Sudah beberapa bulan 2022 melabuhkan tirainya dan kini digantikan dengan tahun yang baru iaitu tahun 2023. Pastinya, azam baru sudah mulai dilaksanakan. Tidak terlepas juga, pasti ada di antara korang yang telah beriltizam untuk menjadi salah seorang staf terbaik di tempat kerja korang. Oleh itu, bagi korang yang bekerja dalam sektor kerajaan pasti ingin mengetahui tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023.
Tarikh-tarikh pembayaran gaji 2023 ini sangat penting bagi mana-mana pekerja sektor awam kerana ianya dapat memberikan peringatan kepada setiap pekerja atau penjawat awam mengenai tarikh gaji, agar mereka dapat melakukan pengurusan perbelanjaan bulanan dengan baik dan berhemah.
Bukan itu sahaja, korang juga perlu tahu bahawa tarikh gaji penjawat awam dan swasta adalah berbeza. Hal ini dikatakan demikian kerana, tarikh gaji mereka yang bekerja swasta adalah tertakluk pada bahagian kewangan majikan masing-masing. Manakala bagi kakitangan kerajaan pula, tarikh gaji penjawat awam adalah sama bagi seluruh negeri.
Sebelum korang melihat tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023, korang perlu tahu bahawa jadual pembayaran gaji juga dikenali sebagai emolumen bulanan kakitangan awam atau penjawat awam persekutuan bagi tahun 2023. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap pembayaran gaji dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia (ANM).
Oleh itu, berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran gaji 2023.
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
---|---|---|---|
Januari | 17.01.2023 | Selasa | Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) |
Februari | 24.02.2023 | Jumaat | |
Mac | 24.03.2023 | Jumaat | |
April | 17.04.2023 | Isnin | Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad) |
Mei | 25.05.2023 | Khamis | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) |
Jun | 23.06.2023 | Jumaat | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) |
Julai | 25.07.2023 | Selasa | |
Ogos | 25.08.2023 | Jumaat | |
September | 25.09.2023 | Isnin | |
Oktober | 25.10.2023 | Rabu | |
November | 24.11.2023 | Jumaat | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
Disember | 19.12.2023 | Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin) |
Nota: Sekiranya Jadual pembayaran gaji penjawat awam 2023 di atas ‘crash‘ di paparan mobile atau smartphone korang, boleh rujuk jadual gaji dalam format jpg di bawah. Selain itu, korang juga boleh download jadual gaji 2023 yg lengkap melalui pautan yg disediakan di bawah perkongsian ini.
Isi Kandungan
tarikh pembayaran gaji 2023 – bulan Januari
Pada bulan Januari iaitu 17/01/2023 adalah hari pembayaran gaji bagi penjawat awam dan ianya jatuh pada hari Selasa. Pembayaran gaji pada bulan Januari telah di awalkan disebabkan pada bulan Januari akan adanya sambutan perayaan tahun baru cina iaitu pada 22 dan 23 bulan Januari 2023 iaitu hari ahad dan Isnin.
tarikh pembayaran gaji 2023 – bulan Februari dan Mac
Gaji bulan Februari 2023 kalau berdasarkan tarikh gaji penjawat awam adalah pada 24/02/2023 iaitu bersamaan hari Jumaat.
Seterusnya, gaji bulan Mac 2023. Untuk bulan Mac pula, tarikh pembayaran gaji penjawat awam turut dibayar pada 24/03/2023 iaitu pada hari Jumaat. Bagi bulan Februari dan Mac, pembayaran gaji akan dibuat pada tarikh kebiasaannya memandangkan pada bulan tersebut tiada cuti umum yg diwartakan.
Tarikh pembayaran gaji April dan Mei
Pada 17/04//2023 iaitu hari Isnin adalah tarikh dan hari yang diwartakan untuk pembayaran gaji bagi penjawat awam. Tarikh pembayaran ini juga diawalkan daripada kebiasaannya kerana pada bulan April terdapat cuti umum yang diberikan iaitu hari raya puasa yang bakal di sambut oleh mereka yang beragama islam pada 22 dan 23 April 2023 iaitu pada hari Sabtu dan ahad.
Seterusnya, pada bulan Mei pula pembayaran gaji akan di buat pada 25/05//2023 iaitu pada hari Khamis. Pembayaran gaji pada bulan Mei sama seperti kebiasaannya walaupun terdapat pesta Kaamatan pada hari Selasa dan Rabu adalah kerana sambutan tersebut akan di raikan pada 30 dan 31 Mei selepas tarikh biasa pembayaran gaji.
Tarikh pembayaran Gaji Jun hingga November
Pada bulan Jun hingga November tahun 2023, tarikh gaji penjawat awam adalah seperti tarikh kebiasaan iaitu 23,24 dan 25 hari bulan.
Pembayaran gaji pada bulan Jun akan diberikan pada 23 Jun 2023 manakala bagi bulan Julai hingga November adalah pada 25 hari bulan.
Walaupun pada bulan Jun, Julai dan November terdapat beberapa perayaan istimewa namun tarikh-tarikh bagi perayaan berikut adalah selepas ataupun sebelum tarikh kebiasaan gaji dikeluarkan.
Tarikh pembayaran Gaji Disember
Pada bulan Disember tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam diawalkan pada 19/12/2023 iaitu pada hari Selasa kerana pada bulan tersebut terdapat perayaan hari Krismas yang jatuh pada 25 Disember 2023 iaitu pada hari Isnin.
Inilah tarikh-tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023 yang telah ditetapkan kerajaan berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuatkuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15)
bertarikh 8 Jun 2021.
Ada di antara pembayaran gaji 2023 yang telah diawalkan agar kakitangan kerajaan awam dapat membuat persiapan untuk menyambut perayaan masing-masing.
Download Emolumen Gaji 2023
Bagi korang yang ingin download emolumen gaji 2023 dalam bentuk PDF untuk dilampirkan di dalam fail untuk tujuan rujukan akan datang. Korang boleh download di Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen 2023 (Lampiran 1) ini.
Rujukan Lain
Anak hanya menguasai kemahiran menulis dan mengira tetapi tidak untuk kemahiran membaca? Atok kongsikan beberapa cara mudah ajar anak membaca..
Ramai pemilik kereta yang mengalami nasib warna kereta putih berubah menjadi kekuningan. Jom baca cara penjagaan kereta warna putih yg wajib dibuat..
Batuk tak hilang lagi? Atok kongsikan serba sedikit tentang petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah..
Barangan sekolah baru boleh menceriakan mood & perasaan anak-anak. Di sini atok list-kan senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli..
Oleh kerana cili-cili kering yg dijual di kedai memiliki rupa yg sama. Jadi, di sini atok bincangkan tips cara pilih cili kering tak pedas..
Kemerosotan ekonomi dijangka berlaku pada tahun 2023 ini. Jom bersedia. Kali ini atok akan kongsikan tentang cara menyimpan duit (gaji kecil)..
Baca beberapa cara simpan duit kahwin dalam masa terdekat yang boleh korang amalkan sebelum tarikh mendirikan rumah tangga korang tiba..
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum 2023 Sabah. Semoga perkongsian cuti umum Wilayah Sabah bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Jom cuba yang ini..
- Petua Hilangkan Sakit Gusi Berdenyut. Lagi Sakit Dari Putus Cinta.. - 30th March 2023
- Senarai Harga Pakej Umrah 2023 & Syarikat Berlesen - 29th March 2023
- Senarai MRSM Di Malaysia - 28th March 2023