Senarai Harga Pakej Umrah 2023 & Syarikat Berlesen

Umrah merupakan kunjungan ke Baitullah Al-Haram yang terletak di Mekah Al-Mukarramah. Umrah merupakan ibadah yang amat galakkan untuk ditunaikan oleh setiap muslim yang berkemampuan dari segi sudut kewangan, fizikal dan juga mental. Ibadah umrah ini biasanya boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam setiap tahun. Jadi, tujuan Atok menulis artikel ini untuk kongsikan kepada korang semua senarai harga pakej umrah 2023 dan syarikat berlesen yang korang boleh percayai kalau korang merancang pergi umrah dalam bulan ramadan atau dalam tahun ini.

Senarai Harga Pakej Umrah 2023 & Syarikat Berlesen

Memandangkan tahun 2023 tahun yang Atok dapati mengalami kenaikan harga. Hal ini demikian kerana, harga pakej umrah yang disebarkan menerusi media massa yang naik kerana harga penginapan dan tiket penerbangan, sewa hotel, pengangkutan, tambang kapal terbang dan faktor-faktor luar kawalan.

Senarai harga pakej umrah 2023 & syarikat berlesen

Jadi, dengan senarai harga pakej umrah 2023 dan syarikat berlesen ini bolehlah korang jadikan rujukan dan pilih mengikut kemampuan masing-masing.

1. Pakej Andalusia Umrah 2023:

Pakej Andalusia Umrah menawarkan pelbagai pakej umrah. Antara pakej Umrah yang ditawarkan oleh syarikat Andalusia adalah:

I. Umrah Ziarah
II. Umrah Penerbangan Terus
III. Umrah Penerbangan Transit
IV. Umrah Penerbangan Biasa
V. Umrah Ramadhan
VI. Umrah Syawal

Kesemua pakej mempunyai harga yang berbeza-beza. Kalau korang berminat dengan Pakej Andalusia Umrah ini korang boleh menerusi laman web umrah andalusia.

2. Tabung Haji Travel:

Tabung haji travel mempunyai dua pakej untuk korang menunaikan umrah.

I. Pakej Fairuz: Harga bermula daripada RM8190
II. Pakej Nilam: Harga bermula daripada RM10590

Untuk kmaklumat lanjut mengenai pakej umrah yang Tabung Haji Travel ini korang boleh layari laman web Tabung Haji Travel.

3. Al-Quds Umrah dan Tours:

Al Quds Umrah menawarkan pakej umrah dengan 80% penginapan para jemaah yang lepas di Hotel Anjum, Mekah. Sejak 2016, Al Quds telah membawa lebih 32,000 jemaah umrah menginap di Hotel Anjum. Apa yang Atok dapat simpulkan di sini, untuk pakej umrah Al-Quds Umrah dan Tour juga mempunyai dua pakej dan korang juga boleh layari laman web al quds travel mereka untuk pertanyaan lebih lanjut.

I. Umrah Anjum: Harga bermula daripada RM8490
II. Umrah Safwah: Harga bermula daripada RM9890

4. Felda Travel:

Felda Travel ini mempunyai harga pakej umrah yang menarik untuk korang yang berminat untuk pergi menunaikan umrah tahun ini. Untuk memudahkan urusan korang Atok akan sediakan link untuk korang boleh usya-usya dulu di feldatravel.com. Antara pakej yang ditawarkan seperti:

I. Pakej Nuhasi: Harga bermula daripada RM8390
II. Pakej Fiddi: Harga bermula daripada RM8890
III. Pakej Zahabi: Harga bermula daripada RM10790

5. Tiram Travel:

Tiram travel merupakan agensi yang terakhir Atok akan kongsikan untuk korang semua. Tiram travel ini bertapak di Johor Bahru, Johor. Ia memudahkan lagi mereka yang berada atau berhampiran kawasan Johor, terbang terus daripada Senai Airport ke Madinah. Semak laman web Tiram Travel ni, manalah tahu korang berminat untuk mengikuti pakej mereka.

I. Pakej Umrah Rahmah (12 Hari): Harga bermula daripada RM7070
II. Pakej Umrah 12 Hari di Mekah: Harga bermula daripada RM7390
III. Pakej Promo Julai: Harga bermula daripada RM6590

Konklusinya, Atok teringat pula kisah Jemaah haji yang ditipu oleh scammer kononya menyediakan pakej umrah dan haji yang murah dan berpengalaman. Namun, terkandas di Airport selama berjam-jam sebab ditipu.

Dengan senarai harga pakej umrah 2023 dan syarikat berlesen yang Atok telah kongsikan ini, diharap membantu korang mencari agensi yang benar dan boleh dipercayai untuk menunaikan umrah.

Jadi, Atok sarankan sebelum korang semua menghubungi mereka yang menyediakan pakej umrah ini, korang digalakkan membuat pengesahan awal terhadap pakej yang ditawarkan pengusaha pelancongan dan merupakan pengendali umrah yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Korang boleh semak syarikat pelancongan umrah yang berlesen di laman web MOTAC. Atok harap artikel senarai harga pakej umrah 2023 dan syarikat berlesen ini memudahkan urusan korang untuk menunaikan ibadah umrah.

Rujukan Lain

Banyak ke puasa Ramadan yang tertinggal? Kena ganti tu. Masih ingat niat puasa enam dan puasa ganti ramadan serta kelebihannya?

Di sini akan dikongsikan tentang cara menggunakan portal eGUMIS semakan wang tak dituntut online & proses bayaran balik..

Jom ketahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini, agar ibadah kita di bulan Ramadhan yang barokah ini tidak menjadi sia-sia..

Banyak lagi ke hutang rumah tu? Lagi berapa tahun nak habis? Kalau tak pasti, cuba buat semakan baki pinjaman LPPSA korang. Tiga cara dikongsikan di sini..

Munafik atau talam dua muka juga dikenali sebagai hipokrit. Biasanya, berpura-pura mengikuti ajaran agama namun tidak membenarkan dalam hatinya. Oleh itu, artikel ini berkaitan ciri-ciri orang munafik..

Sebelum beli iPhone, cuba kena cek dahulu. Jadi, artikel ini Baca cara check iPhone original atau refurbish bagi korang dah terbeli atau bakal beli..

Jika korang berminat ingin belajar di Maktab Rendah Sains MARA, di sini Atok kongsikan kepada korang senarai MRSM di Malaysia..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!