Pasti ada di antara korang yang ternanti-nanti akan tarikh peperiksaan SPM 2022 kerana ingin membuat persediaan awal untuk memasuki dewan peperiksaan dan menjawab segala soalan yang terdapat pada kertas soalan. Justeru, di bawah ini akan dikongsikan jadual waktu peperiksaan SPM 2022. Termasuk jadual waktu peperiksaan SPM 2022 untuk ujian amali dan jadual waktu peperiksaan SPM 2022 untuk ujian bertulis.
Apabila memasuki tingkatan 5, perasaan yang paling menakutkan atau mendebarkan adalah menanti tarikh peperiksaan SPM.
Isi Kandungan
Apa itu SPM?
SPM ialah kependekan daripada Sijil Pelajaran Malaysia. Sijil Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama dan dijalankan secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah. Sijil Pelajaran Malaysia diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.
SPM terbuka kepada semua pelajar yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah atau sekurang-kurangnya telah menghabiskan dua tahun sekolah menengah selepas PMR/PT3.
Objektif Sijil Pelajaran Malaysia adalah untuk persijilan mata pelajaran. Sijil Pelajaran Malaysia merekodkan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja. Syarat minimum Sijil Pelajaran Malaysia ialah lulus Bahasa Melayu.
Sijil Pelajaran Malaysia digunakan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang hendak diikuti. Sijil Pelajaran Malaysia juga digunakan untuk kelayakan mendapatkan biasiswa serta untuk tujuan mendapatkan pekerjaan.
Detik-detik peperiksaan SPM
Setiap kali tiba detik-detik peperiksaan SPM, semua pelajar tingkatan 5 akan berlumba-lumba untuk mengulangkaji pelajaran supaya apabila mereka memasuki dewan peperiksaan, mereka sudah bersedia untuk menjawab segala soalan yang terdapat pada kertas soalan.
Namun begitu, bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2022, mereka tidak dapat untuk mengambil ujian SPM bagi sesi 2022 dek kerana wabak yang melanda seluruh rakyat Malaysia iaitu Covid19. Justeru, kerana itu, peperiksaan SPM 2022 bakal dilaksanakan pada tahun 2023.
Untuk makluman, berikut merupakan tarikh-tarikh penting peperiksaan SPM 2022 seperti yang telah diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Menurut Lembaga peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, peperiksaan bertulis SPM 2022/2023 akan di adakan pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023 di mana ujian amali akan diadakan pada bulan Februari 2023 dan ujian bertulis akan diadakan pada bulan Februari hingga Mac.
Berikut merupakan jadual waktu peperiksaan SPM 2022:
Jadual peperiksaan SPM 2022 – ujian amali
Dibawah ini adalah jadual peperiksaan SPM 2022 ujian amali.
- Ujian bertutur (Bahasa Melayu) pada 7,8,9 Februari 2023.
- Ujian amali sains (Fizik, Kimia, Biologi) akan dilaksanakan pada 30,31 Januari dan 2 Februari 2023.
- Ujian mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) akan dilaksanakan pada 16 Februari 2023.
- Ujian bertutur (Bahasa Melayu) akan dilaksanakan pada 13,14 dan 15 Februari 2023.
Ini merupakan jadual waktu peperiksaan SPM 2023 bagi ujian amali. Selanjutnya merupakan jadual waktu bagi peperiksaan SPM ujian bertulis pula.
Jadual waktu peperiksaan SPM 2022 – ujian bertulis
Februari 2023
- 20 dan 21 Februari 2023 (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual, Tasawwur Islam)
- 22 dan 23 Februari 2023 (Pendidikan Islam, Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Syari’ah, Sains Komputer)
- 27 dan 28 Februari 2023 (Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Reka Cipta, Matematik)
Mac 2023
- 1 dan 2 Mac 2023 (Sains, Lukisan Kejuruteraan, Fizik, Sains Rumah Tangga)
- 6 dan 7 Mac 2023 (Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Biologi)
- 8 dan 9 Mac 2023 (Kimia, Bahasa Cina, Sains Tambahan, Pengajian Keusahawanan)
- 13 dan 14 Mac 2023 (Matematik Tambahan, Pengajian Kejuruteraan, Sains Sukan)
- 15 Mac 2023 (Geografi, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Kesusasteraan Cina, Kesusasteraan Tamil)
Ini pula adalah jadual waktu peperiksaan SPM 2022 bagi ujian bertulis yang dilaksanakan mulai Februari 2023 sehingga Mac 2023 seperti yang telah dinyatakan dan dikeluarkan oleh Lembaga peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022
Untuk jadual waktu lengkap, korang boleh download jadual waktu rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan di pautan Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 ini.
Kesimpulannya, bagi korang yang menantikan jadual waktu peperiksaan SPM 2022, di atas ini telah dinyatakan bagi jadual peperiksaan SPM bagi ujian amali dan juga ujian bertulis.
Justeru, bagi para pelajar SPM tahun 2022, korang dah boleh bersiap sedia untuk menghadapi gelombang peperiksaan SPM yang akan tiba pada tahun 2023.
Bukan itu sahaja, para pelajar juga perlu mematuhi dan peka terhadap jadual peperiksaan yang di keluarkan supaya tiada pelajar yang tercicir dalam menjawab semua subjek kertas soalan yang di keluarkan.
Justeru, diharapkan agar para pelajar yang akan menduduki SPM 2022 bakal menjawab semua kertas soalan yang diberikan dengan tenang dan mudah.
Semoga perkongsian ini juga dapat membantu para pelajar yang ingin mengetahui tarikh jadual waktu peperiksaan dengan merujuk jadual di atas.
Rujukan Lain
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Kelantan 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Kelantan bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari..
Sebagai rakyat Malaysia, ketahuilah oleh mu akan intipati-intipati bajet 2023 ini. Termasuk bajet 2023 penjawat awam, bajet 2023 b40 dan lain-lain..
Baca 5 cara melegakan batuk bayi bagi ibu bapa yang agak sibuk atau menghadapi sebarang masalah untuk membawa bayi ke klinik. Penting untuk diketahui..
Bagi korang yang ingin mempelajari format surat kiriman rasmi, berikut merupakan surat kiriman rasmi format dan contoh. Moga berguna..
Musim-musim hujan ni, banyak kawasan yg berpotensi dinaiki banjir. Bagaimana cara cek kawasan banjir? Bagaimana pula cara semak aras air? Baca sini..
Di sini, atok kongsikan jadual bayaran pencen JHEV 2023. Untuk dijadikan rujukan kepada para veteran tentera. Moga bermanfaat untuk semua..
Nak masuk matrikulasi? Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah permohonan kemasukan matrikulasi 2023 dibuka, KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi..
- Petua Hilangkan Sakit Gusi Berdenyut. Lagi Sakit Dari Putus Cinta.. - 30th March 2023
- Senarai Harga Pakej Umrah 2023 & Syarikat Berlesen - 29th March 2023
- Senarai MRSM Di Malaysia - 28th March 2023