Cukai Pendapatan Individu & Cara Bayar Online

Sebagai rakyat yang baik, korang kenalah bayar cukai pendapatan individu. Bayarlah dengan gembira kerana hasil daripada cukai pendapatan ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus negara kita dan juga digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Kerajaan memperuntukkan cukai yang dikutip bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat. Nampak tak kegunaan cukai tu? Mesti korang dah tak sabar nak bayar cukai kan? So, kali ni atok kongsikan sedikit info mengenai cukai pendapatan individu & cara bayar online.

Cara Bayar Cukai Pendapatan Individu Online

Nota: Untuk pekerja swasta ataupun penjawat awam, korang hendaklah bayar cukai sebelum 30 April, manakala bagi pemilik perniagaan, korang harus menjelaskan cukai pada atau sebelum 30 Jun.

Apa Itu Cukai Pendapatan?

Cukai pendapatan ialah potongan yang dikenakan pada setiap tahun terhadap korang yang menerima pendapatan daripada keuntungan daripada sesuatu perniagaan, keuntungan daripada penggajian; dividen, faedah atau diskaun; sewa, royalti atau premium; pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan apa-apa keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.

Cukai ini dipungut dengan sumber kuasa daripada Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP), dan Kementerian Kewangan mempertanggungjawabkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) untuk memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Siapa Yang Kena Cukai Pendapatan?

Cukai pendapatan dikenakan kepada setiap rakyat yang pendapatan terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran. Korang yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Berapa pula nilai ambang tu? Korang yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan korang yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Apa yang best ialah sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.

Terdapat dua kaedah cara bayar cukai pendapatan individu online iaitu melalui FPX dan menggunakan Kad Kredit.

Cara bayar cukai pendapatan individu melalui FPX

  • Layari portal ByrHASIL
  • Klik pada gambar FPX
  • Pilih “Jenis Pengenalan”
  • Masukkan “No. Pengenalan”
  • Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan
  • Klik butang “Submit”
  • Pilih “Kod dan Jenis Bayaran:”
  • Pilih “Tahun Pentaksiran”
  • Pilih “Bilangan Ansuran”
  • Masukkan “Amaun Cukai (RM)”
  • Klik butang “Hantar”

Kemudian selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet.

Cara bayar cukai pendapatan individu menggunakan Kad Kredit

  • Layari portal ByrHASIL
  • Klik pada gambar / logo Visa / Master Card / American Express
  • Pilih “Jenis Pengenalan”
  • Masukkan “No. Pengenalan”
  • Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan
  • Klik butang “Submit”
  • Pilih “Kod dan Jenis Bayaran:”
  • Pilih “Tahun Pentaksiran”
  • Pilih “No Ansuran”
  • Pilih Jenis Kad
  • Pilih Ezpay (Untuk bayaran secara ansuran)
  • Masukkan “Amaun Cukai (RM)”
  • Klik butang “Hantar”

Seterusnya, korang selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat kad kredit.

Kaedah lain pembayaran cukai pendapatan individu

Selain dua kaedah membayar cukai pendapatan individu online di atas, korang juga boleh melakukan pembayaran cukai pendapatan individu melalui mana-mana kaedah lain di bawah:

  • Portal MyTax guna pautan ini dan pilih ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
  • Perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  • Kaunter Pos Malaysia yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  • Kaunter bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  • Mesin deposit tunai bank (CDM) yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
  • Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM

Sebarang pertanyaan

Sekiranya korang menghadapi sebarang masalah berhubung pembayaran cukai pendapatan individu, Sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan atau buat panggilan ke:

Hasil Care Line LHDN
Telefon : 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (9.00 am hingga 5.00 pm)

Beberapa soalan lazim mengenai cukai pendapatan individu

Perlukah korang mendaftar nombor cukai pendapatan individu?

Ya, korang perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya:

  • Korang bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Korang berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Korang yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Korang ialah pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Korang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Korang menjual/membeli hartanah

Bagaimana cara nak daftar nombor cukai pendapatan ni?

Korang boleh membuat pendaftaran nombor cukai pendapatan sama ada :

  • Secara online melalui aplikasi e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my;
  • Secara manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Apa dokumen yang diperlukan semasa pendafataran nombor cukai pendapatan?

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Pendaftaran secara online:

  • Paspot bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Manual:

  • Borang CP600
  • Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
  • Penyata pendapatan/slip gaji

Ok semua dah siap. Apa perlu saya buat sekarang?

Setelah ada nombor cukai pendapatan, korang bertanggungjawab untuk:

  • Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada menggunakan borang kertas atau melalui aplikasi e-Filing.
  • Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
  • Mengira cukai pendapatan.
  • Menyimpan rekod, dokumen dan helaian kerja selama tujuh (7) tahun bagi tujuan pengauditan.

Itulah dia, perkongsian cara bayar cukai pendapatan individu online untuk kali ini. Ada dua cara mudah. Selain itu, juga dikongsikan juga beberapa kaedah tambahan untuk membayar cukai pendapatan individu. Moga bermanfaat kepada korang.

Rujukan Lain

Bagi korang yang ingin mempelajari format surat kiriman rasmi, berikut merupakan surat kiriman rasmi format dan contoh. Moga berguna..

Musim-musim hujan ni, banyak kawasan yg berpotensi dinaiki banjir. Bagaimana cara cek kawasan banjir? Bagaimana pula cara semak aras air? Baca sini..

Di sini, atok kongsikan jadual bayaran pencen JHEV 2023. Untuk dijadikan rujukan kepada para veteran tentera. Moga bermanfaat untuk semua..

Ini ialah jadual waktu peperiksaan SPM 2022. Termasuk jadual waktu SPM untuk ujian amali dan jadual waktu SPM untuk ujian bertulis..

Bagi korang yg ingin mengambil SPM persendirian ini, di sini dikongsikan tentang cara mengambil SPM Persendirian yang korang perlu tahu..

Di sini atok akan kongsikan senarai telefon pintar tidak boleh guna WhatsApp untuk tahun 2023. Adakah model smartphone lama korang termasuk?

Bagi korang yang mahu mengambil ujian MUET tahun ini, berikut akan dinyatakan tarikh dan cara pendaftaran MUET Sesi 1 2023. Moga bermanfaat..

Pemberian STR adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Di sini dikongsikan cara login STR 2023 & soalan-soalan lazim mengenai STR 2023.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!