Cara Memohon Kerja MySTEP

Pada tahun 2023 ini, program MySTEP diteruskan lagi dengan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan yang merangkumi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 peluang pekerjaan di GLC/GLIC dan Rakan Strategik. Minat nak mohon MySTEP? Jom baca cara memohon kerja MySTEP..

Cara Memohon Kerja MySTEP

Apa itu MySTEP?

MySTEP atau Malaysia Short-Term Employment Programme adalah inisiatif Kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik yg lain.

MySTEP disediakan untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Tanpa mengira latar belakang akademik, ini merupakan sebahagian usaha Kerajaan bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran para belia.

Penempatan MySTEP

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLC, GLIC dan Rakan Strategik

Tempoh Kontrak

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan dan tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (bagi Sektor Awam).

Penetapan kadar upah MySTEP

Penetapan kadar upah MySTEP sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

Jadual berikut menerangkah kadar upah yang telah ditetapkan untuk personel MySTEP:

Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikKadar Sektor Awam (RM)GLC, GLIC dan Rakan Strategik Saranan Kadar Minimum* (RM)
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas2,1002,100
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,9001,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,7001,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,5001,500

Nota: Kadar yang disarankan bergantung dan tertakluk kepada setiap program penempatan GLC/GLIC dan Rakan Strategik​

Kelayakan Memohon MySTEP

Belia yang memenuhi syarat kelayakan di bawah, adalah dipelawa memohon kerja MySTEP:

1) Warganegara Malaysia

2) 18 tahun ke atas

3) Lepasan Sekolah/Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas

4) Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing atau GLC, GLIC dan Rakan Strategik masing-masing.

Cara memohon kerja mystep

1) Korang hendaklah memohon melalui portal rasmi MySTEP.

2) Isikan segala maklumat yang diperlukan.

3) Muatnaik CV atau Resume yang saiz fail tidak melebihi 5MB dalam format PDF.

4) Tick ‘Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan Notis Privasi’.

5) Klik butang ‘Hantar’.

Beberapa Soalan Lazim Mengenai MySTEP

Apakah skop kerja MySTEP?

  1. Bagi sektor awam, skoop kerja MySTEP ialah untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian / Jabatan / Agensi dan tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP dibawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) 2023.
  2. Bagi GLC / GLIC / Rakan Strategik, skop tugas MySTEP adalah tertakluk kepada keperluan dan skop tugas yang ditetapkan setiap program penempatan masing-masing.

Bolehkah Personel MySTEP membuat tuntutan perjalanan?

Tidak. Personel MySTEP tidak layak Tuntutan Perjalanan

Adakah Personel MySTEP dibayar OT?

Tidak. Personel MySTEP tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa.

Adakah Personel MySTEP dianggap sebagai kakitangan awam?

Personel MySTEP bukan pegawai awam dan tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U (A) 1/2012], Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993], Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa ke atas pegawai awam.

Saya dapat kerja lain, bolehkah saya berhenti daripada MySTEP?

Boleh. Tiada masalah. Korang boleh menamatkan kontrak MySTEP lebih awal dari tarikh tamat kontrak itu dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya:

(i) Tujuh (7) hari bagi tempoh kontrak kurang dari enam (6) bulan.

(ii) Empat belas (14) hari bagi tempoh kontrak yang lebih dari enam (6) bulan.

Apakah kemudahan Lain yang diberikan kepada lantikan MySTEP?

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:

Jenis KemudahanSektor AwamGLC / GLIC / rakan strategik
Cuti Rehat12 hari setahun*Tertakluk kepada struktur program penempatan masing-masing
Cuti Sakit14 hari setahun*Tertakluk kepada struktur program penempatan masing-masing
Perlindungan SosialCaruman KWSP dan PERKESOCaruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

*Dikira secara purata (pro-rate) berdasarkan tempoh kontrak.

Demikian cara memohon kerja MySTEP yang dikongsikan kali ini, mudah-mudahan ianya berguna kepada korang yang sedang giat menanam anggur dan masih tercari-cari peluang pekerjaan.

Rujukan Lain

Nak masuk matrikulasi? Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah permohonan kemasukan matrikulasi 2023 dibuka, KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi..

Malas nak jalan jauh-jauh pegi kaunter semata-mata nak beli tiket bas? Tiada masalah. Kita belajar cara beli tiket bas online kali ni..

Dividen ASB dah masuk! Malas pula nak beratur. Jadi kali ni, jom kita lihat cara daftar ASB online pertama kali dan semak dividen ASB..

Bagi yg belum tahu cara membuat semakan baki loan Bank Rakyat secara online. Di sini dikongsikan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online..

Pemberian STR adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Di sini dikongsikan cara login STR 2023 & soalan-soalan lazim mengenai STR 2023.

Bagi yg nak tahu caran mengeluarkan duit ASB melalui portal myASNB, di sini dikongsikan cara keluarkan duit ASB online melalui myASNB..

Pasport korang dah tamat tempoh? Nak ke luar negara dalam masa terdekat ini? Baca cara renew passport Malaysia online ni utk rujukan korang..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!