Cara Pilih Cili Kering Tak Pedas

Untuk memasak menggunakan cili kering yang pedas sebenarnya tidaklah menjadi masalah namun, ianya menjadi sedikit rumit jika ada di antara ahli keluarga yang mempunyai gastrik atau memiliki anak kecil yang tidak boleh memakan makanan yang terlalu pedas. Oleh itu, bagaimana cara sekalipun korang perlu mencari cili kering yang tidak pedas agar semua orang boleh memakan masakan yang dimasak dan korang juga dapat memasak seperti selalu. Namun begitu, pasti ada di antara korang yang tidak tahu bagaimana cara untuk memilih cili kering yang tidak pedas kerana cili-cili kering yang dijual di kedai memiliki rupa yang sama. Oleh itu, di bawah atok bincangkan serba ringkas cara pilih cili kering tak pedas.

Cara Pilih Cili Kering Tak Pedas

Jika dulu kalau emak-emak memasak pasti akan menggunakan cili kering yang banyak untuk memastikan setiap masakan akan terasa sedikit pedas.

Namun begitu, kini, emak-emak hanya akan menggunakan sedikit cili kering dek kerana cili kering pada zaman kini terlalu pedas. Walau bagaimanapun terdapat beberapa cara untuk memastikan cili yang dimasak tidak menjadi pedas.

Bergantung pada jenis masakan yang dimasak sebagai contoh masakan sambal ayam atau ayam masak merah perlu menggunakan asam jawa, sos tomato atau tambahan gula untuk memastikan cili kering yang digunakan tidak pedas.

Bukan itu sahaja, ada juga di antara korang yang cuba menggunakan cili kering yang sedikit di dalam masakan untuk mengelakkan rasa pedas yang keterlaluan.

Apabila menggunakan cili kering yang sedikit di dalam masakan pasti ada rasa yang kurang pada setiap masakan sebagai contoh jika korang ingin memasak mee goreng dengan menggunakan cili kisar yang sedikit, pasti rasanya mee goreng itu tidaklah sesedap atau sama seperti yang dimasak seperti selalu.

Cili kering ini juga sudah menjadi sebahagian bahan utama dalam masakan Melayu, jadi apabila dikurangkan dalam masakan maka masakan tersebut akan menjadi tidak sedap.

Pendek dan berkilat

Untuk pengetahuan korang, lada kering mempunyai tiga jenis iaitu tidak pedas, sederhana pedas dan pedas. Bagi cili kering yang tidak pedas, jenisnya adalah lebih pendek dan lebih gemuk berbanding cili kering yang lain.

Jika dilihat cili yang pedas berbentuk panjang dan licin manakala bagi yang sederhana pedas pula berbentuk panjang dan berkedut.

Dari segi fizikal cili korang boleh kenalinya melalui bentuk ukuran cili tersebut. Cili tak pedas mempunyai rupa yang licin persis sama seperti cili yang pedas tetapi berbeza dari segi bentuk cili tersebut.

Cakap saja pun susah juga kan. Ok.. korang lihat gambar yang atok sertakan di bawah..

Cili kering pedas, cili kering kurang pedas dan cili kering tak pedas,

Berdasarkan gambar di atas, jelas perbezaan di antara cili kering pedas, cili kering kurang pedas dan cili kering tak pedas.

Pasni, lebih mudah untuk korang yang ingin membeli lada kering tak pedas di kedai, korang hanya perlu melihat bentuk lada kering tersebut di mana jika bentuknya pendek, gemuk dan berkilat dan licin itu merupakan cili kering yang tidak pedas. Kalau keriting tu, memang yang pedas la kan. Justeru, ini merupakan salah satu cara pilih cili kering tak pedas.

Biji Cili

Seterusnya, cara pilih cili kering tak pedas bagi yang menginginkan cili kering yang tidak pedas adalah korang boleh melihatnya berdasarkan biji cili. Jika korang sudah membeli cili kering di kedai namun korang berasa was-was sama ada cili kering tersebut pedas ataupun tidak, korang boleh melihat pada biji cili tersebut.

Jika biji cili tersebut lebih banyak bermakna itu adalah cili kering pedas dan jika biji cilinya sedikit itu bermakna lada keringnya tak pedas.

Mahal

Selain itu, bagi korang yang ingin membeli cili kering yang tidak pedas korang boleh melihat pada harga yang diletakkan pada setiap cili kering yang dijual di kedai mahupun pasaraya.

Hal ini demikian kerana, cili kering yang tidak pedas harganya sedikit mahal dek kerana cili kering jenis ini sukar didapati dan ia biasanya banyak didapati di kawasan sebelah pantai timur. Oleh itu, dengan perbezaan harga yang dilabelkan pada setiap cili kering yang dijual itu boleh membantu korang untuk memilih lada kering yang tidak pedas.

Kesimpulannya, di atas ini merupakan beberapa cara pilih cili kering tak pedas yang boleh korang ketahui. Cara-cara yang diberikan ini sangat senang untuk dikenalpasti sekiranya korang ingin membeli lada kering di pasar.

Ada cara pilih cili kering yang tak pedas lagi sebenarnya tapi atok dah lupa. Korang yang ingat tu, boleh share dalam komen ok..

Ayam Masak Cili Kering

Atok jarang masak, memang tak pandai sangat pun. Tapi saja nak kongsi satu resepi masakan yang mudah. Namanya – ayam masak cili kering.

Sebenarnya, atok nak pecah rahsia la kan. Resepi ayam masak cili kering ni atok dapat masa tolong nenek korang masak. Atok hafal dan masukkan dalam blog ni. Gigih tu tulis dalam telefon masa tengah masak. Haha..

Untuk makluman, awal-awal atok nak bagi tahu yang resepi ni diolah daripada masakan Chinese style iaitu Ayam Sechuan tetapi dah diubahsuai lah ikut bahan-bahan dan citarasa atok sendiri.

Dari segi tahap kepedasan, siapa yang suka makan tak pedas korang pakailah tips pilih lada kering tak pedas tu. Nanti pegi pasar, korang aplikasikan tips dan cara pilih cili kering tak pedas yang atok dah kongsi di atas.

Ok untuk resepi ni pula. Ayam tu korang perap. Kemudian, goreng garing. Lepas tu, korang masak bersama bahan tumisan termasuk lah cili kering tak pedas yg korang dah jumpa kat pasar tu. Kalau suka, korang boleh hidang dengan telur dadar. Ikut selera masing-masing la.

Bahan-bahan untuk ayam goreng:

  • ½ ekor ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • ½ cawan air
  • 1 sudu besar kicap pekat manis

Bahan-bahan untuk lain:

  • Minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1-2 biji bawang merah kecil
  • 2 inci halia
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 pokok daun bawang
  • 5 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
  • Lada benggala
  • Sedikit air untuk kuah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara untuk goreng ayam:

1) Potong ayam menjadi bentuk kiub kecil.

2) Masukkan garam, sebuk kunyit, serbuk lada hitam, kicap pekat manis, kicap cair. Kemudian, gaul hinga mesra semuanya.

3) Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi. Bagi sekata.

4) Panaskan minyak. Goreng ayam hingga warna keperangan.

Cara-cara untuk kuah:

1) Bancuh tepung jagung, sos tiram, air dan kicap pekat. Bancuh sehingga larut semunya.

2) Panaskan minyak masak. Masukkan hirisan bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kacau 2-3 minit.

3) Masukkan cili kering (yang telah direndam dalam air panas tadi). Dan kacau 2-3 minit.

4) Masukkan hirisan daun bawang (bahagian putih), serbuk lada hitam dan ayam goreng. Kacau lagi.

5) Masukkan lada benggala, bancuhan tepung jagung tadi, air, hirisan daun bawang (bahagian hijau) dan garam. Kemudian kacau lagi. Kalau agak-agak dah masak, boleh angkat.

6) Hidang bersama nasi putih dan telur dadar. Perghh.. memang padu!

Rujukan Lain

Mandi wajib dilaksanakan untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada najis hadas besar. Korang ingat tak cara mandi wajib dengan betul?

Bagi korang yang ingat-ingat lupa cara pengiraan zakat pendapatan, artikel ini akan menunjukkan bagaimana cara kira zakat pendapatan dengan tepat..

Anak dah masuk tahun 4 tapi masih tak hafal-hafal sifir? Ibubapa pasti risau. Di sini ada dibincangkan beberapa kaedah mudah hafal sifir..

Anak hanya menguasai kemahiran menulis dan mengira tetapi tidak untuk kemahiran membaca? Atok kongsikan beberapa cara mudah ajar anak membaca..

Ramai pemilik kereta yang mengalami nasib warna kereta putih berubah menjadi kekuningan. Jom baca tips penjagaan kereta warna putih yg korang boleh cuba buat sendiri..

Batuk tak hilang lagi? Atok kongsikan serba sedikit tentang petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah..

Barangan sekolah baru boleh menceriakan mood & perasaan anak-anak. Di sini atok list-kan senarai keperluan barang sekolah rendah yang perlu dibeli..

Antara universiti awam atau universiti swasta, mana satu pilihan korang? Oleh itu, jom kita lihat senarai lengkap IPTA di Malaysia..

Menurut statistik, 2 – 6 orang daripada setiap 1,000 orang adalah penghidap autism. Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri autisme ringan yang mungkin ada pada anak korang!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!