Cara Renew Roadtax Dan Insuran Kereta

Ramai yang menyebut cukai jalan atau road tax saja. Tapi tahukah orang, nama sebenar roadtax ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM). Roadtax adalah bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Jadi, kali ini atok akan kongsikan topik mengenai road tax renewal atau langkah mudah cara renew roadtax dan insuran kereta korang.

Cara Renew Roadtax Dan Insuran Kereta

Satu lagi, korang mesti buat road tax renewal dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, dengan kadar harga yg telah ditentukan. Road tax renewal ni korang kena buat pada setiap tahun untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan saman.

Kalau roadtax mati atau dah tamat tempoh, memang naya la Pak Karim. Korang kena hidupkan balik dan cara nak aktifkan balik cukai jalan adalah dengan memperbaharui atau ‘renew roadtax’ dengan membuat pembayaran kepada kerajaan.

Tapi dengan dua syarat utama. Pertama, korang kena bayar dulu semua saman JPJ atau PDRM. Kedua, korang kena perbaharui dahulu insurans kenderaan tersebut. Barulah boleh aktifkan semula roadtax.

Tak boleh ke kalau tak renew roadtax ni tok?

Tak boleh! Kalau korang tak hidupkan cukai jalan, korang boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) dan Seksyen 90 (1), Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987 kerana memandu kereta atau motosikal tanpa cukai jalan yang sah.

Nak hidupkan balik roadtax taklah sesusah mana pun, sekarang semua boleh buat online termasuk renew benda alah ni.

Ingat tak pasal insurans kenderaan tadi tu? Korang kena beli dulu insurans. Jadi, secara ringkas apa itu Insurans kereta?

Insurans kenderaan adalah sejenis perlindungan yang perlu korang beli sebagai pemilik kenderaan. Tujuan insurans kereta ini bagi melindungi pemandu atau pihak ketiga daripada sebarang risiko tuntutan kerosakan atau kerugian. Biasanya akibat daripada kemalangan la.

Ini untuk kebaikan korang juga. Perlindungan insurans kereta bakal membantu meringankan beban individu khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan seperti kemalangan kerana kosnya akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Ada banyak sebenarnya cara renew roadtax dan insuran kereta. Tapi untuk kali ini, atok hanya cover dua saja yakni cara renew roadtax dan insuran kereta melalui MyEG (secara online) dan cara renew roadtax dan insuran kereta di pejabat pos (secara offline).

Cara renew roadtax online

Cara renew roadtax online dan juga insurans kereta online adalah melalui myeg. MyEG adalah merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) bagi aplikasi Elektronik Kerajaan (E-Kerajaan) Malaysia.

MYEG berperanan membina, menjalankan dan memiliki saluran elektronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui sistem MyEG ini termasuklah memperbaharui roadtax dan insurans kereta.

Cara Mendaftar MyEG

Untuk mendaftar sistem MyEG ini, korang terlebih dahulu perlu mendaftar.

Follow langkah-langkah berikut:

  • Layari portal MyEG ini.
  • Klik pada ‘Login/Register’ dalam portal tersebut.
  • Klik butang ‘Create Account’ untuk mendaftar.
  • Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  • Klik pada ‘I’m not a robot’
  • Klik ‘Enter Details.’
  • Link pengesahan akan dihantar ke email korang.
  • Semak email dan klik pada link pengesahan yang dihantar.

Cara Renew Roadtax online & Insurans Kenderaan

Bagi memperbaharui roadtax dan insurans kenderaan, korang follow rapat-rapat langkah berikut:

  • Login semula dengan memasukkan eServices username/1MID email diikuti dengan kata laluan.
  • Klik logo ‘JPJ’ yang dipaparkan.
  • Pilih perkhidmatan yang dikehendaki sama ada: ‘Auto Insurance Renewal (Car)’ atau ‘Auto Insurance Renewal (Motorcycle)’
  • Lihat dan nilai perbandingan jenis insurans atau takaful yang dipaparkan.
  • Masukkan nombor plat kenderaan dan klik butang ‘Next.’
  • Pastikan maklumat kenderaan adalah betul dengan klik pada kotak pengesahan tersebut.
  • Lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki.
  • Pilih pakej insurans/takaful yang diinginkan.
  • Lengkapkan pembayaran.
  • Roadtax dan insurans/takaful di pos ke alamat korang yang didaftarkan di dalam sistem.

Renew roadtax di pejabat pos

Bagi yang malas nak tunggu roadtax dan insurans di pos. Kadang lama juga nak sampai tu. Ikut tempat korang tinggal la kan.

Dan ramai juga yang lebih suka berurusan secara bersemuka. Lagi pun, roadtax dan insurans pun boleh dapat terus.

Atok kongsikan cara renew roadtax di pejabat pos bagi yang baru first time.

Follow step ni:

  • Sediakan dokumen yang diperlukan (sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans sedia ada.
  • Hadir ke mana-mana Pejabat Pos berhampiran korang.
  • Ambil nombor dan tunggu sehingga nombor giliran korang dipanggil.
  • Cakap nak renew roadtax sambil serahkan dokumen di atas kepada staf pos.
  • Tunggu sehingga selesai.
  • Ambik roadtax
  • Masuk kereta, terus tampal.

Nota: Kalau insuran kereta korang pun dah mati, boleh renew sekali di Pejabat Pos tu. Jangan risau. bawa je cover note insurans lama.

So, itulah dia 2 cara renew roadtax dan insuran kereta. Korang leh pilih. Nak online, pakai MyEG. Nak renew roadtax sambil jalan-jalan, pilih Pejabat Pos. Nak jalan jauh sikit, pegi singgal kaunter JPJ. Moga membantu..

Rujukan Lain

Musim-musim hujan ni, banyak kawasan yg berpotensi dinaiki banjir. Bagaimana cara cek kawasan banjir? Bagaimana pula cara semak aras air? Baca sini..

Di sini, atok kongsikan jadual bayaran pencen JHEV 2023. Untuk dijadikan rujukan kepada para veteran tentera. Moga bermanfaat untuk semua..

Ini ialah jadual waktu peperiksaan SPM 2022. Termasuk jadual waktu SPM untuk ujian amali dan jadual waktu SPM untuk ujian bertulis..

Bagi korang yg ingin mengambil SPM persendirian ini, di sini dikongsikan tentang cara mengambil SPM Persendirian yang korang perlu tahu..

Di sini atok akan kongsikan senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp untuk tahun 2023. Adakah model smartphone lama korang termasuk?

Bagi korang yang mahu mengambil ujian MUET tahun ini, berikut akan dinyatakan tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023. Moga bermanfaat..

Mesti korang dah tak sabar nak bayar cukai kan? So, kali ni atok kongsikan cara bayar cukai pendapatan individu online. Ada dua kaedah mudah..

Bagi yg nak tahu cara mengeluarkan duit ASB melalui portal myASNB, di sini dikongsikan cara keluarkan duit ASB online melalui myASNB..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!