Perbezaan Tingkatan 6, Matrikulasi Dan Diploma

Bagi pelajar lepasan SPM pasti kelirukan nak pilih pusat pengajian yang mana setelah tamat SPM? Oleh itu korang yang nak sambung pengajian dalam peringkat yang lebih tinggi tapi tak tahu nak pilih yang mana, maka di bawah ini akan dikongsikan tentang perbezaan tingkatan 6, matrikulasi, diploma. Atok akan pecahkan perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma berdasarkan permohonan, pembiayaan serta peluang melanjutkan pelajaran.

Perbezaan Tingkatan 6, Matrikulasi dan Diploma

Setiap pelajar pasti akan ada target atau pencapaian yang di capai dalam pelajaran. Sebagai contoh bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia pasti mempunyai target sendiri di mana mereka ingin sambung pengajian setelah habis peperiksaan SPM.

Hal ini kerana, bagi mereka yang lepasan SPM, mereka boleh memilih untuk menyambung pengajian sama ada di tingkatan 6, matrikulasi atau diploma. Berikut perbezaan di antara ketiga-tiganya..

Perbezaan Dari Segi Pemohonan

STPM (Tingkatan 6)

Tingkatan 6 ini juga dikenali sebagai Pra Universiti. Di mana bagi pelajar tingkatan 6, peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah setaraf dengan sijil diploma. Namun begitu, perbezaan bagi tingkatan 6 ini berbanding diploma dan matrikulasi ialah mana-mana para pelajar lepasan SPM yang lulus kesemua subjek asas automatik akan di tawarkan untuk menyambung pengajian di tingkatan 6.

Justeru, para pelajar lepasan SPM tidak perlu bersusah payah untuk memohon kerana permohonan adalah secara automatik. Namun begitu, bagi yang gagal untuk kemasukan tingkatan 6 maka akan dibenarkan membuat permohonan rayuan.

Matrikulasi/ Diploma

Bagi mereka yang memilih atau ingin memasuki matrikulasi maka mereka perlulah membuat permohonan secara UPU dan ianya sama sahaja seperti diploma. Hal ini kerana, untuk memasuki matrikulasi dan diploma tidak semudah tingkatan 6. Korang perlu melalui proses tapisan UPU berbanding tingkatan 6 yang akan ditawarkan secara automatik.

Perbezaan Tingkatan 6, Matrikulasi dan Diploma Dari Segi Pembiayaan

Tingkatan 6

Daripada segi pembiayaan juga berbeza di mana bagi tingkatan 6 tiada yuran dikenakan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan penuh kerajaan kecuali yuran PIBG sekolah. Bukan itu sahaja, mereka juga turut diberikan biasiswa.

Biasiswa ini boleh dimohon melalui sekolah masing-masing selepas menerima tawaran belajar di tingkatan 6. Selain itu, pelajar STPM juga tidak perlu bersusah payah untuk memohon bantuan PTPTN untuk membayar yuran pengajian memandangkan tiada yuran pembayaran dikenakan bagi pelajar tingkatan 6 berbanding pelajar diploma.

Matrikulasi

Untuk matrikulasi pula, korang perlu tahu bahawa pelajar program matrikulasi ini dibiayai oleh kementerian pelajaran Malaysia. Namun begitu, pasti korang nak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan pembiyaan ini?

Caranya mudah sahaja di mana permohanan yang korabg buat boleh dihantar melalui pusat matrikulasi masing-masing selepas menerima tawaran kemasukan. Ianya juga berbeza dengan merekan yang mengambil diploma.

Diploma

Bagi korang yang mengambil diploma pula, korang perlu tahu bahawa jumlah pembayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti berkenaan.

Yuran pengajian dan penginapan juga perlu di tanggung sendiri oleh pelajar. Oleh itu, bagi pelajar yang kurang berkemampuan, bolehlah membuat pinjaman PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Perbezaan Tingkatan 6, Matrikulasi dan Diploma Dari Segi Peluang Melanjutkan Pengajian

Tingkatan 6

Bagi mereka yang lepasan STPM sangat mudah untuk ditawarkan ke peringkat ijazah di mana jika PNGK anda melepasi 2.00 dan dengan syarat lulus mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya C+ maka pelajar tersebut layak untuk memohon UPU untuk menyambung ijazah.

Hal ini demikian kerana, untuk pengetahuan korang STPM merupakan sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan ianya juga dianggap antara peperiksaan yang paling sukar di dunia.

Matrikulasi

Untuk lepasan matrikulasi pula, ianya persis sama seperti STPM namun berbezanya adalah bagi lepasan matrikulasi, mereka perlu menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang, maka kadar atau peluang untuk menyambung pengajian di peringkat universiti sangat tinggi.

Hal ini demikian kerana, persaingan yang sengit dalam kalangan pelajar matrikulasi menjadikan ianya peluang yang terhad untuk terpilih menyambung pengajian sama ada dalam negara atau luar negara.

Diploma

Bagi lepasan diploma pula, mereka boleh terus bekerja jika mereka masih mahu menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Justeru, mereka perlu memohon melalui UPU sama seperti STPM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Namun begitu, ada juga lulusan diploma akan diserap terus ke ijazah jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Justeru, ini merupakan sedikit sebanyak perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma yang boleh korang ketahui sebagai contoh dari segi tempoh pengajian dan juga jurusan yang ditawarkan. Namun, setakat ini yang atok sempat kongsikan. Diharapkan perbezaan yang dinyatakan ini dapat membantu korang dalam memilih pusat pengajian yang terbaik bagi diri korang.

Rujukan Lain

Ini ialah jadual waktu peperiksaan SPM 2022. Termasuk jadual waktu SPM untuk ujian amali dan jadual waktu SPM untuk ujian bertulis..

Bagi korang yg ingin mengambil SPM persendirian ini, di sini dikongsikan tentang cara mengambil SPM Persendirian yang korang perlu tahu..

Di sini atok akan kongsikan senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp untuk tahun 2023. Adakah model smartphone lama korang termasuk?

Bagi korang yang mahu mengambil ujian MUET tahun ini, berikut akan dinyatakan tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023. Moga bermanfaat..

Mesti korang dah tak sabar nak bayar cukai kan? So, kali ni atok kongsikan cara bayar cukai pendapatan individu online. Ada dua kaedah mudah..

Roadtax ni kena renew setiap tahun untuk mengelakkan dikenakan saman. Sini atok kongsikan langkah atau cara renew roadtax dan insuran kereta.

Bagi korang yang ingin menyambung pengajian di UiTM, di sini dikongsikan beberapa senarai kursus pengajian di UiTM dan lokasi kampus..

Program MySTEP diteruskan lagi dengan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan! Minat nak mohon MySTEP? Jom baca cara memohon kerja MySTEP..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!