Senarai Telefon Pintar Tidak Boleh Guna WhatsApp

Salam gais. Bermula 1 Januari 2023 lepas, beberapa lagi telefon pintar atau smartphone model lama tidak akan dapat lagi menyokong perisian-perisian baharu termasuklah aplikasi popular WhatsApp. Di sini atok akan kongsikan senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp untuk tahun 2023.

Senarai Telefon Pintar Tidak Boleh Guna WhatsApp

Jika korang masih boleh update aplikasi WhatsApp di telefon pintar korang, ini bermakna telefon korang masih boleh menggunakan aplikasi tersebut.

Kalau dah tak boleh nak update, hmm.. harap maklum la ya.

Untuk update WhatsApp, macam biasa la kan. Pergi ke ‘tetapan umum’ dan memilih ‘kemaskini perisian’ di telefon bimbit masing-masing.

Bagi yang tak boleh update WhatsApp tu, ini bermakna korang dah perlu beli smartphone baharu atau menukar telefon pintar kepada versi yang lebih terkini untuk terus menikmati perkhidmatan sistem pesanan aplikasi WhatsApp.

Apa itu WhatsApp?

Pada asalnya, WhatsApp dibuat untuk pengguna iPhone. Kemudian, seiring dengan perkembangan semasa, aplikasi WhatsApp juga turut disediakan untuk versi BlackBerry, Android, Windows Phone dan Symbian.

Sekitar November 2010, WhatsApp cuma menduduki tempat ketiga sebagai aplikasi pemesejan terbanyak dimuat turun melalui Nokia Ovi Store, selepas Swype dan pusat permainan NHL premium.

Tetapi, menjelang Februari 2018, WhatsApp dikatakan telah mempunyai pangkalan data pengguna lebih dari 1.5 bilion pengguna. Ini menjadikan WhatsApp sebagai aplikasi pemesejan yang paling popular pada ketika itu.

WhatsApp seterusnya telah berkembang di beberapa negara, termasuk Brazil, India, dan sebahagian besar Eropah, termasuk United Kingdom dan Perancis.

WhatsApp Inc. yang berpangkalan di Mountain View, California, telah diperoleh oleh Facebook pada bulan Februari 2014 lalu dengan harga sekitar AS19.3 bilion.

Aplikasi WhatsApp membolehkan penghantaran mesej teks dan panggilan suara serta panggilan video, penghantaran imej dan media lain, perkongsian dokumen, dan juga lokasi pengguna.

WhatsApp beroperasi dari telefon pintar serta boleh diakses dari komputer. Perkhidmatan penggunaa WhatsApp memerlukan pengguna untuk menyediakan nombor mudah alih selular standard. Sebelum ini, pengguna hanya boleh berkomunikasi dengan orang lain secara individu atau dalam kumpulan pengguna individu.

Menjelang September 2017, WhatsApp telah mengumumkan platform perniagaan yang akan membolehkan syarikat atau perniagaan menyediakan khidmat pelanggan kepada pelanggan.

Senarai Model Telefon

Jadi, berikut merupakan senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp mulai tahun 2023:

Apple

  • iPhone 5
  • iPhone 5c
  • Archos

Archos

  • Archos 53 Platinum

ZTE

  • ZTE Grand S Flex
  • ZTE Grand X Quad V987
  • ZTE Memo V956

HTC

  • HTC Desire 500

Huawei

  • Huawei Ascend D
  • Huawei Ascend D1
  • Huawei Ascend D2
  • Huawei Ascend G740
  • Huawei Ascend Mate
  • Huawei Ascend P1
  • Huawei Ascend D quad XL

Lenovo

  • Lenovo A820

LG

  • LG Enact
  • LG Lucid 2
  • LG Optimus 4X HD
  • LG Optimus F3
  • LG Optimus F3Q
  • LG Optimus F5
  • LG Optimus F6
  • LG Optimus F7
  • LG Optimus L2 II
  • LG Optimus L3 II
  • LG Optimus L3 II Dual
  • LG Optimus L4 II
  • LG Optimus L4 II Dual
  • LG Optimus L5
  • LG Optimus L5 Dual
  • LG Optimus L5 II
  • LG Optimus L7
  • LG Optimus L7 II
  • LG Optimus L7 II Dual
  • LG Optimus Nitro HD

Samsung

  • Samsung Galaxy Ace 2
  • Samsung Galaxy Core
  • Samsung Galaxy S2
  • Samsung Galaxy S3 mini
  • Samsung Galaxy Trend II
  • Samsung Galaxy Trend Lite
  • Samsung Galaxy Xcover 2

Sony

  • Sony Xperia miro
  • Sony Xperia Arc S
  • Sony Xperia Neo L

Wiko

  • Wiko Cink Five
  • Wiko Darknight ZT

Menurut pihak WhatsApp, telefon pintar lama mungkin tidak mempunyai kemaskini atau update keselamatan yang terbaru dan kekurangan fungsi yang diperlukan untuk menjalankan (run) sistem operasi WhatsApp.

Setiap tahun, WhatsApp akan menganalisis model telefon pintar lama yang manakah yang akan dihentikan sokongan update. Dan salah satu aspek yang dipertimbangkan ialah bilangan pengguna yang masih setia menggunakan model telefon pintar berkenaan.

So, itu saja perkongsian kali ni mengenai senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kerana model telefon yang akan tak mendapat update WhatsApp akan bertambah lagi nanti (kalau pihak WhatsApp buat semakan terbaru model).

Diharap smartphone lama korang belum termasuk dalam senarai telefon pintar tidak boleh guna whatsapp di atas.

Rujukan Lain

Sebagai rakyat Malaysia, ketahuilah oleh mu akan intipati-intipati bajet 2023 ini. Termasuk bajet 2023 penjawat awam, bajet 2023 b40 dan lain-lain..

Baca 5 cara melegakan batuk bayi bagi ibu bapa yang agak sibuk atau menghadapi sebarang masalah untuk membawa bayi ke klinik. Penting untuk diketahui..

Bagi korang yang ingin mempelajari format surat kiriman rasmi, berikut merupakan surat kiriman rasmi format dan contoh. Moga berguna..

Musim-musim hujan ni, banyak kawasan yg berpotensi dinaiki banjir. Bagaimana cara cek kawasan banjir? Bagaimana pula cara semak aras air? Baca sini..

Di sini, atok kongsikan jadual bayaran pencen JHEV 2023. Untuk dijadikan rujukan kepada para veteran tentera. Moga bermanfaat untuk semua..

Ini ialah jadual waktu peperiksaan SPM 2022. Termasuk jadual waktu SPM untuk ujian amali dan jadual waktu SPM untuk ujian bertulis..

Bagi korang yg ingin mengambil SPM persendirian ini, di sini dikongsikan tentang cara mengambil SPM Persendirian yang korang perlu tahu..

Dividen ASB dah masuk! Malas pula nak beratur. Jadi kali ni, jom kita lihat cara daftar ASB online pertama kali dan semak dividen ASB..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!