Senarai IPTA Di Malaysia

Umum mengetahui bahawa universiti merupakan salah satu Institut Pengajian Tinggi yang menyediakan kursus pendidikan peringkat diploma, degree, master dan phd. Oleh itu, bagi pelajar yang baru sahaja selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi iaitu diploma dan degree di mana-mana universiti yang terdapat di Malaysia ini. Kita memiliki dua jenis universiti iaitu universiti awam dan juga universiti swasta. Tapi fokus kita kali ini lebih kepada universiti awam. Oleh itu, jom kita lihat senarai IPTA di Malaysia.

Senarai Lengkap IPTA di Malaysia

Hampir separuh daripada pelajar di Malaysia memilih universiti awam sebagai tempat mereka menyambung pelajaran. Bukan itu sahaja, universiti awam juga dahulunya dikenali sebagai pusat pengajian tinggi awam (IPTA) yang memiliki tiga kategori iaitu universiti penyelidikan, universiti komprehensif dan juga universiti yang memfokuskan bidang kejuruteraan, ketenteraan, Pendidikan dan pengurusan.

Pada masa ini, di Malaysia kita memiliki lebih kurang 71 universiti awam (termasuk cawangannya) yang boleh dipilih oleh pelajar-pelajar Malaysia.

Korang just klik nama IPTA untuk melihat senarai kursus atau pengajian yang ditawarkan oleh universiti berkenaan. Senarai pengajian yang diberi di sini hanya yang memiliki perakuan akreditasi MQA sahaja ya.

Nota: Program atau pengajian yang ada highlight kaler hijau tu adalah program yang diiktiraf oleh badan profesional bidang berkaitan seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Optik Malaysia, Lembaga Jururawat Malaysia dan sebagainya.

Berikut merupakan senarai IPTA di Malaysia sebagai rujukan korang.

BILNAMA IPTANEGERI
1 Universiti MalayaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3Universiti Pertahanan Nasional MalaysiaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
4Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Cheras)Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
6Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (Kampus Tembila)Terengganu
7Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (Kampus Gong Badak)Terengganu
8Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
(Nama Lama : Universiti Darul Iman Malaysia (UDM))
Terengganu
9Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
(Nama Lama : Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia (KUSTEM))
Terengganu
10Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Kuala TerengganuTerengganu
11Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus DungunTerengganu
12Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (Cendering)Terengganu
13Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Bukit BesiTerengganu
14Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak PerdanaSelangor
15Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus DengkilSelangor
16Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Seksyen 17Selangor
17Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah AlamSelangor
18Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Selangor
19Universiti Putra Malaysia (UPM)Selangor
20Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak AlamSelangor
21Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Sungai BulohSelangor
22Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (Kuching)Sarawak
23Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (Kota Samarahan)Sarawak
24Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah 2Sarawak
25Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus SamarahanSarawak
26Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2Sarawak
27Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus MukahSarawak
28Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah Kampus TawauSabah
29Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah Kampus Kota KinabaluSabah
30Universiti Malaysia Sabah (UMS)Sabah
31Universiti Sains Malaysia (USM) (Minden)Pulau Pinang
32Universiti Sains Malaysia (USM) (Nibong Tebal)Pulau Pinang
33Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang PauhPulau Pinang
34Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Balik PulauPulau Pinang
35Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Bukit MertajamPulau Pinang
36Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus BertamPulau Pinang
37Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis Kampus ArauPerlis
38Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
(Nama Lama : Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM))
Perlis
39Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Perak
40Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Seri IskandarPerak
41Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus TapahPerak
42Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus JengkaPahang
43Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus KuantanPahang
44Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Bukit SekilauPahang
45Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus RaubPahang
46Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Pahang
47Universiti Malaysia Pahang (UMP)
(Nama Lama : Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM))
Pahang
48Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
(Nama Lama : Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM))
Negeri Sembilan
49Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah (Beting)Negeri Sembilan
50Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus RembauNegeri Sembilan
51Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala PilahNegeri Sembilan
52Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus SerembanNegeri Sembilan
53Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Alor GajahMelaka
54Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Bandaraya MelakaMelaka
55Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus JasinMelaka
56Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
(Nama Lama : Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM))
Melaka
57Universiti Sains Malaysia (USM) (Kampus Kesihatan) (Kubang Kerian)Kelantan
58Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Kelantan
59Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Kampus MachangKelantan
60Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Kelantan
61Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Kampus Kota BharuKelantan
62Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah Kampus Sungai PetaniKedah
63Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah Kampus Alor SetarKedah
64Universiti Utara Malaysia (UUM)Kedah
65Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Johor
66Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
(Nama Lama : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO))
Johor
67Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus LarkinJohor
68Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Johor BahruJohor
69Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Johor
70Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Pasir GudangJohor
71Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus SegamatJohor

Hitolah dia, senarai IPTA di Malaysia yang menawarkan pelbagai kursus-kursus pengajian yang diingini oleh para pelajar untuk menggapai cita-cita atau impian korang.

Seterusnya, mari kita tengok sedikit latar belakang dua daripada senarai IPTA di Malaysia ini.

Universiti Malaya (UM)

Universiti Malaya telah di tubuhkan hasil gabungan di antara King Edward VII College of Medicine (1905) dan Raffles College (1928) pada 8 Oktober 1949. Universiti Malaya ini ditubuhkan bagi melahirkan modal insan yang terlatih dalam persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura serta kemudiannya Malaysia.

Universiti Malaya ini juga sentiasa menjadi pilihan utama bagi para pelajar yang ingin menyambung pengajian mereka di peringkat universiti. Justeru, ini merupakan serba sedikit latar belakang mengenai Universiti Malaya yang merupakan salah satu IPTA daripada senarai IPTA di Malaysia.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga merupakan salah satu universiti yang selalu menjadi pilihan para pelajar untuk melanjutkan pengajian di universiti. Bukan itu sahaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga merupakan universiti ketiga yang ditubuhkan selepas Universiti Malaya (UM) dan Universiti sains Malaysia (USM).

Ianya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Selain itu, UKM memiliki beberapa fakulti semasa di awal penubuhannya iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Fakulti Sains. Oleh itu, ini merupakan sedikit latar belakang UKM yang merupakan salah satu senarai IPTA di Malaysia.

Kesimpulannya terdapat lebih daripada 71 senarai IPTA di Malaysia yang boleh dipilih oleh para pelajar jika ingin menyambung pengajian di peringkat universiti. Di atas juga telah di senaraikan beberapa IPTA yang terdapat di Malaysia beserta dengan serba sedikit latar belakang untuk menambah pengetahuan am korang.

Oleh itu, bagi para pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat Diploma, Ijazah, Master dan Phd bolehlah melihat senarai IPTA Malaysia di atas dan membuat pilihan yang tepat untuk memilih universiti mana yang ingin korang pilih untuk teruskan pengajian.

Hal ini demikian kerana, setiap Institut Pengajian Tinggi Awam atau IPTA yang telah disenaraikan memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dan juga setiap universiti yang dipilih juga mempunyai kursus-kursus pengajian tersendiri yang mungkin tidak ditawarkan oleh universiti yang lain.

Rujukan Lain

Kemerosotan ekonomi dijangka berlaku pada tahun 2023 ini. Jom bersedia. Kali ini atok akan kongsikan tentang tips simpan duit gaji kecil..

Baca beberapa tips simpan duit kahwin dalam masa setahun yang boleh korang amalkan sebelum tarikh mendirikan rumah tangga korang tiba..

Bagi korang yang bekerja dalam sektor kerajaan pasti ingin mengetahui tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023. Jom lihat di sini..

Bagi korang yang belum mengetahui ataupun sudah lupa mengenai keunikan bendera Malaysia. Jom ketahui maksud warna bendera Malaysia..

Kalendar cuti umum 2023 ini adalah untuk memudahkan masyarakat merancang perjalanan dan perbelanjaan yg terlibat. Moga bermanfaat!

Ramai anak muda yg jarang ikut solat jenazah. Jadi, bagi yg nak belajar tu, atok kongsikan di sini cara dan cara solat jenazah ringkas.

Bimbang rekod kewangan telah disenaraihitam oleh pihak bank? Sini atok bincangkan seringkasnya bagaimana cara semak blacklist bank negara..

Tgh solat, time tu la baru teringat keta dah kunci ke belum. Harap2 selipar aku tak diambil orang. Jom baca cara dapatkan khusyuk dalam solat..

Kali ini Atok akan kongsikan tanda tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama. Cuba cek, ada tak?

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!