Kemasukan Matrikulasi 2023 (Dan Cara Permohonan)

Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998. Ia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan korang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah permohonan kemasukan matrikulasi 2023 dibuka, KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi yakni 16 Januari 2023 hingga 16 April 2023. Korang juga boleh follow cara-cara permohonan matrikulasi 2023 di bawah..

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2023

Program Matrikulasi KPM adalah bertujuan memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan korang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Semua lulusan Program Matrikulasi KPM akan dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Apa yang menarik minat ramai mengikuti program matrikulasi ialah pembiayaan pengajian dan kos sara hidup ditanggung oleh KPM di peringkat matrikulasi. Korang tidak perlu membayar balik bantuan kewangan yang diberikan.

Walau bagaimanapun, sila pastikan korang mendapat keputusan yang cemerlang. Kerana persaingan sangat tinggi untuk merebut tempat di peringkat pengajian ijazah di IPTA.

Kalau sekadar keputusan atas pagar, CPGA 2.00 atau CGPA 3.00 dan ke bawah, korang memang sukar untuk berjaya dalam permohonan ke universiti awam bagi kursus ijazah yang korang impikan.

Apa itu matrikulasi?

Matrikulasi adalah program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti. Kuota matrikulasi ialah 90% Bumiputera dan 10% Bukan Bumiputera.

Program persediaan pra-universiti ini dahulunya dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Amalan itu sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza mengikut dasar IPTA masing-masing.

Kemudiannya, KPM mengambilalih dan menyatukan kesemua program matrikulasi. Ini bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program matrikulasi. Pengambilalihan program matrikulasi ini dilakukan secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (perintis) dari kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999.

Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah lagi pusat / kolej lain yang turut mengendalikan program matrikulasi ialah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang.

Objektif Bahagian Matrikulasi, KPM adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan Malaysia.

Walaupun program Matrikulasi kini dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, KPM. Ini bukan menidakkan peranan universiti awam (IPTA). Peranan universiti awam (IPTA) tetap diperlukan. Universiti awam (IPTA) masih terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan.

Bahagian Matrikulasi yang diberi tanggungjawab mengurus program ini telah berjaya memenuhi syarat pensijilan MS ISO 9001:2000 dengan audit terkini dilakukan pada 15 – 16 Jun 2009.

Program Matrikulasi yang ditawarkan

Matrikulasi KPM menawarkan empat jurusan iaitu:

1) Jurusan Sains (Dua Semester dan Empat Semester):

i. Aliran Sains Hayat
ii. Aliran Sains Fizikal
iii. Aliran Sains Komputer

2) Jurusan Kejuruteraan (Dua Semester):

i. Aliran Asas Kejuruteraan
ii. Aliran Kejuruteraan Awam
iii. Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
iv. Aliran Kejuruteraan Mekanikal

3) Jurusan Perakaunan (Dua Semester)

4) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) (Dua Semester)

Takwim Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2023

Tarikh Permohonan dibuka : 16 Januari 2023
Tarikh Permohonan: ditutup 16 April 2023

Tapi, sebelum korang mengisi permohonan kemasukan matrikulasi 2023, sila pastikan korang memenuhi syarat kelayakan berikut:

Kelayakan umum Matrikulasi 2023

A) Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2023.

B) Korang perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti berikut dalam peperiksaan SPM tahun semasa

Syarat permohonan Matrikulasi 2023

Berikut ialah syarat permohonan matrikulasi 2023, korang mestilah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2021:

Jurusan Sains

  • Gred C Bahasa Melayu
  • Gred C Bahasa Inggeris
  • Gred B Matematik
  • Gred C Matematik Tambahan
  • Gred C Kimia
  • Gred C Fizik atau Biologi
  • dan
  • Lulus Sejarah

Jurusan Kejuruteraan

  • Gred C Bahasa Melayu
  • Gred C Bahasa Inggeris
  • Gred B Matematik
  • Gred C Matematik Tambahan
  • Gred C Fizik
  • Lulus Kimia
  • Lulus Sejarah
  • dan
  • Gred C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
  • Biologi / Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Kimia.

Jurusan Perakaunan

  • Gred C Bahasa Melayu
  • Gred C Bahasa Inggeris
  • Gred C Matematik
  • Lulus Sejarah
  • dan
  • Gred C dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
  • Fizik / Kimia/ Biologi / Sains / Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Matematik Tambahan.

Jurusan Perakaunan Profesional

  • Gred C Bahasa Melayu;
  • Gred A Bahasa Inggeris;
  • Gred A Matematik;
  • Gred C Matematik Tambahan;
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Ujian aptitud
  • dan
  • Lulus temuduga
  • dan
  • Gred A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
  • Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik.

Sekiranya korang dah memenuhi syarat-syarat di atas, bolehlah membuat permohonan kemasukan matrikulasi 2023 apabila tarikh permohonan dibuka sampai.

Cara permohonan matrikulasi 2023

  1. Korang klik portal matrikulasi KPM.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Kemudian, klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  4. Masukkan No Kad Pengenalan dan Angka Giliran SPM dan klik butang ‘Cari.’
  5. Seterusnya, isikan maklumat diri dan klik pada butang ‘Daftar.’
  6. Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  7. Isikan maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  8. Klik butang ‘Hantar Permohonan’.
  9. Korang perlu cetak borang permohonan untuk kegunaan rujukan.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan bagi mendapatkan maklumat lanjut yang korang perlukan berkaitan permohonan Matrikulasi ini, sila hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) melalui mana-mana saluran berikut:

  • Emel: mohon.matrik@moe.gov.my
  • Talian telefon: 03-8884 4083/4042/4098
  • Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

Atok ucapkan selamat membuat permohonan kemasukan matrikulasi 2023. Didoakan korang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke program Matrikulasi. InsyaAllah..

Rujukan Lain

Bagi korang yg ingin mengambil SPM persendirian ini, di sini dikongsikan tentang cara mengambil SPM Persendirian yang korang perlu tahu..

Di sini atok akan kongsikan senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp untuk tahun 2023. Adakah model smartphone lama korang termasuk?

Bagi korang yang mahu mengambil ujian MUET tahun ini, berikut akan dinyatakan tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023. Moga bermanfaat..

Mesti korang dah tak sabar nak bayar cukai kan? So, kali ni atok kongsikan cara bayar cukai pendapatan individu online. Ada dua kaedah mudah..

Roadtax ni kena renew setiap tahun untuk mengelakkan dikenakan saman. Sini atok kongsikan langkah atau cara renew roadtax dan insuran kereta.

Bagi korang yang ingin menyambung pengajian di UiTM, di sini dikongsikan beberapa senarai kursus pengajian di UiTM dan lokasi kampus..

Nak sambung belajar? Atok akan pecahkan perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma berdasarkan beberapa kriteria. Moga membantu korang memilih..

Tidak susah sebenarnya untuk menambahkan berat badan bayi. Ini merupakan cara menambah berat badan bayi baru lahir yang perlu korang tahu.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!