Semak Blacklist Bank Negara

Tersenarai nama dalam senarai semak blacklist bank negara sememangnya akan membuat korang berasa takut dan kecewa dek kerana hutang piutang yang tidak di jelaskan atau juga mungkin disebabkan kita menjamin saudara mara kita yang tidak membayar hutang mereka. Hal ini secara tidak langsung telah mengakibatkan rekod kewangan kita telah disenarai hitam oleh pihak bank. Oleh itu, di sini atok akan membincangkan tentang bagaimana cara semak blacklist bank negara.

Semak Blacklist Bank Negara

Namun begitu, bagi mereka yang namanya telah tersenarai dalam senarai hitam bank, korang tidak perlu panik malah korang perlulah bertenang dan kemudian korang perlulah melakukan semakan segera mengenai nama korang yang telah termasuk dalam senari hitam bank.

Hal ini demikian kerana, di negara kita ini memiliki sistem atau platform menguruskan dan merekodkan segala aktiviti pinjaman dan pembayaran. Oleh itu, wajib bagi korang untuk menyemak nama dalam data senarai hitam bank negara. Walau bagaimanapun, pasti ada di antara korang yang masih belum mengetahui bagaimana cara untuk menyemak nama dalam blacklist bank negara.

Namun begitu, sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara semak blacklist bank negara, kita perlu mengetahui terlebih dahulu mengenai CCRIS dan CTOS. Pasti ramai yang tidak tahu apa itu CCRIS. Central Credit Reference Information System atau singkatannya CCRIS ialah sistem yang telah dipilih oleh bank negara untuk mensintesiskan maklumat kredit. Ianya mengenai data peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam.

Seterusnya, CTOS pula ialah laporan kredit mengenai data pemohon pinjaman. Hal ini dikatakan demikian kerana sebuah syarikat swasta akan mengumpulkan maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam.

Sebagai contoh sumber-sumber awam ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Insolvensi Negara (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Penerbitan prosiding undang-undang. Justeru, itu merupakan sedikit sebanyak mengenai CCRIS dan CTOS yang perlu korang tahu.

Selanjutnya, kita akan membincangkan tentang cara-cara semak blacklist bank negara. Untuk pengetahuan korang, untuk semakan nama dalam senarai blacklist bank negara boleh sahaja di buat secara atas talian.

Cara semakan atas talian mudah sahaja untuk dilakukan dengan hanya menggunakan laman eCCRIS. Bagaimana cara hendak menggunakan eCCRIS adalah seperti berikut:

1) Layari laman sesawang eCCRIS ini atau taip sahaja di google.

2) Seterusnya, korang perlu mendaftar akaun eCCRIS bagi yang belum pernah mendaftar dengan menekan ruang ‘First Time Login’ dan bagi yang sudah mendaftar, korang hanya perlu memasukkan ID pengguna dan kata laluan sahaja.

3) Selanjutnya, setelah selesai memasuki laman eCCRIS, korang hanya perlu klik bahagian carian dan seterusnya boleh klik pada ‘carian sendiri- individu’. Kemudian jika korang telah bersetuju dengan segala terma dan syaratnya, korang perlulah menekan penanda kotak yang tertera perkataan ‘saya setuju’ dan kemudian terus sahaja klik ‘carian laporan’ pada ruangan yang tertera.

4) Kemudian boleh klik ruangan ‘muat turun’ dan klik ‘save/simpan’ sekiranya korang ingin memuat turun laporan.

5) Seterusnya jika korang ingin membuka laporan yang telah di muat turun tersebut, korang hanya perlu memasukkan kata laluan yang telah korang isikan.

6) Akhir sekali, sebagai saranan, korang digalakkan untuk memasang adobe reader atau apa sahaja perisian yang mudah untuk membuka laporan tersebut.

Oleh itu, langkah atau cara yang dinyatakan di atas adalah serba sedikit tentang bagaimana cara semak blacklist bank negara.

Kesimpulannya, semak blacklist bank negara sangat penting dan perlu dilakukan untuk melihat atau memastikan sama ada nama korang telah disenarai hitam oleh bank negara atau tidak. Selain itu, jika nama korang telah di senarai dalan senarai hitam bank negara korang perlulah membuat pembayaran dengan segera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Oleh itu, bagi korang yang namanya tersenarai dalam blacklist bank negara, korang boleh menggunakan cara-cara atau langkah yang telah di nyatakan di atas.

Rujukan Lain

Oleh kerana cili-cili kering yg dijual di kedai memiliki rupa yg sama. Jadi, di sini atok bincangkan tips cara pilih cili kering tak pedas..

Kemerosotan ekonomi dijangka berlaku pada tahun 2023 ini. Jom bersedia. Kali ini atok akan kongsikan tentang tips simpan duit gaji kecil..

Baca beberapa tips simpan duit kahwin dalam masa setahun yang boleh korang amalkan sebelum tarikh mendirikan rumah tangga korang tiba..

Bagi korang yang bekerja dalam sektor kerajaan pasti ingin mengetahui tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023. Jom lihat di sini..

Bagi korang yang belum mengetahui ataupun sudah lupa mengenai keunikan bendera Malaysia. Jom ketahui maksud warna bendera Malaysia..

Kalendar cuti umum 2023 ini adalah untuk memudahkan masyarakat merancang perjalanan dan perbelanjaan yg terlibat. Moga bermanfaat!

Ramai anak muda yg jarang ikut solat jenazah. Jadi, bagi yg nak belajar tu, atok kongsikan di sini cara dan cara solat jenazah ringkas.

Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Mari baca cara bagaimana menangani suami curang..

Dalam artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat..

Leave a Comment

error: Content is protected !!