Maksud Warna Bendera Malaysia

Bagi korang yang tidak mengetahui ataupun sudah lupa mengenai keunikan bendera Malaysia ini, bendera Malaysia ini mempunyai maksud yang tersirat pada setiap lambang dan warna pada bendera tersebut. Begitu juga dengan warna bendera kita, juga ada maksud tersirat. Mari kita ketahui apakah maksud lambang bendera Malaysia dan apakah maksud warna bendera Malaysia..

Maksud Warna Bendera Malaysia

Pada 31 Ogos setiap tahun negara kita akan mengibarkan bendera sempena Malaysia menyambut hari kemerdekaan. Bendera yang dikibarkan pada setiap 31 Ogos itu dikenali sebagai bendera Malaysia. Kibaran bendera Malaysia yang sering berkibaran di bangunan-bangunan awam dan swasta, rumah-rumah serta dataran merdeka juga dikenali dengan panggilan Jalur Gemilang. Bendera Malaysia ini juga mempunyai keunikan yang tersendiri yang tidak diketahui ramai terutama pelancong luar.

Maksud lambang bendera Malaysia

Jika dilihat pada bendera Malaysia tersebut, lambang bulan dan bintang yang terdapat pada bendera Malaysia menunjukkan Agama Islam sebagai agama persekutuan dan bintang melambangkan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan.

Manakala 14 jalur yang berwarna merah dan putih itu juga melambangkan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan sebagai anggota di bawah kerajaan Persekutuan Malaysia. Ini merupakan maksud lambang-lambang pada bendera Malaysia yang perlu diketahui.

Setelah mengetahui maksud setiap lambang pada bendera Malaysia secara ringkas, kini kita beralih pula pada maksud warna bendera Malaysia.

Maksud warna biru bendera Malaysia

Bendera Malaysia mempunyai empat warna iaitu warna biru, kuning, putih dan merah. Di mana setiap warna pada bendera Malaysia tersebut mempunyai maksud tersirat. Warna pertama yang perlu diketahui maksud tersiratnya adalah warna biru.

Apakah maksud warna biru bendera Malaysia? Warna biru pada bendera Malaysia tersebut bermaksud perpaduan. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.

Umum mengetahui bahawa Malaysia bukan sahaja terdapat kaum Melayu tetapi Malaysia juga mempunyai pelbagai etnik di Sabah, etnik di Sarawak, kaum cina dan juga india. Oleh itu, warna biru akan menggambarkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum. Justeru, ini merupakan maksud warna biru pada bendera Malaysia.

Maksud warna kuning dalam bendera Malaysia

Bagaimana pula dengan warna kuning? Apakah maksud warna kuning dalam bendera malaysia? Setelah mengetahui maksud warna biru pada bendera Malaysia, kini kita ketahui pula maksud warna kuning pada bendera Malaysia.

Jika kita lihat, bulan sabit dan bintang pada bendera Malaysia adalah berwarna kuning. Ini bermaksud, kuning adalah warna yang melambangkan warna Diraja.

Hal ini demikian secara khususnya warna kuning menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu berpelembagaan.

Maksud warna putih bendera Malaysia

Seterusnya, warna putih di sebalik maksud warna bendera Malaysia ialah kesucian. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, tujuh jalur yang berwarna putih tersebut melambangkan kesucian. Keikhlasan dan kesungguhan rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, maksud warna putih bendera Malaysia ini juga menggambarkan bagaimana adat dan keperibadian rakyat Malaysia dalam mencapai keharmonian dan perpaduan negara yang berbilang kaum ini.

Ini juga menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka bagi mewujudkan kesepakatan dan keharmonian negara.

Oleh itu, kesucian, keikhlasan dan kesungguhan merupakan maksud tersirat di sebalik warna putih pada bendera Malaysia.

Maksud warna merah pada bendera Malaysia

Jika warna putih pada bendera Malaysia bermaksud kesucian, keikhlasan dan kesungguhan, kini mari kita lihat pula maksud tersirat di sebalik warna merah pada bendera Malaysia. Bagi korang yang tak pasti lagi, warna merah pada tujuh jalur bendera Malaysia membawa maksud keberanian.

Keberanian yang dimaksudkan pada jalur warna merah bendera Malaysia adalah sebagaimana pejuang-pejuang negara dan juga rakyat-rakyat Malaysia yang sanggup mempertahankan negara tercinta.

Bukan itu sahaja, ianya juga melambangkan bagaimana gigihnya setiap pejuang negara melawan penjajah demi untuk mempertahankan negara daripada terus dijajah oleh musuh.

Juga bertapa kentalnya pejuang negara memastikan Malaysia menjadi negara yang aman daripada serangan musuh. Ini merupakan serba sedikit maksud tersirat warna merah pada jalur bendera Malaysia.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita wajib dan harus mengetahui serba sedikit mengenai bendera Malaysia, kerana bendera Malaysia melambangkan jati diri rakyat dan negara Malaysia. Selain itu, maksud tersirat yang terdapat pada lambang dan warna pada bendera Malaysia juga menjadikan bendera Malaysia sebagai identiti unik negara kita.

Oleh itu, korang yang belum mengetahui maksud setiap warna dalam bendera Malaysia bolehlah melihat senarai di atas mengenai maksud-maksud warna bendera Malaysia.

Lirik Jalur Gemilang

Lagu Jalur Gemilang ini telah di lancarkan secara rasminya pada 9 Ogos 2003 untuk sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-46. Sejak daripada itu, lagu Jalur Gemilang terus dinyanyikan sebagai satu indentiti dan seruan kepada rakyat agar menghormati dan berbangga dengan bendera Malaysia.

Berikut adalah lirik Jalur Gemilang:

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Pencipta : Pak Ngah Suhaimi
Senikata : Siso
Gubahan : Pak Ngah
Penyanyi : Swara
Terbitan : Pak Ngah Production

Asal usul Jalur Gemilang

Asal usul Jalur Gemilang bermula apabila satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan diadakan pada bulan Mei 1948. Lebih kurang 373 telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Setelah melalui proses pemilihan serta pertimbangan, pada 15 November 1949 hanya ada tiga rekabentuk yang berjaya ke peringkat akhir.

Rekabentuk bendera yang kita ada sekarang adalah hasil karya seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Negeri Johor iaitu Saudara Mohamed Bin Hamzah yang telah mendapat majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada tanggal 22 dan 23 Febuari 1950.

Namun begitu, rekabentuk awal bendera tersebut telah mengalami beberapa perubahan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih telah diganti dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja.

26 Mei 1950 merupakan tarikh dimana buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan di hadapan Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Majlis pengibaran ini telah dihadiri oleh Sultan Selangor serta Menteri Besar Perak, Terengganu, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu.

Hari Pemasangan Bendera Malaysia

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) hendaklah dikibarkan pada hari pejabat biasa dan hari Kebesaran Persekutan dan Negeri.

Di peringkat negeri, ia dikibarkan pada hari berikut:

  • Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  • Hari Kebangsaan
  • Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri

Selain itu juga, sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari persekolahan biasa.

Rujukan Lain

Ramai pemilik kereta yang mengalami nasib warna kereta putih berubah menjadi kekuningan. Jom baca cara penjagaan kereta warna putih yg wajib dibuat..

Batuk tak hilang lagi? Atok kongsikan serba sedikit tentang petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah..

Barangan sekolah baru boleh menceriakan mood & perasaan anak-anak. Di sini atok list-kan senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli..

Oleh kerana cili-cili kering yg dijual di kedai memiliki rupa yg sama. Jadi, di sini atok bincangkan tips cara pilih cili kering tak pedas..

Kemerosotan ekonomi dijangka berlaku pada tahun 2023 ini. Jom bersedia. Kali ini atok akan kongsikan tentang cara menyimpan duit (gaji kecil)..

Baca beberapa cara simpan duit kahwin dalam masa terdekat yang boleh korang amalkan sebelum tarikh mendirikan rumah tangga korang tiba..

Bagi korang yang bekerja dalam sektor kerajaan pasti ingin mengetahui tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023. Jom lihat di sini..

Ada rumah lelong murah berdekatan? Atau korang mmg dah lama berniat membeli rumah lelong? Jom kita lihat adakah berbaloi beli rumah lelong..

Solat tahajjud ini akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan kubur nanti. Jadi, atok kongsikan bagaimana cara solat tahajud perempuan yang betul..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!