Suami Curang, Apa Tindakan Isteri?

Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Sebagai isteri akan menyalahkan perempuan yang menjadi orang ketiga atau punca si suami curang. Namun begitu, selain bergaduh atau menyerang wanita simpanan suami korang, perkara lebih baik yang perlu diberi perhatian adalah kelemahan yang ada dalam diri kita yang mungkin sama sekali tidak disedari dan menjadi salah satu punca kenapa sang suami curang. Lebih daripada itu, persoalan yang perlu dijawab ialah – apabila suami curang apa tindakan isteri?

Suami Curang Apa Tindakan Isteri?

Jika dulu majoriti golongan lelaki mahupun wanita akan berkahwin ketika usia individu itu mencecah 25 tahun dan ke atas. Namun ada juga di kalangan individu sama ada lelaki mahupun wanita yang berkahwin pada usia 35 tahun. Walau bagaimanapun, kini had umur bukanlah penentu sama ada ingin berkahwin pada usia muda atau tua.

Hal ini demikian kerana, pada zaman kini, ramai golongan lelaki mahupun wanita yang berkahwin pada usia muda iaitu sekitar awal 20an. Bukan itu sahaja, ada juga golongan muda yang berkahwin selepas tamat tingkatan lima. Namun begitu, adakah berkahwin muda ini akan kekal bertahan ataupun tidak.

Ini bukanlah menjadi persoalan yang perlu dibahaskan kerana terdapat juga golongan yang sudah berusia dan sudah lama dalam alam perkahwinan yang mengalami keretakkan rumah tangga. Hal ini terjadi bukanlah sepenuhnya kerana faktor berkahwin pada usia muda, namun ianya juga terjadi disebabkan berlakunya kecurangan.

Antara cara untuk korang boleh mengesahkan kecurigaan korang terhadap kecurangan suami ialah dengan melihat tanda-tanda suami curang. Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa tanda suami curang..

Tanda suami curang

  • Suami sering tidur lewat
  • Tabiat berbelanja yang aneh daripada sebelumnya
  • Banyak soalan tidak terjawab
  • Bertukar citarasa muzik
  • Terlalu rapat dengan rakan perempuan sepejabat
  • Tiba-tiba mementingkan penampilan dan kekemasan diri
  • Terlalu menjaga privasi telefon atau medsos
  • Kelakuan agak berubah
  • Hubungan intim jadi hambar
  • Tidak mahu berkongsi perasaan atau luahan hati

Tiada siapa yang meminta perkara ini berlaku. Seribu tahun pun, tiada siapa akan berdoa ditimpa ujian seberat ini. Dan bila si suami curang apa tindakan isteri?

Sebagai isteri, 4 tindakan terbaik kami cadangkan di bawah. Ia mungkin tidak menyelesaikan masalah korang. Namun, sekurang-kurangnya tindakan-tindakan di bawah mampu mengurangkan sedikit impaknya..

Mental dan Fizikal

Cara menangani suami curang yang paling penting dan perlu dijadikan perkara utama adalah seorang isteri perlu menguatkan mental dan fizikalnya ketika menangani suami yang sebegini. Seorang isteri perlu kuatkan diri dan tidak menjadi seorang yang lemah yang hanya tahu menangis sehingga air mata kering.

Apa yang perlu seorang isteri lakukan adalah bangkit dan jalanilah kehidupan seperti biasa walaupun ianya perit untuk dilalui. Walau bagaimanapun, jika seorang isteri terlalu lemah dan kerap menangis maka secara tidak langsung ianya akan memberikan kesan kepada mental korang. Justeru, ini merupakan salah satu tips bagaimana cara menangani suami curang yang perlu korang ketahui.

Luang Masa dengan Anak-anak

Seterusnya, tips bagaimana cara menangani suami curang yang korang perlu tahu adalah dengan meluangkan banyak masa dengan anak-anak. Hal ini demikian kerana, anak-anak merupakan penawar bagi seseorang isteri ketika sedih dek kerana raut wajah anak-anak mampu untuk menenangkan diri dan jiwa korang daripada memikiran tentang kecurangan suami.

Bukan itu sahaja, ini juga ibarat ada hikmah kepada korang di mana jika dulu korang mungkin tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak namun kini, dengan apa yang telah terjadi membuatkan korang lebih banyak meluangkan masa bermain dan menatap wajah-wajah anak-anak sebagai penguat jiwa dan diri korang.

Nasihat atau Pendapat

Seterusnya, bagi menangani suami curang, seorang isteri perlulah mendapatkan nasihat atau pendapat daripada orang-orang yang berpengalaman. Sebagai contoh, seorang isteri yang mempunyai suami yang curang perlulah berjumpa dengan ibu bapa atau kaunselor yang pakar dalam hal masalah rumah tangga untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka.

Hal ini demikian secara tidak langsung dapat membantu korang mengurangkan tekanan perasaan dan juga membantu korang untuk membuat sesuatu keputusan. Dengan adanya nasihat dan pendapat daripada mereka yang berpengalaman, nescaya ia boleh membantu untuk menangani suami yang curang. Bukan itu sahaja, dengan adanya sokongan daripada ahli keluarga terutama ibu bapa, ianya juga mampu membuatkan korang lebih yakin untuk membuat sesuatu keputusan.

Jaga Martabat Sebagai Isteri Solehah

Bila suami berlaku curang, jagalah martabat korang sebagai seorang isteri solehah sebagaimana Allah mengangkat darjat korang dengan ujian seperti ini. Tak perlu serang atau bersemuka dengan orang ketiga. Kekal fokus pada isu antara korang dan suami sahaja. Harus diingat ya, korang cuma berhak ke atas suami, bukan pihak yg satu lagi.

Selain tak payah serang, korang juga tak perlu merayu supaya orang ketiga tu meninggalkan suami. Jangan sesekali rendahkan diri korang pada mereka, sebab martabat korang lebih tinggi dari kekasih gelap suami. Hanya fokus selesaikan isu dengan suami sahaja.

Tidak perlu buang masa memikirkan orang ketiga. Bendung sekuatnya emosi marah, geram dan sakit hati korang tu. Isteri yg hebat dan tinggi martabatnya akan sentiasa tenang dan redha dengan segala ketentuan Allah SWT. Tanpa perlu merendahkan diri pada suami dayus mahupun betina rakus.

Kekuatan utama wanita adalah pada kelembutannya. Layanlah suami macam biasa, andai suami tu sudah nusyuz (lupa tanggungjawab pada keluarga, tidak beri nafkah), korang tidak berdosa jika tidak lagi mengabdikan diri pada suami. Terbukti beliau tidak lagi layak mengemudi rumahtangga.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara menangani suami curang yang boleh korang ketahui. Tips-tips begini korang boleh aplikasikan atau gunakan sekiranya kejadian sebegini terjadi ke atas diri sendiri. Justeru, diharapkan perkongsian ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada golongan wanita yang sedang menghadapi ujian kecurangan suami.

Doa untuk suami yang curang

Sebagai isteri yang solehah, tiada yang lebih baik daripada memohon pertolongan kepada Rabb yang maha kuasa. Kerana, tiada daya dan upaya melainkan dengan daya dan upaya Allah.

Segala-galanya dimiliki dan kuasai oleh Allah SWT termasuklah hati suami. Jadi mohonlah kepada-Nya dengan beberapa doa untuk suami yang curang di bawah.

Moga hatinya dikembalikan semula kepada korang. Selepas solat adalah waktu doa paling mustajab, jadi pohonlah pada waktu tersebut.

Surah Yasin, ayat 36

Baca ayat ke-36 surah Yasin dan niatkan untuk mengikat kasih sayang antara korang dengan suami. Baca sekali sehari sudah memadai, jadikan sebagai amalan harian.

Subhaanalladzii khalaqa lazwaaja kullahaa mimmaa tunbitul ardhu wamin anfusihim wamimmaa laa ya’lamuun

Maksudnya:

“ Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya ”.

Surah Al-Hujurat, ayat 13

Amalkan membaca ayat ini setiap hari dengan berniat supaya ikatan kasih sayang antara korang dengan suami berkekalan sampai bila-bila.

Yaa ayyuhaa alnnaasu innaa khalaqnaakum min dzakarin wauntsaa waja’alnaakum syu’uuban waqabaa-ila lita’aarafuu inna akramakum ‘inda allaahi atqaakum inna allaaha ‘aliimun khabiirun

Maksudnya:

“ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) .”

Surah Yusuf, ayat 4

Inni ro aitu ahada ‘asharo kaukaban wash-shamsa walqomaro ro-aituhum lisajidin

Maksudnya :

“ Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku ”.

Surah Taha, Ayat 39

Wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain

Maksudnya :

” Dan Aku telah tanamkan daripada kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu, dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. “

Nota: Doa dalam rumi di atas mungkin memiliki kesalahan ejaan, jadi bunyi atau makhraj huruf menjadi kurang tepat (dikhuatiri maknanya menjadi lain). Maka, korang adalah digalakkan untuk menyemak sendiri ayat-ayat di atas di dalam Al-Quranul Karim untuk sebutan yang lebih tepat.

Rujukan Lain

Antara universiti awam atau universiti swasta, mana satu pilihan korang? Oleh itu, jom kita lihat senarai lengkap IPTA di Malaysia..

Hutang keliling pinggang? Mahu bebas daripada hutang dgn segera? Jadi jom kita lihat cara membayar hutang dengan cepat menurut islam..

Bakal menunaikan umrah tidak lama lagi? Di sini atok list-kan senarai barang umrah untuk wanita. Hanya yg paling asas dan mustahak saja..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum 2023 Sabah. Semoga perkongsian cuti umum Wilayah Sabah bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Ada rumah lelong murah berdekatan? Atau korang mmg dah lama berniat membeli rumah lelong? Jom kita lihat adakah berbaloi beli rumah lelong terus dari bank..

Korang tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang betul bagi wanita. Baca cara solat wanita yang betul ni..

Adakah korang perlu membuat semakan untuk mengetahui sama ada korang memiliki saman atau tidak? Jom tengok cara semakan saman polis di sini..

Nak tgk di panggung mana tu? GSC, LFS, TGV, MBO atau MMC? Tak kira panggung mana, cara beli tiket wayang online semua panggung tu ada di sini..

Korang sakit tekak? Di sini Atok kongsikan untuk korang, 5 petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!