ubatan yang diambil dan diberikan kepada bayi adalah selamat. Justeru, ini merupakan salah satu cara mengatasi selsema bayi yang boleh ibu bapa lakukan.

Minum susu secukupnya

Selain itu, cara mengatasi selsema bayi yang ibu bapa boleh lakukan adalah ibu bapa perlu memberikan bayi mereka susu secukupnya. Ini adalah salah satu perbezaan bagi golongan dewasa dan bayi, di mana bagi golongan dewasa air putih merupakan sumber minuman untuk mencairkan mukus dalam hidung serta mengelakkan dehidrasi.

Manakala bagi golongan bayi pula, susu ibu atau susu formula merupakan bahan atau minuman yang digunakan bagi tujuan yang sama iaitu untuk mengelakkan mukus dalam hidung menjadi tebal dan pekat.

Suhu dan udara sekitar yang baik

Bagi para bapa yang memiliki newborn baby, korang dinasihatkan untuk menghentikan atau mengurangkan tabiat merokok dek kerana seorang bayi perlu menghirup udara yang segar untuk mengelakkan newborn dijangkiti penyakit selsema jika udara tercemar. Namun begitu, jika tabiat merokok tersebut sukar untuk di hentikan atau di kurangkan, maka korang perlu menjarak diri korang dengan bayi agar hembusan asap rokok tersebut tidak berada berdekatan bayi.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga harus memastikan bahawa suhu di bilik tidur bayi sentiasa dalam keadaan sederhana seperti tidak terlalu panas dan sejuk. Hal ini demikian kerana, jika suhu bilik terlalu sejuk, ianya boleh menyebabkan baik anda terkena demam atau selsema. Jika terlalu panas pula, ia akan menyebabkan newborn baby merengsa dan tidak selesa.

Tinggikan bantal semasa tidur

Tinggikan kedudukan kepala bayi korang dengan meletakkan bantal lebih. Keadaan ini akan memudahkan newborn baby untuk bernafas semasa tidur. Mudah-mudahan tidur bayi korang tidak akan terganggu dengan teruk ketika dia menghadapi selsema.

Minyak bawang putih

Bawang putih ini mudah diperolehi, di dapur pasti ada. Ibu boleh menggunakan bawang putih dan jadikannya sebagai minyak sapu. Bagaimana caranya? Korang hanya perlu membakar seulas dua bawang putih. Kemudian, tumbuk atau lenyek saja. Campurkan bersama dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Setelah itu,sapu di dada bayi untuk membantu melegakan pernafasannya ketika selsema.

Kunyit hidup

Kunyit boleh menghilangkan dan memulihkan selsema bayi korang. Caranya tidaklah begitu sukar. Ambil seulas kunyit hidup dan korang perlu gosokkan pada permukaan kasar. Kira macam parut la. Sehingga ia mengeluarkan air kunyit. Kalau nak tumbuk pun boleh juga. Lepas itu, korang sapukan pada bahagian dada dan belakang badan bayi. Senang kan?

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara mengatasi selsema newborn baby yang boleh ibu bapa lakukan jika bayi korang mengalami selsema. Namun begitu, beberapa cara di atas mungkin boleh dicuba untuk menyembuhkan selsema bayi.

Peringatan

Walau bagaimanapun, jika bayi korang mengalami selsema yang teruk dan tanda-tanda yang berterusan, maka korang perlulah segera membawa bayi korang ke klinik untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut daripada doktor.

Justeru, bagi ibu bapa yang bayinya mengalami selsema ringan, diharapkan cara mengatasi selsema newborn baby yang dinyatakan di atas ini dapat membantu merawat bayi yang sedang mengalami selsema.

Rujukan Lain

Dalam artikel ini dikongsikan beberapa keperluan untuk memulakan penternakan kambing yg mesti korang tahu sebelum memulakan projek ternakan.

Ada yg sampai bertengkar mempertahankan sebutan masing-masing. Jadi mana satukah sebutan yang betul? Adakah Ikan Talapia atau Ikan Tilapia?

Atok ringkaskan di sini kelayakan cuti kakitangan awam setakat yang termampu, kalau ada tersilap mohon betulkan di ruangan komen. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Selangor 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Selangor bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Bagi individu yg tinggal di Selangor dan nak ambil lesen memandu, korang semak senarai pusat latihan memandu di Selangor di sini. Selamat belajar..

Bagi pesara atau ahli keluarga pastinya ingin mengetahui jadual tarikh bayaran pencen 2023 pesara kerajaan bukan? Jadi, mari lihat di sini..

Korang ragu-ragu kehalalan sesuatu produk? Logo halal ada tapi belum tentu ada sijilnya. Jom baca tiga cara semak status halal JAKIM online..

Di sini atok kongsikan tiga doa agar cepat dapat kerja yang diinginkan bagi korang yang sedang berusaha mendapatkan kerja. Moga dimakbulkan..

Mesti korang serabut dan pening nak bawa barang apa masuk asrama. Jom baca senarai barang keperluan asrama perempuan yang wajib korang bawa..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!