Pendaftaran MUET Sesi 1 2023

Untuk makluman semua, ujian MUET ini melibatkan ujian lisan dan juga ujian bertulis di mana ujian lisan adalah speaking dan ujian bertulis adalah writing, reading dan juga listening. Bagi korang yang ingin mengambil ujian MUET ini, pendaftaran MUET dibuka 3 kali setahun yakni sesi pertama, sesi kedua dan sesi ketiga. Kenapa pendaftaran sesi ujian MUET dibuka sebanyak 3 kali? Kerana ianya dapat memudahkan calon untuk merancang masa bagi mengambil ujian MUET ini di mana-mana sesi yang korang ada kesempatan. Oleh itu, bagi korang yang mahu mengambil ujian MUET tahun ini, berikut akan dinyatakan tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023.

Pendaftaran MUET Sesi 1 2023

Selain penggunaan bahasa Melayu yang penting dalam kalangan rakyat Malaysia, penggunaan bahasa Inggeris juga tidak terkecuali juga menjadi salah satu penggunaan bahasa yang penting dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan bahasa Inggeris sering digunakan semasa seseorang individu pergi menemuduga pekerjaan terutama di syarikat yang besar dan majikannya berbangsa cina mahupun India.

Bukan itu sahaja, bagi para pelajar yang akan menjalani latihan industri dan bekerja juga pasti akan menggunakan bahasa Inggeris semasa sesi temuduga untuk memastikan pihak syarikat tertarik untuk mengambil mereka sebagai salah seorang pekerja.

Oleh itu, para pelajar harus bekerja keras untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka dalam kehidupan terutama sekali dalam mencari pekerjaan.

Oleh itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah pun memperkenalkan Malaysia University English Test (MUET) kepada para pelajar bagi mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka.

Bukan itu sahaja MUET ini merupakan ujian bahasa berperingkat dengan bertujuan mengukur tahap kemampuan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar seperti pelajar Pra Universiti, Matrikulasi, Asasi dan Diploma.

Bagi mereka yang menyambung pengajian di peringkat Pra Universiti dalam mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) wajib untuk mengambil ujian MUET ini dek kerana ujian MUET ini sangat penting bagi salah satu syarat am untuk kemasukan ke sesetengah universiti di seluruh universiti awam (UA) di dalam Malaysia.

Apa itu MUET?

MUET (Malaysian University English Test) atau dalam bahasa melayunya dipanggil Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia merupakan ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia.

MUET turut diterima di sesetengah universiti di Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di universiti awam perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian MUET ditadbir dan diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Pelajar yang bercadang memohon masuk program Perubatan (Medicine) perlu mendapat Band 5 dalam ujian MUET. Manakala, untuk program undang-undang (Law) di UITM and UM memerlukan Band 4 dalam ujian MUET untuk layak diterima masuk.

Ujian MUET diadakan 3 kali setahun. Calon boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada awal, pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian MUET pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari. Manakala pendaftaran untuk ujian MUET akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai.

Tarikh Daftar MUET sesi 1 2023

  • 7 Disember 2022 tarikh pendaftaran di buka dan 10 Januari 2023 tarikh pendaftaran ditutup.
  • Tarikh ujian speaking adalah 13,14,15,16, 20 dan 21 Mac 2023.
  • Tarikh ujian bertulis adalah 1 April 2023.

Berikut yang dinyatakan di atas adalah tarikh pendaftaran MUET Sesi 1 2023. Seterusnya adalah cara membuat pendaftaran MUET 2023 secara online.

Cara membuat Pendaftaran MUET Sesi 1 2023

Bagi pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1 kali ni, boleh follow cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023 berikut:

1. Pergi ke MUET 2023 Private Candidates Online Registration. Kemudian klik MUET daftar atau di panduan pendaftaran.

2. Seterusnya, korang cuma perlu klik pada butang ‘Registration Form’.

3. Di Exam Centre, pilih negeri korang dan pilih pusat ujian.

4. Di Personal Detail, lengkapkan semua butiran calon.

5. Buat bayaran sebanyak RM1.00. Bayar guna FPX atau Kad Debit/KadKredit.

6. Kemudian, korang akan dapat slip pendaftaran atau Statement of Registration (MUET/PP).

Senang je kan?

Kalau masih tak faham juga, korang leh rujuk panduan pendaftaran MUET ni.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedahnya jika korang mengambil ujian MUET ini. Hal ini demikian kerana, ujian MUET ini sangat penting bukan sahaja untuk mendapatkan pekerjaan tetapi ianya penting juga dalam memudahkan komunikasi dengan individu yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utamanya seperti pelancong daripada luar negara.

Justeru, bagi para pelajar yang ingin menduduki ujian MUET, korang bolehlah melihat tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023 seperti yang telah dinyatakan di atas ini.

Rujukan Lain

Baca 5 cara melegakan batuk bayi bagi ibu bapa yang agak sibuk atau menghadapi sebarang masalah untuk membawa bayi ke klinik. Penting untuk diketahui..

Bagi korang yang ingin mempelajari format surat kiriman rasmi, berikut merupakan surat kiriman rasmi format dan contoh. Moga berguna..

Musim-musim hujan ni, banyak kawasan yg berpotensi dinaiki banjir. Bagaimana cara cek kawasan banjir? Bagaimana pula cara semak aras air? Baca sini..

Di sini, atok kongsikan jadual bayaran pencen JHEV 2023. Untuk dijadikan rujukan kepada para veteran tentera. Moga bermanfaat untuk semua..

Ini ialah jadual waktu peperiksaan SPM 2022. Termasuk jadual waktu SPM untuk ujian amali dan jadual waktu SPM untuk ujian bertulis..

Bagi korang yg ingin mengambil SPM persendirian ini, di sini dikongsikan tentang cara mengambil SPM Persendirian yang korang perlu tahu..

Di sini atok akan kongsikan senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp untuk tahun 2023. Adakah model smartphone lama korang termasuk?

Bagi yg belum tahu cara membuat semakan baki loan Bank Rakyat secara online. Di sini dikongsikan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!